Friday, September 30, 2011

Supermodel Terkaya Dunia

1. Gisele Bundchen ($15M)


Date of birth: July 20, 1980 (age 29)
Height 1.78 m (5 ft 10 in)
Weight 63 kg (140 lb; 9.9 st)
Measurements 35-23-35.5 (89-59-90)
Agency IMG Models,2pm Model Management
Website http://www.giselebundchen.com.br


2. Heidi Klum (£9.7M)


Date of birth June 1, 1973 (age 36)
Height 5 ft 9.25 in (1.76 m)
Measurements 91-69-94
Website http://www.heidiklum.com


3. Kate Moss (£5M)


Date of birth 16 January 1974 (age 36)
Height 5 ft 6.5 in (1.689 m)
Agency Storm Model Management,D’management Group


4. Adriana Lima (£4.8M)


Date of birth June 12, 1981(age 28)
Height 5 ft 10 in (1.78 m)
Measurements 86-61-89 (34-24-35)
Agency Marilyn Agency

5. Doutzen Kroes (£3.6M)


Date of birth January 23, 1985 (age 25)
Height 5 ft 10 in (1.78 m)
Measurements 89-62-93(35-24.5-36.6)
Agency DNA Model Management, Viva Models, Women Management


6. Alessandra Ambrosio (£3.6)


Date of birth April 11, 1981(age 29)
Height 5 ft 10 in (1.78 m)
Measurements 34-23-34(86-58-86)
Agency Elite Model Management, Storm Model, Marylin Agency
Website alessandraambrosio.com


7. Natalia Vodianova (£3.3M)


Date of birth 28 February 1982(age 28)
Height 1.76 m (5 ft 9+1⁄2 in)
Measurements 86.5-61-86.5 (34-24-34)


8. Daria Werbowy (£2.7M)


Date of birth 28 February 1982(age 28)
Height 1.76 m (5 ft 9+1⁄2 in)
Measurements 86.5-61-86.5(34-24-34)


9. Miranda Kerr (£1.8M)


Date of birth 20 April 1983(age 27)
Height 1.75 m (5 ft 9 in)
Measurements 32-24-34(81-61-86)


10. Carolyn Murphy (£1.8M)


Date of birth August 11, 1973(age 36)
Height 5 ft 9 in (1.75 m)
Measurements 34-24-34(86-61-86)
Agency IMG Models

18SX


LELAKI KACAK LEBIH PERKASA

PERKASA ke??

Assalammualaikum kawan-kawan,

Nampak macho dan bergaya tak gambar pada entri saya kali ni? Itulah Lelaki Pujaan Saya (Minat aje selebihnya MESTIlah En Habi...mana buleh tanding suami sendiri kan?)Entri saya pagi ni rasanya agak keterlaluan sikit ye "18SX". Maaflah bukan dengan sengaja menempekkan entri sebegini cuma saya nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan semua.

Untuk makluman juga gambar tersebut hanyalah hiasan untuk saya tempekkan di dalam blog saya ni untuk buat cuci-cuci mata aje (hehehe...)

Artikel yang menarik minat saya hari ini memetik:-

"Kajian ahli antropologi dan psikologi merumuskan bahawa wanita yang mempunyai teman lelaki kacak lebih ‘cepat’ dan ‘kerap mencapai kepuasan ketika berasmara.’

Penyelidik juga merumuskan bahawa faktor mencapai kepuasan itu ada kena mengena dengan kemahuan melahirkan zuriat lebih bermutu kerana ada bukti menunjukkan wanita mahu berasmara untuk hamil. Kajian terbabit dijalankan di Universiti Pennsylvania State memfokuskan kepada kehidupan seksual 110 pasangan heteroseksual, yang melaporkan siapa yang mencapai kepuasan dan kekerapannya. Responden lelaki diukur berdasarkan wajah maskulin, pandangan orang lain mengenainya, penampilan maskulin yang berasaskan pendapat pasangan dan siapa yang lebih agresif di tempat tidur. Responden lelaki juga diminta mengukur sejauh mana tarikan mereka kepada wanita.

Wanita yang menganggap pasangan mereka sebagai maskulin dan dominan dilaporkan lebih kerap dan lebih awal mencapai kepuasan berbanding pasangan yang kurang kacak.

Wanita yang pasangan mereka menarik juga lebih mencapai kepuasan lebih kerap ketika atau selepas ejakulasi lelaki.

Kekerapan wanita mencapai kepuasan seks disebabkan masturbasi pula tidak disebabkan rupa paras pasangan mereka.

“Oleh itu, kehamilan dikaitkan dengan orgasm wanita mungkin efektif atau mungkin apabila persetubuhan berlaku dengan lelaki maskulin,” kata penulis dalam kajian yang disiarkan jurnal Evolution and Human Behaviour. – Agensi"

TGIF!!

Assalammualaikum semua...

Salam pagi Jumaat, Penghulu segala hari. Semoga hari ini merupakan hari yang terbaik dan terindah bagi anda semua.

Zikir hari Jumaat : Ya Allah (1000x)

Thursday, September 29, 2011

Ulat Buku Kah Anda?

Erm....Persoalan yang menarik?


Adakah anda seorang ulat buku?? Tak kiralah buku apa pun yang korang semua baca janji melekap kemana aje dengan buku.

Rata-rata golongan yang gemar membaca ini adalah tergolong dari kaum Hawa aje, bukannya kaum Adam tak tersenarai cuma aktiviti membaca ni kurang nampak pada mereka kerana mereka lebih cenderung melakukan aktiviti lasak seperti bermain bola, tennis, sepak takraw dsbg jika nak dibandingkan dengan membaca, jangan tidak membaca akhbar di pagi hari itu ajelah kot.


Sememangnya saya ialah seorang yang sangat suka membaca since dari sekolah rendah sampailah ke tua ni....dulu-dulu cerita dari koleksi Enid Blyton, Komik, Gila-gila, Novel Cinta semua saya belasah tak kira janji saya ada sesuatu untuk saya pegang dan dibaca. Berhantu tau membaca buku ni...sekali anda dah mulakan sampai bila-bila anda kemaruk.

Tambahan pulak zaman sekarang ni terlalu ramai penulis yang kreatif menyumbangkan bakat mereka dengan menerbitkan naskhah hasil dari tulisan mereka. Antara penulis yang cukup-cukup saya gemari antaranya Danielle Steel, Sophie Kinsella, Anis Ayuni, Damia Hanna, Siti Rosmizah, Stephenie Meyer, Shamsiah Mohd Nor, Norhayati Berahim, Fauziah Ashaari dan ramai lagi penulis-penulis berbakat yang tak perlu saya nak sebutkan disini. Sememangnya bagi saya gaya dan corak penceritaan novel mereka memang SUPERB.

Wednesday, September 28, 2011

Bagaimana Cara Pemanduan Kereta Anda?

Asssalammualaikum w.b.t.

Erm...berat sungguh entri saya pagi ni? Kalau nak cerita pun in detail, saya ni bukanlah pemandu yang perfect super duper nak cerita corak dan gaya pemanduan saya ketika memandu di jalanraya, tetapi jika dilihat dengan mata kasar bila anda berada di jalanraya kekadang tu rasa macam nak pecah kepala memikirkan sesetengah pemandu yang terlalu mengikut kepala mereka hingga ada yang menimbulkan kemarahan dari pihak lain hanya kerana sikap sambil lewa dan pentingkan diri sendiri dan tidak mengikut peraturan jalanraya dengan betul dan sempurna.

Adakah anda seorang pemandu:-

* Bas (Rapid KL / Kilang / Pekerja)
* Teksi
* Van Pelancong
* Lori
* Kereta Kompak
* Kereta Salun
* Motor
* Pejalan Kaki

Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini:-

Situasi 1

Pernahkan anda menghadapi situasi dimana apabila kenderaan anda beratur panjang untuk memasuki simpang atau lampu isyarat ada kenderaan lain yang memotong?? Bagaimanakah perasaan anda pada ketika itu?? Marah, Geram dan Sakit Hati.

Situasi 2

Pernahkah anda memandu di laluan tengah di hiway mengikut kadar kelajuan yang telah ditetapkan, tetapi ada kereta lain yang datang entah dari mana dengan lajunya memberikan hi-beam kepada kenderaan anda dan akhirnya memotong mengikut lane kelajuan yang sepatutnya "HARUkan.... Takde Akai kot"...

Situasi 3

Pernahkah anda berhadapan dengan pemandu yang ketegaq 'degil' yang tidak mahu memberi anda laluan ketika waktu jalan tengah jam, sedangkan anda telah memberikan isyarat lampu serta tangan dengan mulianya memohon keizinan untuk masuk ke laluan berkenan tetapi seboleh-bolehnya dia buat tak nampak dan tak bagi laluan pada anda dan berlumba-lumba dengan anda untuk pergi kehadapan... sedangkan dia memang dah sah-sah dekat depan anda tak kemana pun..."BIUL".


Hampir saban hari termuat di dada akhbar negara kita, berita kemalangan yang meragut nyawa dan kadar kemalangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini menjadi lebih parah lagi apabila menjelangnya hari-hari perayaan, seolah-olah musim perayaan itu menjadi perangkap maut yang hanya menunggu untuk membaham mangsa. Kajian menunjukkan peratusan kecuaian manusia penyebab utama sesuatu kemalangan terjadi.

Berikut adalah antara amalan ringkas untuk pemanduan berhemah yang boleh dipraktikkan:

1. Apabila berada dalam kesesakan trafik, pastikan anda dalam keadaan tenang. Sentiasa nyalakan lampu isyarat sebelum bertukar lorong untuk menyatakan tujuan anda. Sekiranya anda dipotong pemandu lain, perlahankan kenderaan dan berikan ruang kepada pemandu tersebut untuk masuk ke laluan anda dan lemparkan senyuman kepadanya.

2. Sekiranya anda berada di lorong laju dan seseorang ingin memotong, ke tepi dan biarkan kenderaan itu memotong. Anda mungkin memandu di lorong kanan dalam lingkungan had laju yang sepatutnya, tetapi anda mungkin membahayakan diri anda dengan menimbulkan kemarahan pemandu di belakang anda.

3. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya dua saat antara kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan. Sesetengah pemandu akan berasa marah jika diekori terlalu rapat. Sekiranya anda diekori terlalu rapat, beri isyarat dan beri laluan untuk pemandu di belakang anda untuk memotong.

4. Gunakan hon jika perlu. Elak penggunaan hon secara berterusan sekiranya anda berasa marah dengan pemandu lain kerana perkara ini mengundang gejala samseng jalanan spontan.


5. Kekalkan tangan anda di atas stereng dan elakkan membuat isyarat yang boleh menimbulkan kemarahan pemandu lain, termasuklah ekspresi “selamat” seperti menggelengkan kepala.

6. Sekiranya ada pemandu yang naik marah, jangan memandang mata pemandu tersebut.

7. Berikan ruang yang banyak kepada pemandu yang sedang marah. Sekiranya pemandu lain cuba untuk mencetuskan pergaduhan, jauhkan diri anda seboleh mungkin. Pergaduhan tidak akan timbul jika tiada orang yang ikut terlibat. Ibarat bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.

8. Dapatkan bantuan sekiranya anda merasakan diekori oleh pemandu yang sedang marah dan cuba untuk mencetuskan pergaduhan. Gunakan telefon bimbit untuk menghubungi polis. Jika tiada telefon bimbit, pandu ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti balai polis, pasar raya dan hospital. Jangan keluar dari kenderaan atau pulang ke rumah.

9. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

Amalkan sikap bersopan santun dan bertimbang rasa. Terimalah kenyataan bahawa anda akan bertemu dengan pelbagai kerenah pemandu di jalan raya, dan perwatakan seseorang akan berubah apabila tangannya memegang stereng kereta. Oleh itu, sematkan budaya biar lambat asal selamat.

Segmen Lulu Caldina: Jom tambah follower

Assalammualaikum...


Hari ini, saya dengan rela hati dan dengan semangat yang penuh berkobar-kobar ingin menjoinkan diri saya bersama-sama blog saya ini ke segmen anjuran Lulu Caldina.

Takkan anda semua tak tahu dan kenal dengan Lulu Caldina kan? Blog beliau comel dan kiut serta simple berwarna biru serta penyokong tegar Chelsea. Mempunyai blog yang penuh informasi dengan maklumat terkini dalam dunia hiburan masa kini dan isu-isu semasa yang berlaku di dalam mahupun luar negara. Rugi pada siapa yang tidak mengikuti perkembangan blog beliau.

Saya Suka!!

Pada saya bukan sahaja takat menambah follower tetapi saya juga dapat berkongsi cerita serta pendapat dengan blogger-blogger tanahair. Bukan senang tau, manalah tau lepas ni ada yang glamer macam Ben Ashaari ke, Dapur Tanpa Sempadan ke, Red Mummy ke, Lulu Caldina ke, Cik MTT ke? Ha....untung-untung boleh kongsi ilmu mereka dengan kita semua.

Pada kawan-kawan yang ingin menjoinkan diri, maka dengan PANTASnya KLIK sini dan buatlah seperti apa yang dikehendaki.

Selamat menjoinkan diri dan selamat berkenalan.

Tuesday, September 27, 2011

The Rainbow Journey Jiran Sepagarku..

Alahai..........terharu lagi saya kali ni di atas kesudian jiran sepagar saya Pn. Aziela membuat suatu entri mengenai saya. Tak terhingga dan tidak cukup rasanya ungkapan terima kasih yang saya berikan pada beliau atas kesudian beliau menempekkan entri mengenai saya di dalam blog beliau (bukan senang tau).



Terima kasih pada sahabat baik, teman sekerja, teman seblogging dan jiran sepagar yang saya sayangi Pn. Aziela. Sesungguhnya ketahuilah awak banyak membantu saya di kala saya masih bertatih-tatih untuk memulakan dunia blogging ini (al-maklumlah tak celik IT).

Hakikatnya, kata-kata awak yang terlalu menggunung memuji itu sepatutnya kita kongsikan bersama kerana kita sama-sama memulakan dunia blogging ini kerana awak banyak membantu saya juga memperkenalkan saya dengan rangkaian-rangkaian yang menyalurkan informasi terkini serta taktik-taktik penulisan blog yang sempurna. Insyaallah berkat kesabaran kita semua akan terubat dengan hasil kerja tangan kita ini suatu hari nanti.

(statement macam menang award blogger termashyur pulak....padahal baru diperkenalkan sebagai blogger baru dekat belog Hasrul Hassan...isk isk isk...gile glamer tul saya ni)

Sememangnya blog ini tidak akan dikenali serta tidaklah semegah mana jika tanpa dorongan dan sokongan dari awak dan rakan-rakan blogger lain. Segala nasihat dan tunjuk ajar juga saya perlukan untuk kita semua sama-sama maju dan maju lagi.

"Jangan mudah berputus asa, banyakkan bersabar dan mempelbagaikan mutu penulisan kita. Bukan senang nak jadi blogger"....kan itu yang awak pernah sampaikan pada saya. Jadi sama-sama kita mara dalam dunia blogging ini dan saya akan menyokong awak serta membantu sedaya saya untuk yang terbaik buat kita semua.

Saya Sayang Awak Juga!! Terima Kasih....

Perangi Jenayah Ragut

Assalammualaikum semua....

Tahukah anda semua, semenjak akhir-akhir ini jenayah ragut semakin menjadi-jadi dan berleluasa serta menimbulkan pelbagai kebimbangan oleh banyak pihak. kebanyakan kes juga ada yang melibatkan kematian dikalangan mangsa ragut.

Bayangkan perasaan ahli keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang terutamanya jika mangsa yang terlibat adalah dikalangan dari ibu-ibu hamil. Keluarga mangsa bukan sahaja kehilangan satu nyawa malahan melibatkan dua nyawa yang terkorban.

Permasalahan ini perlu di atasi dengan lebih serius dan mendalam agar ianya dapat ditangani dengan lebih sempurna dan terperinci malahan jenayah ragut ini perlulah ditangani bukan sahaja oleh pihak berkuasa malahan tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia.

Ciri-ciri Mangsa Ragut

Kebiasaanya, peragut akan mencari mangsa yang berjalan atau menunggang motosikal secara berseorangan dikawasan yang sunyi dan gelap. Ini adalah kerana situasi sebegini memudahkan peragut menjalankan akticiti mereka dengan mudah dan tanpa dilihat oleh orang lain.

Kebiasaanya mangsa ragut adalah terdiri daripada golongan wanita yang memakai mini skirt, kain ketat, berkasut tinggi dan juga berjalan berseorangan. Peragut lebih gemar meragut wanita sebegini kerana wanita tersebut dilihat sukar untuk bertindak balas terhadap mereka.

Selain dari itu kaum wanita gemar membawa beg tangan dengan hanya memegangnya ditangan sahaja dan tidak kurang juga mereka yang suak mengepit beg duit di celah ketiak apabila keluar bekerja mahupun bersiar-siar atau kemana jua.


Seterusnya mangsa juga adalah dikalangan dari penunggang atau pembonceng motosikal yang menggalas beg tangan semasa menunggang atau membonceng motosikal. Keaadan ini boleh memberi peluang kepada peragut untuk melakukannya dengan begitu mudah sekali.

Panduan Elak Menjadi Mangsa

Elakkan diri anda dari berjalan kaki, menunggang motosikal berseorangan dikawasan yang sunyi terutamnya pada waktu malam.

Jika terpaksa berjalan kaki pada waktu malam tanpa ditemani oleh sesiapa ikutlah arah laluan yang bertentangan supaya anda dapat melihat kenderaan dari arah yang bertentangan dan serta merta boleh dikawal.

Di samping itu, kaum wanita juga digalakkan memakai pakaian yang sesuai agar mudah untuk bertindak jika menjadi mangsa ragut.

Sekiranya anda pembonceng motosikal, elakkan dari menggalas beg tangan di bahu. Sebaik-baiknya letakkan beg tersebut ditengah-tengah antara raga atau tutupinya dengan barang-barang lain.

Bersama-samalah kita memerangi jenayah ragut di negar aini dan hidup aman damai dikalangan masyarakat majmuk.

Monday, September 26, 2011

Terima Kasih Hasrul Hassan a.k.a Bangku Kosong

Assalammualaikum...

TERIMA KASIH saya ucapkan kepada En. Hasrul Hassan di atas kesudian beliau meletakkan serta mempromosikan blog saya kali ini.


RUJUK ENTRI SINI

Saya juga tidak keseorangan, bersama-sama saya juga ada sebuah belog yang kiut dan comel disertakan sekali bersama-sama dengan belog saya. Pada kawan-kawan, silalah jengah ke blog beliau di SINI

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada kalian semua. Ketahuilah tanpa kalian semua siapalah saya di dalam dunia blogger ini.


Sesungguhnya teguran, komen, serta tunjuk ajar yang sungguh membina amat saya dambakan untuk saya terus cemerlang menulis di dalam blog saya ini dan tidak lupa juga pada En Habi dan anak-anak juga (dah bunyi macam orang dapat award pulak.......KALUT sungguh saya ni)

Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih...... Anda tahu siapa ANDA yang saya maksudkan. Saya sayang kamu semua.

Kan Dah Kata. . . Kalau Dah Namanya ULAT

Assalammualaikum . . .

Kali ni saya nak post up novel terbaru yang saya beli wiken baru ini untuk dijadikan koleksi peribadi saya.

Poyo aje kan? Takpelah saya saje je suka nak apdet peduli hapakan!

Inilah dia. . . Wiken saya yang dihiasi dengan 'jelingan manja' dari En Habi kerana membeli buku ini. Dalam erti kata lain ayat En Habi "cuba beli buku agama ke? Buku macam mana nak jadi isteri solehah ke, jadi isteri dan ibu mithali ke? Ini balik-balik novel "CHINTA" (suara ditekankan sikit) buku yang hari tu pun tak habis baca lagi". . .hehehehe. . . .

Dah MINAT nak buat macam mana? Buku agama pun ada baca jugak En. Habi hihihi. . . .cuma jarannggg-jaaarrraaanngg. . . Insyaalah lepas ni saya beli jugak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Promo From Wedoo Malaysia

Anyone Interested??

HURRY WHILE IT LASTS.....



Turn Your Favourite Photos Into Canvas Art! RM70 Instead of RM258 for TWO(2) 7” X 11” Framed Mini Canvas Prints from Canon wedoo™ Malaysia

For more updates kindly klik to the header above.

Segmen : Pencarian Bloglist Blog Fahuna

Assalammualaikum kawan-kawan,

Tengah borink tak tau nak setat kerja yang mana satu ni saya nak menjoinkan diri untuk berSEGMEN.


Haa...nampak tak banner atas tu?? Kali ni Cik Adik Manis ni... Akak panggil Fahuna lah ye ada menganjurkan segmen untuk pencarian bagi bloglist beliau. Apalah salahnya kita sertai ye tak? Saje-saje nak berSEGMEN apa salahnya.

Syarat-syarat yang ditetapkan ialah seperti berikut:-

1-Follow blog Fahuna.
2-Buat satu entry tentang segmen ini.
3-Letakkan banner di dalam entry anda.
4-Anda boleh tag beberapa rakan bloggers anda (ini 'optional' , tak buat pun tak apa)
5-Kemudian , letakkan link entry anda di kotak komen di bawah.
6-Tempoh contest ini bermula 20 September - 27 Oktober 2011
*mungkin akan berubah mengikut keadaan*

Cara-cara Pemilihan :

-Beliau akan memilih beberapa blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist beliau.
(Jumlah blog bergantung kepada contestants segmen ini)
-Beberapa blog yang bertuah juga saya akan letakkan banner blog anda di dalam blog saya selama sebulan.
-Kesemua contestants yang tidak terpilih tetap menjadi bloglist blog saya , tetapi link blog anda akan diletakkan di tab yang lain manakala yang terpilih akan diletakkan di page utama.

Bagi kawan-kawan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut serta menziarahi laman sesawang beliau bolehlah tekan SINI.

JADI APA TUNGGU LAGI?? Marilah kita sama-sama menjoinkan diri.

Tapi sebelum tu saya nak mengetag rakan blogger yang saya sayang iaitu:-

1) Pn. Aziela
2) Pn. Suriani Azwan

So kawan-kawan yagn saya sayangi, bila anda FREE joinlah segmen adik kita ni bukan apa dapat juga kita memeriahkan lagi suasana...

Selamat BERSEGMEN!!

Stress??

Assalammualaikum....

Sesi Berbahasa Inggeris....


What is Stress?

Stress is a physical response to threatening and dangerous situations, which help us to survive. Fortunately, our bodies are designed to react automatically, equipping us to achieve more than we thought possible when dealing with stress, However things that cause us stress today are not easily handled by fighting and fleeing. As a result our bodies are trapped in a constant state of alert, and it's killing us. Prolonged stress causes weakness of the blood vessels and heart and further damage to our health if the situation remains unchanged.

There are many cases of people without high cholesterol, high blood pressure, overweight and family history developing angina only because of excessive stress.

There has been a lot of research over the last two decades and the results obtained clearly show that excessive stress could affect heart health:
* Increases heart rate
* Speeds up the rate of blood flow hence increasing blood pressure
* Releases fatty acids in the the bloodstream for energy that increases cholesterol and triglyceride levels.
* Increases blood clotting
* Causes the spasm of coronary and other arteries

This shows that stress itself is such an influential risk factor that even in the absence of other risk factors, it can become responsible for coronary heart disease.
The problem with stress is that there are no means of measuring it even with the latest scientific gadgets.

You can increase your resistance to stress by strengthening your physical health.

* Exercise regularly. Physical activity plays a key role in reducing and preventing the effects of stress. Make time for at least 30 minutes of exercise, three times per week. Nothing beats aerobic exercise for releasing pent-up stress and tension.
* Eat a healthy diet. Well-nourished bodies are better prepared to cope with stress, so be mindful of what you eat. Start your day right with breakfast, and keep your energy up and your mind clear with balanced, nutritious meals throughout the day.
* Reduce caffeine and sugar. The temporary "highs" caffeine and sugar provide often end in with a crash in mood and energy. By reducing the amount of coffee, soft drinks, chocolate, and sugar snacks in your diet, you’ll feel more relaxed and you’ll sleep better.
* Avoid alcohol, cigarettes, and drugs. Self-medicating with alcohol or drugs may provide an easy escape from stress, but the relief is only temporary. Don’t avoid or mask the issue at hand; deal with problems head on and with a clear mind.
* Get enough sleep. Adequate sleep fuels your mind, as well as your body. Feeling tired will increase your stress because it may cause you to think irrationally.

What Are the Warning Signs of Stress?

Chronic stress can wear down the body's natural defenses, leading to a variety of physical symptoms, including:

* Dizziness or a general feeling of "being out of it"
* General aches and pains
* Grinding teeth, clenched jaw
* Headaches
* Indigestion or acid reflux symptoms
* Increase in or loss of appetite
* Muscle tension in neck, face or shoulders
* Problems sleeping
* Racing heart
* Cold and sweaty palms
* Tiredness, exhaustion
* Trembling/shaking
* Weight gain or loss
* Upset stomach, diarrhea
* Sexual difficulties

Tips for Reducing Stress

People can learn to manage stress and lead happier, healthier lives. Here are some tips to help you keep stress at bay.

* Keep a positive attitude.
* Accept that there are events that you cannot control.
* Be assertive instead of aggressive. Assert your feelings, opinions, or beliefs instead of becoming angry, defensive, or passive.
* Learn and practice relaxation techniques; try meditation, yoga, or tai-chi.
* Exercise regularly. Your body can fight stress better when it is fit.
* Eat healthy, well-balanced meals.
* Learn to manage your time more effectively.
* Set limits appropriately and say no to requests that would create excessive stress in your life.
* Make time for hobbies and interests.
* Get enough rest and sleep. Your body needs time to recover from stressful events.
* Don't rely on alcohol, drugs, or compulsive behaviors to reduce stress.
* Seek out social support. Spend enough time with those you love.
* Seek treatment with a psychologist or other mental health professional trained in stress management or biofeedback techniques to learn more healthy ways of dealing with the stress in your life.

So guys, don't STRESS yourself, have a break and enjoy your life......

Friday, September 23, 2011

Tips Mengelakkan Perceraian

Assalammualaikum,

Sebuah artikel yang saya rasa sesuai dan molek untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan lain. Semoga kita mendapat faedah dan mempratikkannya. Insyaallah.

Artikel itu menyebut..............

"Semua pasangan suami isteri tidak mengiginkan perceraian berlaku dalam perkahwinan yang dibina. Namun, harapan saja tidak mencukupi, mereka seharusnya berusaha untuk menghindarinya. Justeru ada banyak cara yang diketengahkan untk mengelakkan berlakunya perpisahan suami isteri ini. Ia harus dipraktikkan oleh semua pasangan walaupun tatkala ini anda sedang berbahagia.

Di bawah disenaraikan tips berkesan untuk menghindari perceraian.

Tips #1 - Komunikasi dua hala

Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Ketidakharmonian rumahtanga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.

Tips #2 - Keterbukaan tentang masalah seks

Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya perceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cita. Ramai pasangan mengakui hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja.

Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda. Begitu juga sebaliknya.


Tips #3 - Menerima pasanagan seadanya

Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan.

Yang ada ketika itu hanyalah dua insan yang harus saling menyesuaikan diri. Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenarnya. Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masin. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa konflik, antaranya seperti perbezaan persepsi, wawasan, nilai latar belakang dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.

Tips #4 - Jangan biasakan berbohong

Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masin-masin, bukan? Bagi suami, anda psti tidak sanggup berterus-terang dengna pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak hingga berlarutan ke lewat malam. Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.

Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui, perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dam lama-kelamaan anda akan menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.

Tips #5 - Jangan cemburu berlebihan

Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang. Betul ke? Walaupun ada benarnya cemburu tandanya sayang, itu bukan bermakna anda atau pasangan boleh cemburu buta. Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca daripada faktor ini. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap terbuka.

Misalnya seorang rakan telah melihat suami keluar berdua dengan rakan sekerja wanitanya dan tanpa bertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan, sedangkan dia keluar atas urusan kerja. Nah, inilah yang disebut cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.

Tips #6 - Hindari Kecurangan

Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Contohnyam, sang suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada dirumah. Tapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tetapi tidak didengari.

Kecurangna juga berlaku kerana pasangan kesepian, tidak merasakan kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan erotis, wanita perayu dan lain-lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, perkara pertma yang harus dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudian berusaha untuk dihindari atau disingkirkan.

Tips #7 - Cari orang tengah

Sekiranya masalah yagn berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha, maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah. Orang ketiga itu haruslah seorang yang dihormati oleh suami, isteri seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita dan mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.

Tips #8 - Tetap mesra

Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap ketika bercinta saja. Pada dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.

Tips #9- Pasrah kepada yang Esa

Berhadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang membuak-buak. Namun jangan terbelenggu dengannya. Berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera".

Renung-renungkan dan Selamat Hari Jumaat semua. Semoga dihari ini kita mendapat keberkatan dariNYA.

Beg Udara a.k.a. Air Bag

Assalammualaikum...


Tahukah kawan-kawan semua akan risiko kemalangan jalanraya boleh dikurangkan sekiranya kita semua serta pengguna kenderaan mengambil berat ciri-ciri keselamatan alternatif yang terdapat pada kenderaan kita.

Ini kerana apabila terjadinya kemalangan, kecederaan parah dapat dielakkan jika produk keselamatan dalam kenderaan digunakan sebaik-baiknya.

Sikap segelintir pengguna kenderaan memandang remeh komponen keselamatan ini dianggap seperti melepaskan batuk di tangga dan tidak menggunakannya dengan betul.


Sama ada kita sedar atau tidak, antara peralatan keselamatan yang sewajarnya ada pada kenderaan adalah beg udara.

Beg udara merupakan satu sistem keselamatan kereta alternatif yang berfungsi sebagai alat sokongan keselamatan tambahan dan menjadi pelindung kepada pemandu daripada mengalami kecederaan yang serius akibat hentakan kuat semasa berlakunya kemalangan.

Terdapat juga sesetengah pengguna memandang remeh kelengkapan beg udara pada kenderaan mereka. Hal ini terjadi kerana kurangnya kesedaran terhadap pentingnya fungsi beg udara khususnya dalam aspek keselamatan.

Selain itu, negara kita tidak mewajibkan penggunaan beg udara juga antara salah satu sebab mengapa pengguna merasakan ianya tidak penting. Ternyata persepsi ini harus diubah bagi memastikan keselamatan mereka lebih terjamin apabila berada di jalanraya.

Beg udara adalah salah satu komponen keselamatan alternatif yang sangat penting yang perlu ada pada setiap kenderaan.

Malahan kerajaan patut memandang serius kelengkapan beg udara dan wajar sekiranya penguatkuasaan undang-undang terhadap beg udara sebagai peralatan keselamatan standard pada setiap kenderaan baru dilaksanakan pada masa akan datang.

Selain dari itu kelengkapan beg udara pada sesebuah kenderaan juga boleh menyelamatkan nyawa anda dan mereka yang disayangi.

Thursday, September 22, 2011

Apa Itu Ribbon Merah 'Rewards'

Assalammualaikum,

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah fungsi aplikasi 'Ribbon Merah' yang disediakan oleh PunchTab ditepi sesebuah blog itu. Terima kasih pada Pn. Suriani Azwan kerana kesudian beliau untuk bertanya akan kegunaan ribbon merah itu.

Untuk makluman yang saya rasa sesetengah blogger pun tahu akan kegunaannya. Ianya merupakan satu program penghargaan kepada pengunjung/blogger yang meninggalkan komen pada sesetengah blog, malah seandainya anda singgah di blog yang ada tanda ribbon merah, anda akan menerima points, dan points ini boleh ditebus/redeem dengan beberapa barangan yang ditawarkan didalam katalog yang telah disediakan di dalam laman web PunchTab.


Penerangan lanjut mengenai aplikasi ini juga pernah dipaparkan didalam entri En. Hasrul Hassan dimana beliau sendiri pernah membuat penerangan mengenai fungsi 'Ribbon Merah' ini.

Jika anda mempunyai akaun PunchTab dan melawati blog yang ada meletakkan ribbon merah tersebut serta meletakkan komen diruangan komen maka anda akan mendapat point berganda dan akan terpapar di dalam akaun PunchTab anda.

Cubalah Try Test Tengok.... Selamat Mencube!

JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara

Assalammualaikum.....


Firstly, Terima kasih banyak-banyak pada jiran saya Pn. Aziela sebab sudi nak mengetag saya untuk menjoinkan diri dalam contest yang dianjurkan oleh Mak Dara (Saya Suka Dia).

Syarat-syarat yang diperlukan untuk anda menjoinkan diri bagi memenangi contest ini ialah seperti berikut:-

1) Folow Blog Bicara Mak Dara
(Saya dah follow Mak lamaaaaaa dah......)

2) Tajuk entry JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara
(Dah buat dah macam yang tertera kat atas tu)

3) Letakkan Banner Contest di atas dan link kan ke Entri ni
(Dah letak dah banner cantik tu kat atas tu...)

4) Buat 1 entry ringkas dan kreatif (slogan, pantun, review,kartun dll)bertajuk/tema : LIBAS
(Alahai nak buat Entri yang lomah ni..erm apa yerk? Awat klasik sangat Mak oiii...)

"Saksikan Filem Terbaru Arahan Jurey Latiff Rosli yang bertajuk Libas di pawagam-pawagam berhampiran anda mulai 29 September 2011 dengan barisan-barisan pelakon hebat tanahair yang terdiri daripada Rosyam Noor (Hero Malaya), Scha Al-Yahya (Comel dia ni), Johan Raja Lawak (Kelakar tak henggat), Beego (kesian dia ni) dan ramai lagi."

"Nantikan Kemunculannya"


5) Tag 3 orang bloggers (dan pastikan mereka tahu akan contest ini)
(Baiklah akan saya tagkan...siapa ye?? erm....harap-harap korang semua tak marahlah ye)

a) Istana Biru
b) Aku dan Realiti
c) Nurul Asyikin

6) Setelah selesai letakkan link url anda di kotak komen di dalam entri Mak Dara ni.

(okay SIAP!!)


Hadiah-hadiah yang disediakan memang sangat-sangat menarik..jadi jangan berlengah lagi...MOH KITE!!

Gud Lak Semua!!

Hai lah Air Asia....


Tension tahap melampau ...itu ajelah yang mampu saya nak katakan buat masa ni...sikit punya la lama menunggu dalam 'Waiting Room' tapi sampai sekarang tak dapat-dapat layanan lagi...huhuhuhu...

Malahan daripada semalam menunggu tapi tak jugak masuk-masuk masih sama lagi..tunggu, tunggu dan tunggu...huaaaaa....

GERAMMMNYERRR.......


Hati semakin meronta-ronta dan terbayang-bayang pokok kelapa melambai-lambai...lampu neon berkelip-kelip memanggil saya untuk pergi kesana...tapi bila semangat tengah berkobar-kobar ni jadi mati tetiba sebab setiap kali masuk aje kena tunggu pulak dekat "waiting Room' berlama-lamaan...BILANYA ni??

Phew!! ramai pulak yang menunggu ... yelah siapa yang tak nak melepaskan peluang terbang bercuti bersama tersayang kan...erm...takpe takpe SABAR ye...insyaallah ada rezeki tu...ada masa lagi...

Pada kawan-kawan apa tunggu lagi silalah layari www.airasia.com

Kaedah Efektif Mengesan Suami Bernikah Di Siam

Assalammualaikum semua...

Pada kawan-kawan blogger di luar sana mesti suka akan artikel kali ini dari Mazidul Akmal Sidik.

Sila rujuk ENTRI beliau untuk keterangan lanjut.

Sekadar berkongsi cerita dengan rakan-rakan blogger lain.

Ego Dan Sombongkah Kamu??

Assalammualaikum...



Ego dan Sombong??

Itu adalah sifat mazmumah yang amat dimurkai oleh Allah s.w.t. Ianya terlindung namun kesannya amat besar sehingga boleh memberikan kesan kepada tingkah laku, gaya dan pertuturan seseorang.

Ego dan Sombong adalah sifat yang berakar umbi dari perasaan merasa diri lebih baik daripada orang lain. Ianya wjud apabila sikap tawaduk dan merendah diri tidak disemai dalam diri seseorang itu.

Akibatnya seseorang yang Ego dan Sombong boleh menyimpang serta membawa kepada kesesatan kerana biasanya dia akan menolak sesuatu kebenaran walaupun hati kecil mengakui akan kebenaran itu.

Tanda-tanda seseorang itu Ego:-

1) Sukar menerima pandangan dan teguran dari orang lain ataupun mereka mungkin menerima pandangan serta nasihat tersebut tetapi secara ringkasnya ianya seperti 'TERPAKSA' tanpa hati yang sejahtera.

2) Seorang majikan yang ego merasa dirinya seorang yang cukup untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju organisasinya. Dia tidak akan menghiraukan pandangan, keluhan, idea serta teguran yang dibuat oleh orang bawahannya.

3) Pekerja yang ego pula adalah tidak mahu menuruti arahan majikan dan tidak mahu berkongsi ilmu serta kemahiran dengan rakan sejawat yang lain. Pekerja yang ego akan sentiasa merasa dirinya betul dan orang lain salah.


Cara mengatasi Ego:-

1) Menerapkan kesedaran bahawa segala nikmat yang diperolehi adalah kurniaan Allah untuk kita mensyukurinya. Orang yang bersyukur tidak akan ego dan sombong kerana dia menganggap semua nikmat adalah hak milik Allah yang diberikan kepada manusia.

2) Menganggap semua manusia adalah sama kedudukannya, sama ada miskin atau kaya, tua atau muda, majikan atau pekerja. yang membezakannya ialah TAQWA.

3) Mendalami ilmu agama. Ketahuilah, semakin banyak ilmu seseorang itu, maka semakin bertambah sifat tawaduk dan merendah diri. Semakin banyak amalannya, maka semakin tinggilah rasa takutnya kepada Allah.


Orang yang Ego dan Sombong sebenarnya orang yang tidak mempunyai ilmu kecuali sedikit. Berbekalkan ilmu yang sedikit itulah dia cuba untuk menampakkan dirinya tinggi pada pandangan orang lain.

Percayalah apabila kita merendah diri dengan manusia, Allah akan mengangkat darjat kita pada pandanganNya dan pandangan manusia lain.

Wednesday, September 21, 2011

Kisah Rayaku. . .

Assalammualaikum semua,

Dok sibuk BW entri-entri menarik dari kawan-kawan bercerita pasal hari raya mereka, saya hampir terlupa tentang kisah raya saya tahun ini.

Seperti yang saya pernah ceritakan pada entri sebelum ini, tahun ini saya sekeluarga berhari raya di sebelah suami di rumah MIL yang terletak di Melaka.


Alhamdulillah, seronok juga beraya disana walaupun kemeriahannya tak dapat dirasakan sangat. Bak kata anak-anak saya "tak bestlah raya tahun ni mama, tak macam raya pun", mungkin dia berasakan bahawa raya kami tahun ini meriah kerana beraya di berlainan lokasi iaitu keluar dari Kuala Lumpur yang beliau anggap Melaka tu 'kampung' tetapi suasana disana nyata berlainan kerana rumah MIL saya di Melaka terletak di dalamkawasan Taman Perumahan yang suasananya sama seperti berada di KL juga. Malahan kami tidak tidur di rumah MIL sebaliknya kami menginap di hotel yang menambahkan lagi KEKURANGAN rasa Hari Raya pada mereka (anak-anak) saya umpama seperti kami pergi bercuti aje.


Seperti yang dinyatakan dah namanya bermalam di hotel 'pagi-pagi' (takdelah pagi sangat sebab menunggu pwincess bangun tidur) dalam pukul 8:30 pagi dengan En Habi dan anak-anak yang tak sempat pergi sembahyang raya (kami kesiangan) bertolak pergi ke rumah MIL tapi sebelum tu sempat lagi kami singgah ke Tesco di pagi hari mencari butang baju melayu dengan harapan adalah hendaknya butang yang dicari terjual.

Macam-macam pe'el macam koboi, bila dah first time beraya diluar kawasan pelbagai benda yang diingat untuk dibawa akan jadi lupa kan?

Tak habis lagi. . . hari pertama aidilfitri kami dihabiskan dengan menonton tv dan bergambar sepanjang hari lepas tu makan tak hengat dari pagi sampai ke malam. Nak pergi beraya pun MIL tak berapa nak pergi jadi kesudahannya duduk rumah lah kami. Kalau ada beraya time malam pergi ke rumah datuk saudara sebelah MIL.


Begitulah pada hari berikutnya raya kedua kami, tapi menjelang tengahari kami dah berangkat balik pulang ke Kuala Lumpur tetapi menjelajah juga ke rembau dan bangi untuk beraya.

Raya ketiga dan keempat kami diisi dengan aktiviti ziarah kunjung mengunjungi sanak saudara sebelah saya dan suami.


Begitulah Raya Kami Pada Tahun 2011. Di harap semoga ketemu di tahun hadapan jika dipanjangkan umur.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Wordless Wednesday # 8

Assalammualaikum semua...

Tuesday, September 20, 2011

Cincinku Yang Penuh Kontroversi..

Assalammualaikum...



Mak Datuk, besarnya cincin ngko..

Amboiii... Piring Astro ke tu??

Wahh!! Mama pinjam abang ngah jap boleh buat sudu minum la...

Kat mana beli cincin ni? Besarnyerrr....

Bila pulak beli cincin ni?? Ada aje...Apa lagi jual kat bawah opis tu??


Itulah soalan yang jenuh saya nak menjawab apabila saya memakai cincin berkenaan. Persoalan yang datangnya dari orang-orang di sekeliling saya. Hihihi....

Tapi!! Huhuhu... Besar sangat ke cincinku ini?? Bukan ke orang lain pun ada pakai macam ni jugak.

Apa-apa ajelah. Dah suka sangat nak pakai cincin macam ni biau ajelah.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Samsung Filed Complaint Against Apple


Paris : South Korea's Samsung Electronics has filed a complaint in France against its US rival Apple for infringement of three mobile phone technology patents in its iPhone and iPad products.

The complaint focuses on three technology patents, and not on the design of the Tablets, as was the case in a complaint filed in Germany that Apple won recently, a Samsung spokesman said.

The first hearing is expected in December.

A source familiar with the complaint said it concerns three Samsung patents concerning UMTS (Universal Mobile Telecommunications System) which is one type of so-called third-generation mobile phone technology.

The complaint targets Apple's iPhone 3G and 3GS and iPhone4 smartphone models, and first and second-generation iPads that are mobile phone capable, added the source.

Recently, a court in Duesseldorf banned Samsung from selling its latest Galaxy Tab 10.1 Tablet computer in Germany, rulling it had copied Apple's iconic iPad.

Samsung has said it plans to appeal the decision.

In the Netherlands, a court in The Hague banned three Samsung telephone models on Aug 24 following an Apple suit.

Samsung launched a counter-claim due to be heard by the same court on Sept 26.

The two firms are also locked in legal battles in Australia, the Unites States and Asia.

Samsung has responded to Apple's accusation by filing suits of its own in Seoul, asking for a ban on sales of the US firm's products in South Korea.

The tussle began in April when Apple filed a suit accusing Samsung of copying its smartphones and Tablet computers.

Samsung responded with a claim in Seoul alleging five patent infringements by Apple. - AFP

Penyanyi Pujaanku Telah Kembali Aktif


BARU beberapa minggu saja berlalu sejak pengumuman mengejut mendedahkan mengenai perpisahan J-Lo dan suaminya, Marc Anthony.

Bagaimanapun, nampaknya penyanyi Get Right itu sudah kembali bekerja dengan semangat jitu, meraikan kebebasan baru yang dikecapi dengan menghasilkan klip video untuk single terbarunya Papi.

Penyanyi terbabit melakukan persembahan akrobatik, melompat di udara, memanjat di atas bahu beberapa penari lelaki ketika merakam klip video itu di Los Angeles.

Dalam satu babak, dia berdiri di atas tangan sekumpulan penari menunjukkan keberaniannya dan kepercayaan terhadap mereka.

Penyanyi berusia 42 tahun itu kelihatan jauh lebih muda berbanding usianya ketika dia duduk di atas bahu beberapa penari lelaki yang tampan.

Dengan memakai seluar pendek dan baju yang mendedahkan perut serta kulit perangnya, penyanyi itu berupaya menyanyi sambil menari dan tersenyum sepanjang rakaman video berjalan.

Dalam satu babak, Jennifer turut membalikkan tubuhnya dan berbaring di atas bahu seorang lagi penari lelaki.

Beberapa lagi penari dilihat membantu penyanyi berkenaan turun - yang pastinya sukar ekoran kasut tinggi yang dipakai Jennifer.

Pereka tari So You Think You Can Dance, Napoleon dan Tabitha D’Umo (atau lebih dikenali sebagai Nappytabs) turut membantu Jennifer ketika rakaman klip video berjalan.

Pasukan suami isteri terbabit diberi kepercayaan untuk mencipta rentak tarian hip-hop terbaru yang disebut ‘lyrical hip-hop’.

Papi adalah single lagu rancak yang pasti menarik peminat menari mengikut rentak iramanya: ‘Angkat tangan anda tinggi ke udara, menarilah untuk teman lelaki anda jika anda peduli.’

Jennifer yang berada dalam mood baik terus melakukan rutin kerja sebaik tiba ke lokasi penggambaran.

Untuk satu ketika, dia kelihatan agak menggelabah untuk beraksi, tetapi tidak lama kemudian dia dapat mengawal diri dan menampilkan semula kekuatan J-Lo yang biasa dilihat dalam kebanyakan klip videonya.

Antara babak lain dalam video itu termasuklah babak Jennifer berjalan menyeberang jalan, berdiri berhampiran gerai buah-buahan dan memandu kereta Fiat 500.

Ibu dua anak itu turut meluangkan masa ketika waktu rehat bersama dua anaknya, Emme dan Max yang nampak selesa di set penggambaran.

Jennifer juga memastikan dia sentiasa kelihatan cantik sepanjang penggambaran dengan menambah dandanan mekap serta membetulkan rambutnya.

Sebelum itu, dia dilihat berehat di set penggambaran dengan jubah mandi berwarna putih sebelum rakaman bermula.

Dia merasakan hari yang dilaluinya berjalan dengan lancar, memberitahu peminat mengenai perkembangannya di Twitter: “Hari pertama rakaman video terbaru saya...teruslah bersama saya”

Sementara itu, J-Lo yang mengakui dirinya seorang yang gila kerja turut terbabit dengan penggambaran filem terbaru, What To Expect When Your’re Expecting, filem komedi tentang ujian dan penderitaan dalam kehamilan yang dibintangi Cameron Diaz dan Matthew Morrison sebagai pelakon utama.

(petikan dari MyMetro)

Tomboy Stabs Lover To Death

Sungai Petani: A Woman was stabbed to death by her tomboy 'lover' in what was believed to be a love triangle.

In the incident Suriani Md Saad, died after being stabbed repeatedly at their rented house in Lorong 6, Taman Semarak Fasa 1 here at about 5:30pm yesterday.

Kedah CID Chief Asst Comm Zakaria Ahmad said Suriani from Yan was in the house with her 25-year-old lover when the attack occurred.

"They were believed to have argued and the situation turned aggressive when her lover took out a knife and stabbed the woman repeatedly on the chest and abdomen, causing severe injuries," zakaria said.

He said members of the public later sent the tomboy, who was also injured in the scuffle with Suriani, to Hospital Sultan Abdul Halim for treatment.

He said preliminary investigation showed jealousy to be the motive. - BERNAMA

Monday, September 19, 2011

How To Stop Coughing In 5 Minutes

Assalammualaikum.....

This is a must try....

COUGHING??



We have all been kept awake by our own or someone else's cough. Try this and pass it on.

The tip and not the cough. ANYTHING is better than antibiotics. Even babies could benefit from this and the parents wouldn't worry about the safety of their child. And of course, it is harmless and free from any type of side-effects.
WOW! I was raised, and raised my kids with Vicks. How come I never knew this? I can't wait for my next cough. Amazing!
READ IT ALL. It works 100 percent of the time, although the scientists at the Canada Research council (who discovered it) aren't sure why.


Treatment:

To stop night time coughing in a child (or an adult, as we found out personally), put Vicks Vapor Rub generously on the bottom of the feet at bedtime and then cover with socks.

Even persistent, heavy, deep coughing will stop in about five minutes and stay stopped for many, many hours of relief. This works 100 percent of the time, and is more effective in children than even very strong prescription cough medicines. In addition it is extremely soothing and comforting and they will sleep soundly. I heard the head of the Canada Research Council describe these findings on the part of their scientists when they were investigating the effectiveness and usage of prescription cough medicines in children, as compared to alternative therapies like acupressure. I just happened to tune in to a.m. Radio and picked up this guy talking about why cough medicines in kids often do more harm than good due to the chemical makeup of these strong drugs, so I listened. It was a surprising finding and found to be more effective than prescribed medicines for children at bedtime, and in addition to have a soothing and calming effect on sick children who then went on to sleep soundly.

My wife tried it on herself when she had a very deep constant and persistent cough a few weeks ago, and it worked 100 percent! She said it felt like a warm blanket had enveloped her. The coughing stopped in a few minutes, and believe me this was a deep (incredibly annoying!) every few seconds, uncontrollable cough and she slept cough-free for hours every night she used it.

If you have children or grandchildren, pass it on. If you end up sick, try it yourself and you will be absolutely amazed.

My New Look : Terima Kasih Whitey Mommy

Assalammualaikum,

Selamat Hari Isnin. A new day for you to start with. How is your wikens? Hope semuanya sihat dan sejahtera hendaknya.

Dah tengok My New Look?? Macam Mana? OK Tak?

How is "Bable-Bable-Bla-Bla-Blub-Blub" New Look?


Credit to Whitey Mommy kerana sudi melayan kerenah saya yang macam-macam ni. Kredibiliti beliau sungguh tidak perlu dipertikaikan lagi.

SAYA SUKA!!


Terima Kasih banyak-banyak Sha.


Pada kawan-kawan yang meminati layout theme saya serta doodle seperti saya, silalah berkunjung dan boleh membuat order kawan-kawan ke laman sesawang Puan Siti Khaironisha di SINI.

Saturday, September 17, 2011

Kesayanganku

Created with PhotoShake

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...