Tuesday, September 13, 2011

Makan Lagi..Lagi...Dan Lagi...

Assalammualaikum semua,

Mood raya tak habis lagi, kuih raya pun tak habis lagi, jamuan raya apatah lagi... Semuanya berkaitan dengan raya..

Oh ya! Semalam kami di pejabat mengadakan Majlis Rumah Terbuka antara Jabatan menganjurkan majlis makan-makan raya bersama ketua-ketua jabatan dan kakitangan di BERNAMA. Meriah di dalam hambar (macam mana tu?) bukannya apa, saya rasa meriah RAYA nya ada tapi dalam suasana hambar sedikit tak tahulah mabbe sebab tahun ni saya rasa semua orang macam tak nak beraya sangat kot? Lagipun saya demam semula, hidung tersumbat dan batuk-batuk, jangkitan dari anak-anak yang tidak berkesudahan. Huhuhu....mungkin disebabkan cuaca yang berjerebu tak menentu.

Ahli keluarga saya pun ada yang tidak berapa sihat (uzur) tahun ini macam adik ipar, makcik, pakcik, jadi kami lebih berziarah bukannya untuk beraya sangat cuma datang untuk melihat perkembangan kesihatan mereka.

Semoga Ahli keluarga saya iaitu adik ipar, Makcik dan Pakcik saya sihat dan pulih seperti sediakala. Insyaallah.

Erm.. Cerita pasal open house ofis saya ni.. Salah seorang orang kuatnya tiada semalam kerana keadaan kesihatan beliau yang kurang memuaskan. Semoga Pn Aziela cepat sembuh dan kembali bertugas seperti sediakala ye. Jangan lupa jaga pemakanan.

Dan untuk tatapan semua di sini adalah saya tempekkan gambar-gambar dari open house semalam. Selebihnya kawan-kawan sepejabat ada ambilkan dan mereka sharekan di dalam FB.




- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

Aziela said...

huhuhu....sedihnya tak dapat join kawan2. Bukan kerana makanan, tapi kerana kemeriahan bersama kawan. Dah siap baju lip lap kaler oren tau semalam...huhuhu...

RamRamCute said...

ala siannyer..takpelah awak kita makan-makan sesama kita ajelah..pakai lip lap jugak boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...