Assalammualaikum....
Bukan mempertikaikan tapi sekadar berkongsi pendapat dan cerita akan kebaikan dan keburukan berkahwin di awal usia. Kalau tanya saya... "MESTILAH SERONOK KAHWIN" tetapi persoalannya...
Di sini ingin saya kongsikan artikel menarik melalui sesi pembacaan saya baru-baru ini...
Thank You Mr & Mrs Gugel |
Perlukah Kita BerkahwinDi Usia Muda?
Pelajar-pelajar universiti kini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan ‘adegan tambahan’.
Jalan paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakan ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan yang munasabah sebaiknya lakukan solat istikharah.
Pertimbangkan untuk memutuskan hubungan kerana dia gagal menunjukkan kesungguhannya. Biarpun ada yang menentang berkahwin di usia muda tetapi cubalah memandangnya dari sudut yang positif.
Pandangan Masyarakat?
Lazimnya inilah masalah yang sering mengganggu. Sering memikirkan persepsi masyarakat daripada persepsi Yang Maha Berkuasa. Bercinta, berjumpa dan berkasih tidak takut tetapi bila hendak mendirikan rumah tangga masih teragak-agak. Bimbang dengan kata-kata orang kerana di zaman yang serba moden ini, masih ada penuntut universiti yang memilih untuk berkahwin.
Sudah pasti ada perkara yang buruk berlaku membuatkan mereka terdorong untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa yang singkat. Itu suara-suara sumbang yang biasa kedengaran tetapi yakinlah jika niat itu baik maka Allah akan mudahkan. Lagipun, selama mana mereka mampu mengata. Takkan selamanya jadi biarkan sahaja. Teruskan dengan niat yang murni kerana Allah sentiasa bersama dengan hamba-hamba-Nya yang sabar.
Mampukah Bahagia ?
Sebenarnya, usia tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa. Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya. Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah mengetahui diri terikat dengan lafaz ijab dan kabul maka berakhirlah istilah mencari calon yang meletihkan.
9 comments:
tq for sharing kak :) info brguna..
sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak somi istri kan??
kekadang gaduh tu la yang memaniskan rumahtangga..tp jgn la smpai gaduh lebam2 tuh..:D..just manjer manjer gitu...kannn???
cinta tu anugerah....& ble bcnta ttunye mau hbgn smpi ke jnjg pelamin :)
terima kasih atas perkongsian ini..sy pun ada kaitan dgn post ini..doakan semoga kami ada jodoh bersama dan dipercepatkan untuk bersatu..insyaALLAH :)
kalau kawen muda dan kewangan kukuh, ilmu rumah tangga penuh di dada itu tidak salah, kalau kawen muda berlandaskan anfsu semata2.. perkahwinan itu takkan ke mana....
saya kawen umur 28 thn...muda ker tu?
Perkahwinan, tak kira muda atau tua, harus cukup semua sifat yg perlu. Zahiriah dan batiniah harus seimbang.
ika pon teringin kawen muda. errrr. hahaha
betul2..kahwin muda or tua xmenentukan selama mana bertahan..yg kawin sebulan cerai pn ada..yg kawin tua..lagi la rugi..dhla kawin tua, pastu cerai..so better kawin muda..baru besttttttttttttt
apa2 pun semuanya berbalik kpd diri sendiri..tepuk dada tanya iman,solat istikharah mohon petunjuk..
bagi saya x salah kawen muda, asalkan pasangan tahu t/jwb masing2
Post a Comment