Tuesday, May 08, 2012

Jangan Terlalu Mendesak Pasangan Kita


Permasalahan yang sering terjadi di kalangan masyarakat sekarang dengna dipenuhi dengan kepelbagaian kemudahan dan teknologi serba canggih mampu menarik dan menukar personaliti seseorang dengan serta merta hingga mengundang kecelaruan kehidupan seharian masyarakat kita kini.

Lazimnya, segelintir isteri yang sudah diajar dengan kehidupan yang mewah sukar menerima kenyataan apabila berhadapan dengan zaman kejatuhan. Tanpa simpati mereka masih meminta suami supaya membelikan itu dan ini sedangkan kehidupan sudah jauh berubah. Perasaan tak mahu mengalah menjadikan mereka (isteri) sentiasa ego. Kerana itulah isteri-isteri ini rela para suami bekerja bermati-matian untuk memenuhi kehendak mereka. Sepatutnya hal yang sebegini perlu diselesaikan dengan baik. 

Sebagai suami, anda bertanggungjawab menerangkan keadaan yang sebenarnya pada isteri sedari awal. Mungkin dari gaji bulanan, perbelanjaan dapur, bil dan simpanan kecemasan. Setelah di campur dan ditolak, maka wang yang selebihnya itulah baru boleh digunakan untuk berbelanja. 

Rumah tangga porak-peranda sekiranya tidak cukup wang tetapi jika terlebih wang pun keadaan yang sama boleh berlaku. Suami yang sentiasa sibuk dengan kerja bagi memenuhi keperluan keluarga, serta isteri yang suka mencari aktiviti luar bagi mendapat nama dan kedudukan, sebenarnya mengabaikan perhatian anak-anak. Seterusnya, anak-anak ini terasa dipinggirkan dan mencari alternatif untuk mendapatkan keseronokan serta perhatian dari cabang yang lain. 

Kerana itu maka tidak mustahil pihak berkuasa atau pengetua sekolah akan memanggil ibu bapa bagi mendapatkan penjelasan mengenai ‘kenakalan’ anak-anak mereka. Di sinilah terjadinya situasi salah menyalah antara suami dengan isteri. Tanpa komunikasi serta penyelesaian yang bijak nescaya perbalahan yang berlaku berlanjutan dan memusnahkan kebahagiaan sedia ada.

Sebelum mengharapkan orang lain memahami anda, maka kenali terlebih dahulu diri sendiri. Sesudah itu barulah anda boleh mengharapkan agar pasangan mengenali anda sebaiknya.

6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

bersyukur juga berasal dari keluarga susah & sederhana membuatkan izwa terima aje ape saja..tak minta yg mewah mewah kerana tahu suami ditahap mana :) kita perlu sedar diri siapa kita yg penting..

MAY said...

kne bertolak ansur la..mujur jugak kami dr fmly sederhana..

::CIK LYNN:: said...

tq akak untuk pkongsian ni..bleh cik lynn jdkn pnduan ntk masa dpan..=)

- AZIE - said...

bersederhana ckuplah kan, xlebih dan xkurang..just nice

mimie.. said...

saya kalau nk mtk sesuatu dari suami tu msti pikir dua tiga kali dulu..
sebab taknak membebankan suami..kesian kat dia..
lagipun kami dari golongan yg sederhana..

terima kasih untuk info ni kak.. ^_^

Aziela said...

Saya pula usaha sendiri, sebab kalau minta confirm x dapat, yang x minta pula yg dapat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...