Thursday, May 31, 2012

Penghargaan



Assalammualaikum...

Rakan Seperjuanganku.....

Setiap orang mempunyai pasang surut di dalam kehidupan mereka (takde kena mengena dengan entri...jauh menyimpang ayat tu).  Saya merasakan yang saya mempunyai cara yang tersendiri untuk menghargai kawan-kawan saya yang mana kesudian dan sokongan dari anda semua adalah penguat dan pemberi semangat untuk saya terus bercerita dan menulis di dalam dunia blogging ini.

Terima kasih pada anda semua kawan-kawan yang sudi mengikuti dan memberikan komen-komen yang membina serta menceriakan hari-hari saya setiap hari.  Kesudian dan kelapangan anda semua menyinggah ke blog saya ini amat memberikan makna yang mendalam bagi saya.

Jumlah ini amat-amat saya kagumi dan bangga dengan ketidak bagusan gaya penulisan saya serta cerita yagn saya rasakan agak sedikit merapu dan terlewat kekadang amat membaggakan saya.

Alhamdulillah kini saya rasakan setiap titipan saya menjadi tatapan kawan-kawan semua walaupun bukanlah superb dan menarik pun entri saya macam blogger-blogger sifu dan terkenal yang mencecah alexa dan ping tertinggi setiap hari tapi alhamdulillah adalah juga orang yang sudi singgah dan mengikuti blog 'kurang' saya ini.

TERIMA KASIH kawan-kawan semua, Saya SAYANG anda semua dan sudi-sudikanlah berziarah dan memberikan pandangan dan kritikan membina untuk saya terus bertapak dalam dunia penulisan blog ini.

Semoga anda semua terus maju dan sukses bersama dan seiring dengan kemajuan teknologi dan sama-sama memanafaatkan kemudahan yang sedia ada untuk menyampaikan info dan pengalaman untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain.

Suka Bercakap


Asssalammualaikum...



Saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 2 tahun 7 bulan dan seperti yang anda semua sedia maklum kanak-kanak di usia begini memang surely dah dapat kaki dan hyperaktif tapi itu memang perkara basic bagi pertumbuhan mereka tetapi yang menjadi kepeningan kepala kami suami isteri apabila anak kami yang seorang ini suka sangat bercakap tak henti bertanya itu dan ini hingga adakalanya kami suami isteri naik penat nak melayan.

Bercakap dan bertanya tak sudah setiap apa yagn beliau lihat, tonton dan hadapi mesti beliau akan tanya "apa tu ma" " shape tu" "pegi mana ni" "dah shampai ke" kalau kami tak menjawab dan memberikan penjelasan kepada beliau maka bermulalah episod naik hantu beliau di mana beliau akan cuba mengorek mulut kami dan keep on asking and questioning kami sampai dia puas hati hingga adakalanya saya suami isteri kena bertanya beliau semula "faham tak" than baru dia diam or balas balik kata-kata kami tu dengan jawapan beliau "ooooooo......."

Semakin ketara apabila beliau tak lama lagi bakal mendapat adik baru.  Dengan perangai yang kekadang moody dan suka memerap dan mulut yagn tak berhenti bercakap...pheww!!

Tak habis dengan itu aje beliau akan suka menyanyi dan bercakap dengan anak-anak patung beliau atau memana binatang yagn beliau jumpa samaada kucing atau ayam. Tapi bila kita bertanya dia soalan, dia mesti beliau akan cakap balik "ala..yam yam (diam) aa mama..icha nak ain (main)  nie..."

Tapi sememangnya beliaulah pengerat kasih dan sayang kami sekeluarga dengan keletah dan kerenah beliau yang tak pernah surut menceriakan hari-hari kami sekeluarga. 

Wednesday, May 30, 2012

Arghhh!!!! Sedapnya Kalau............


Saya dilanda dengan mood keMENGANTUKan di tahap yang melampau hebatnya..........

Oh tidakkkkk!!!!!

google

Di saat begini orang buat apa pun saya tak heranlah.....janji saya boleh TIDURRRRR!!

Wordless Wednesday # 38


Rabu Tanpa Kata-Kata......





"terima kasih kepad En. Gugel yang setia menemaniku walau di mana sahaja"


Tuesday, May 29, 2012

RM300K Sebulan???



Assalammualaikum....


BETUL KE NI??


Kalau betul...Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan dan jikalau tidak benar pun tidak mengapa sekurang-kurangnya beliau telah menunjukkan contoh remaja & pemain bola sepak terbaik dan berkualiti dari Malaysia.  Tuah ayam nampak di kaki, tetapi tuah manusia tiada siapa yang tahu.  

Mengapa saya berkata begitu??

Terima Kasih Google
Terkujat dan terkejut pepagi buta ni membaca kisah-kisah yang mengejutkan di dalam paparan akhbar tempatan yang menyebut:-

"JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000."

Bertuah sungguh pemegang nama Nazmi Faiz Mansor.
Lagi mengenai berita tersebut boleh di dapati dengan hanya menekan SINI


Sikap Pemandu Malaysia


Assalammualaikum semua.....

Pagi-pagi lagi saya dah naik hangin dengan sikap pemandu-pemandu Malaysia yang selfish dan tidak bertimbang rasa.

Manakan tidak, dah tahu jalan dihadapan mereka tersumbat dan sesak tidak bergerak-gerak boleh lagi ada hati nak masuk mencelah-celah, berhimpit-himpit kehadapan "janji lepas" hingga memenuhi ruang kotak kuning dan menyusahkan pemandu lain yang ingin bergerak menghala ke arah lain.

Dah nampak lampu traffic lights tu hijau tapi depan tak berjalan, common senselah tak payahlah nak masuk menyumbatkan kenderaan kedalam kotak kuning tu...berperibahasa dan bertoleransilah juga, jangan ikutkan kata hati nak sampai tempat kerja on time. Semua pemandu yang memandu nak pergi bekerja jugak, agak-agaklah kalau dah memandu tu.

Takkanlah masa ambil ujian lisan di sekolah memandu dahulu tak belajar, takkan dah lupa kot?  Kebanyakkan antara mereka memang sangat-sangat mementingkan diri dan tidak bertolak ansur.  

Akibatnya tadi saya menjadi "polis trafik" sekejap berhadapan dengan simpang di antara Wangsa Maju, Carrefour nak menghala ke Jelatek dengan harapan mereka boleh berfikiran secara logik dan tidak memasuki ruangan kotak kuning bagi membolehkan pemandu lain dari arah bertentangan masuk dan melalui jalan dengan lancar. If not, nearly 6 kali traffic lights merah, kuning, hijau kami tak lepas-lepas menunggukan pemandu-pemandu bodoh yang tak boleh nak fikir tu duduk menyimpang tengah-tengah jalan berhenti di kotak kuning.

Google
Peduli apa saya tengah memboyot atau tidak, bagi saya sebagai rakyat yang prihatin adakalanya kita perlu membantu dan menyedarkan mereka-mereka ini akan tatasusila ketika memandu di jalanraya jangan sekadar tangkap muat dapat lesen dan terus berdesup sana sini bawak kereta tanpa berfikir menggunakan kepala otak dan melanggar undang-undang jalanraya hingga menyusahkan orang lain.

Ianya Hanyalah Sekeping Papan....


Assalammualaikum semua....

Gugel
Orang Malaysia memang rata-rata semuanya kaya dan raya, bukan hanya rakyatnya yang kaya raya malahan  raja-rajanya pun kaya dan mewah hingga sanggup membida dan membeli nombor plat kereta pada harga yang paling tinggi hingga mencecah ke ratusan ribu ringgit.

Kalau nak di hitung dan kaji memang amat tidak berbaloi...kerana hanya sekeping papan yang dilekatkan di kenderaan dengan bernombor pendaftaran satu angka pun boleh menjangkau hingga ke ratusan ribu ringgit.

Banyak lagi orang kampung yang duduk di pedalaman memerlukan kemudahan dan pembangunan.  Masih banyak wang yang diperlukan untuk memajukan kawasan penempatan mereka.

Tapi kalau dah minat tak boleh nak kata apa ye dak!! Yang penting HEPI!!

Monday, May 28, 2012

Hulurkan Bantuan Ringankan Beban : Tabung Ahmad Sufi


Assalammualaikum kawan-kawan....

Dikesempatan ini adalah baik kiranya saya menyebarkan info serta maklumat khidmat masyarakat. Pada kawan-kawan blogger dan sesiapa di luar sana yang ingin membantu adik comel ini yang diberi nama Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi. Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 Mac 2012 dan sejak dilahirkan beliau menghadapi masalah paru-paru yang kritikal.


Pada anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila klik SINI.

Sedikit info mengenai adik Ahmad Sufi:-

Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD3000 SEHARI. UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA HARI INI. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.


BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI (Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305


Sumbangan daripada anda semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya.

Akhirnya Berjaya....Tahniah!!


Assalammualaikum semua....

Bagaimana wiken anda baru-baru ini? Anak-anak sudah memulakan cuti persekolahan penggal mereka selama dua (2) minggu, pasti ramai ibu bapa dan rakan bloggers sendiri yang mengambil cuti bagi merehatkan diri serta meluangkan masa bersama dengan anak-anak bercuti dan beriadah bersama.

Dikesempatan ini saya mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua murid-murid dan guru-guru.  Pada adik-adik tu lakukanlah aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanafaat ye.  Buku jangan lupa dibuka bagi melakukan revision.

Pada mereka yang tak bercuti seperti saya (huuuuaaaa......) lakukanlah tugas dengan sebaik mungkin walaupun ianya merupakan hari lemau melemau bagi saya dan anda semua. Kerja kan "Ibadah"....

Oh ya! bercerita mengenai aktiviti wiken Sabtu Ahad saya baru-baru ini seperti biasa saya dan suami lately ni memang sentiasa sibuk menguruskan pasukan bola sepak dan futsal termasuk bawah 12 tahun yang bernaung di bawah syarikat kami NMR, jadi banyaklah tournament yang mereka masuki antaranya bermula dari hari Rabu, 23 Mei dan berakhir pada hari Sabtu 27 Mei 2012 berlangsungnya Kejuaraan Rentap Kosmo di Putrajaya bersempena dengan Himpunan Jutaan Belia dimana pasukan Futsal Perkasa NMR telah berjaya melayakkan diri sebanyak 3 pusingan di Gelanggang Futsal 1 Malaysia, Presint 18, Putrajaya. Walaupun mereka tak memenangi tetapi semangat dan komitmen yang mereka tunjukkan amat memberangsangkan.

Dan pada hari Ahad berikutnya 27 Mei 2012, Pasukan Bola Sepak Kuat Perkasa NMR telah berjaya menjuarai Kejohanan Piala Dato' Mokhtar yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dengan kemenangan sebanyak 3-1 menentang J.E.S FC dari Semarak.

Alhamdulillah berkat kesabaran, skil dan kerjasama mereka ini telah membuahkan hasil yang cukup-cukup membanggakan. Seronok tak henggat bebudak ni apabila menang.

Tahniah kepada mereka dan Alhamdulillah juga kerana 5 daripada 18 orang pemain dari pasukan Kuat Perkasa NMR telah disunting oleh kelab bolasepak lain yang berminat dengan skill mereka (erm...agak sukar juga bagi kami untuk melepaskan mereka selepas ini......apa pun bergantung kepada mereka. 


Pasukan Futsal Kuat Perkasa NMR di Kejohanan Rentap Kosmo, Putrajaya (sorry gambar senget ntah pape ntah degil gambar ni)
En. Habi bergambar bersama player di Kejohanan Piala Dato' Mokhtar di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru
Futsal Bawah 12 Tahun Di Kejohanan Rentap Kosmo, Putrajaya


TAHNIAH KUAT PERKASA NMR!!



Friday, May 25, 2012

Mutiara Kata


Assalammualaikum...

Dalam banyak-banyak himpunan mutiara kata yang paling saya berkenan dan terpikat hati antaranya adalah seperti di bawah ini yang saya kongsikan bersama rakan-rakan blogger yang lain:-

Antara perangkap syaitan ialah:
Derhaka dengan nikmat Allah
Angkuh dengan pemberian Allah
Sombong kepada hamba hamba Allah

Dalam pertarungan politik
Kemenangan bukan bererti benar
Kekalahan bukan bererti salah.

Jagalah lidah mu sebelum ia melukakan hati orang
Jagalah tingkah laku mu sebelum ia membinasakan diri sendiri.

Janganlah mendongak ke langit kerana angkuh
Atau tunduk ke bumi kerana putus asa.
Berhati hati lah semasa berbicara,
kerana lidah itu juga bolih tergigit pada bila bila masa.

Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam diri mu dan memperolihi pahala
Tetapi jika engkau berkeluh kesah
Ia akan menimbulkan kelemahan.

Ilmu itu kekuasaan pertama
Benda itu kekuasaan kedua
Ada emas semua kemas
Ada wang semua sayang
Ada padi semua menjadi

Jangan lah hendaknya kecintaan mu terhadap sesuatu membuat kamu menjadi lupa
Dan kebencian mu terhadap sesuatu itu membuatkan kamu hancur.

Jika kamu berada dalam majlis jamuan hendaklah menjaga perangai
di rumah orang menjaga mata
dalam solat menjaga hati
dan dalam pergaulan menjaga lidah.

Terima Kasih Blogger 1001 Resipi dan The Rainbow Journey


Assalammualaikum semua....

Selamat bersiaran kembali di hari Jumaat yang mulia ini.  Oh ya! belum terlmabat kiranya saya ucapkan Selamat Hari Belia kepada semua para belia di luar sana.  Dan sekarang Himpunan Sejuta Belia sedang berlangsung di Putrajaya daripada 23-27 Mei 2012.  Pada anda yang berkesempatan jangan lepaskan peluang ini kerana banyak acara-acara menarik berlangsung  dan produks barangan tempatan turut di pamerkan di booth-booth yang telah disediakan.

Sebenarnya saya nak bercerita akan kisah saya pagi ni yang mana rakan sepagar saya iaitu Pn. Aziela mengatakan bahawa blog anak saya telah dipromot oleh blogger terkenal Kak Kida dari 1001resepi.  Terharu dan teruja pulak rasanya akan kesudian mereka-mereka (blogger terkenal) mempromosi dan menilai kemampuan anak saya yang baru berumur 11 tahun ini hingga mereka (kkida & aziela) sudi mempromot sambil memperkenalkan blog beliau kepada umum.  




Untuk membaca lebih lanjut entri mengenai blog Muhammad Amirul Haikal bolehlah klik di SINI dan SINI.




Terima kasih pada Aziela dan Kak Kida kerana sudi menjengah dan memberikan komen yang begitu bernas dan terharu (emak dia plak lebih) serta sanggup membuat dan menempekkan satu entri khusus untuk blog beliau yang mana pada mulanya saya sendiri tak berapa nak menggalakkan beliau berblogging atas alasan beliau masih kecil dan rasanya tak perlu lagi nak berblogging kot dengan ayat beliau yang tunggang langgang dan BM pun tak berapa nak baik. Tetapi atas dasar beliau yang suka nak bercerita dan mengekpresikan rasa dan emosi beliau melalui blogging yang dianggapnya lebih sebagai diary saya turutkan sahaja walaupun entri yang beliau paparkan kebanyakkannya pendek dan ada kalanya kelakar nak gelak guling-guling pun ada.

Alhamdulillah berkat komen dan kesudian anda dan blogger lain yang sudi mengikuti blog beliau semangat beliau semakin membuak-buak dan surprisingly dia amat-amat terharu apabila saya memaklumkan pada beliau bahawa blog beliau kini telah dikenali oleh orang lain dan bukan hanya saya dan adik beliau sahaja yang mengikuti blog beliau tetapi orang lain juga.

Disebabkan kami baru berpindah rumah dan kemudahan wifi di rumah baru agak terhad dan tidak berapa mengizinkan jadi usaha beliau untuk membalas komen atau special entri yang anda semua paparkan agak sukar bagi beliau balas dan beliau hanya mampu mengucapkan "TERIMA KASIH PADA ANTY-ANTY SEMUA" jika ada kesempatan beliau akan membalas kesemua komen-komen anda dan juga special entri yang anda buat untuk beliau. 

Atas kesempatan ini juga dan bagi pihak anak saya Muhammad Amirul Haikal, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda semua memperkenalkan blog anak saya yang tak seberapa itu dan semoga anda semua sudi memberikan komen serta tunjuk ajar kepada beliau utnuk terus berblogging dan menegur untuk kebaikan beliau sendiri. 

Bukan Semua Majikan Jahat..


Assalammualaikum semua...


Google
Rentetan daripada isu yang tengah hangat diperkatakan kini mengenai isu pembantu rumah Indonesia yang didakwa oleh Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez bahawa pembantu rumah Indonesia dijadikan objek penderaan fizikal dan keganasan di negara Malaysia adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Serasa dan pendapat saya walaupun saya pernah menggajikan pembantu rumah Indonesia sebelum-sebelum ini, sebagai majikan kita masih ada rasa perikemanusiaan dan tidak pernah sama sekali dan rasanya rata-rata semua kawan-kawan blogger di luar sana bersetuju dengan pendapat saya bahawa majikan di Malaysia ini lebih banyak bertolak ansur dan memberikan layanan yang baik dan sempurna kepada mereka tanpa mengira darjat dan bangsa.  Jika adapun mereka-mereka (majikan) yang melakukan perkara sedemikian hanyalah segelintir sahaja.

Sebaliknya mereka dilayan seperti manusia dan mendapat hak yang setimpal kerana mereka juga merantau di sini dan mencari rezeki.  Kebanyakkan majikan kini menjaga kebajikan dan menjaga segala keperluan pembantu rumah mereka sebaiknya bukan seperti apa yang diperkatakan oleh mereka-mereka yagn tidak bertanggungjawab di luar sana.

Kalau setakat menegur dan memberikan penerangan sebaiknya kepada pembantu jika mereka membuat kesilapan itu adalah perkara biasa tetapi tidaklah sampai memukul dan mendera mereka. Yang penting kesefahaman dan tolak ansur di antara majikan dan pekerja.

Pendapat dan nasihat saya sebagai rakyat Malaysia sepatut-patutnya beliau (Irene Fernandez) tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang statement yang berbaur provokasi dan politik sebaliknya beliau haruslah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan baik di antara Malaysia dan Indonesia dan bukannya memburukan lagi keadaan.

Thursday, May 24, 2012

"SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012"


Assalammualaikum...


Sekejapan waktu dan masa meninggalkan kita tup tup dah nak masuk bulan June dan secara otomatiknya juga Segmen Nasz : Bloglist Nasz May 2012 akan berakhir.  Serasa sedih dan sayang pulak nak remove list kawan-kawan blogger yang join segmen berkenaan dan besar harapan saya jikalau di segmen kali ini mereka semua mengambil bahagian dan menjadi salah seorang dari senaraian bloglist saya.

So kawan-kawan yang sudi silalah JOIN dan bersama-sama kita memeriahkan lagi segmen kali ini.

Salam kenal pada blogger dan rakan baru yang menjoinkan diri bersegmen kali ini.

Tarikh tutup: Sabtu 26 Mei 2012

Koleksi Terbaru Saya...


Assalammualaikum...


Dah lama rasanya saya tak apdet pasal buku-buku novel koleksi saya, almaklumlah nak membaca lately ni pun agak kurang "datang" jugak moodnya almaklumlah kelaut memanjang aje.

Tetapi adakalanya juga sempat lah menelek dan menyelak beberapa helaian buku-buku koleksi novel terbaru yang sempat saya terjah pergi membeli dan miliki.

Bacanya belum komplete lagi ada yagn separuh jalan baca bila dapat aje buku yagn baru beli saya tengok dan baca yang baru pulak...melompat-lompat lepas tu dah lupa jalan cerita buku yang previously...hehehehe (buruk perangai)

Apapun ini adalah beberapa koleksi yang baru saya miliki untuk koleksi bacaan dan milik peribadi saya.   Sekarang ni saya tengah menggiatkan dan mengigihkan diri untuk membaca novel bertajuk "Usai Aku Terima Nikahnya" daripada penulis Umie Nadzimah

p/s: gambar actual saya tak sempat ambil...jadi saya pinjam dari Cik Google ajelah ye.




Kawan-kawan pun mesti ada yang sudah memiliki antara koleksi novel tersebut kan?

Berduit Tapi Tak Bahagia...


Assalammualaikum semua....

Seperti yang kita semua tahu baru-baru ini kejadian nahas pesawat Sukhoi Superjet 100 yang telah mengorbankan ramai nyawa iaitu seramai 45 orang telah menggemparkan kita semua dimana pesawat tersebut baru sahaja dilancarkan dan terhempas ketika sesi demonstrasi dijalankan. 


Ehsan dari Google

Kesemua ahli keluarga mangsa seramai 45 orang kini bakal menerima wang insurans daripada syarikat penerbangan berkenaan yang berjumlah 1.25 billion rupiah (RM424,580) iaitu lebih dari separuh daripada jumlah yang telah dijanjikan sebelum ini iaitu kira kira 463 juta rupiah (RM157,382).

Kesemua ahli keluarga mangsa akan menerima duit insurans berkenaan tidak kira samaada mereka rakyat Indonesia atau rakyat asing.

Salah seorang magsa nahas bersama dengan ahli keluarga - Ehsan Google
Persoalannya, mampukah ahli keluarga mereka menerima wang insurans berkenaan apabila nyawa seseorang yang mereka kasihi dan cintai telah tiada di muka bumi ini. Masih bernilaikah dengan harga nyawa ahli keluarga mereka yagn terkorban semasa sesi demonstrasi berkenaan.

Pokok pangkalnya hati dan rasa perikemanusiaan itu sendiri....Allahuallam.

Semoga roh-roh mereka di tempatkan dikalangan orang-orang beriman dan bertawakal di sisi Allah s.w.t.

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday # 37


WW

Idamanku.......



Cantikkan gambar ni....layan ajelah huhuhuu..........


Tuesday, May 22, 2012

Hari Jadi Anakku...


Assalammualaikum semua...

Bersiaran kembali.  Pasti ramai yang melakukan ibadah puasa sunat hari ini di mana telah masuknya bulan Rejab dan ianya merupakan bulan mulia bulan untuk kita semua beribadat, bukan hanya di bulan Ramadhan aje.

Walaupun saya mempunyai kurang stamina akibat dari 'pembawakan' tetapi Insyaallah akan saya kuatkan semangat untuk belajar berpuasa di waktu begini dan melakukan yang terbaik untuk kebaikan saya juga, Kalau tak dibuat bila lagi betul tak? Lagipun umur semakin lama semakin meningkat dan anak juga kalau nak di hitung dah semakin ramai, jadi adalah lebih baik saya menunaikan apa yang di tuntut dengan mengikut kemampuan saya.  Insyaallah akan bertahan hingga berbuka.....

Sebenarnya nak cerita pasal cerita ni semalam tapi sebabkan ada banyak kerja di saat-saat akhir semalam so saya tak sempat nak menempekkan entri ini.  Sebenarnya semalam merupakan Hari jadi anak bujang saya yang sulung yang ke 11 tahun.  Besar panjang dah anak saya tu, memang sekejap aje masa berlalu pantas meninggalkan kita tup tup anak saya dan melangkah ke angka belasan tahun.

Tiada sambutan yang grand pun yang kami buat hanya sekadar buat kejutan kecil pada beliau ayng pada mulanya sedih seumpama tiada siapa pun yang mengingati akan hari jadi beliau.  Kami balik seperti biasa dan dia tidur dengan disulami dengan tangisan..bila saya dan En. habi tanya kenapa..dia cakap "takde pape" tetapi kami tahu hakikatnya dia mengharapkan yang kami membuat sesuatu untuk dia.  

Makan-makan kecil-kecilan...
Jam berginjak ke pukul 9:45malam dan beliau mengambil keputusan unutk tidur aje dan kami pun tidak pula melarang sebaliknya membiarkan aje sehinggalah 15 min selepas itu emak mertua, adik-adik ipar dan anak-anak buah saya tiba di rumah dengna membawa kek harijadi beliau.

New Flavor from Secret Receipe

Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah beliau sebaik aje kami mengejutkan beliau dan membawa beliau keluar bilik apabila melihat kek yang dibawa oleh nenek dan pakcik dan makcik beliau. Malam semalam kami habiskan masa dengan makan-makan kecil-kecilan bersama keluarga dan anak-anak dengan menikmati juadah Pizza Hut Delivery, Bubur Pulut Hitam (sempena kedatangan bulan Rejab...Ibu Mertuaku buat), Tembikai sebagai pemanis mulut. OKlah better than nothing!! Coz plan awal kami nak buat in advance tapi disebabkan ramai yang tidak berkelapangan pada hari minggu baru ni jadi hasrat itu berkubur aje dengan harapn wiken ini akan kami laksanakan juga..tapi memandangkan kami dah selebret semalam jadi wiken ni kami sekadar buat makan-makan (besar) bersama keluarga ajelah.


Hadiah kami untuk Amirul

Pengajaran yang saya dapat, anak-anak ni memang terlalu sensitif terutama sekali apabila bab-bab yang berkaitan dengan diri mereka tak kiralah apa benda pun yang pasti mereka amat mengharapkan 'sesuatu' dari kita sebagai ibu bapa, kerana mereka semestinya tidak pandai berbohong dan menidakkan akan perasaan dan keinginan mereka.  Selagi boleh diikut dan diturutkan maka seharusnya kita mengembirakan mereka seadanya mengikut kemampuan masing-masing ye tak?

"HAPPY 11TH BIRTHDAY MUHAMMAD AMIRUL HAIKAL"


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna dan terancang.

Monday, May 21, 2012

Buat Apa Nak Marah Kalau......



Buat tatapan para Suami......


Jangan marah kalau isteri anda kuat makan....
Jangan marah kalau isteri anda gemuk/berisi
Kerana setiap suapan yang isteri makan, suami dapat pahala...
10 suapan, 10 pahala ...walaupun gemuk, 
itu tandanya suami bagi cukup makan.....

Kedatangan Yang Di Nanti....


Assalammualaikum semua....

REJAB DATANG LAGI....

Pejam celik pejam celik Jamadil Akhir bakal melabuhkan tirainya pada hari ini dan ESOK tibalah kedatangan bulan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan untuk kita beroleh kebaikan dan pahala iaitu REJAB.
Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Kini Tak Susah Lagi..


Bila kepadatan penduduk semakin bertambah maka semua penduduk mampu memiliki kereta.  Rata-rata kita tengok setiap rumah mesti ada paling kurang 2 biji kereta dan kalau dah terlebih duit tu ada yang sampai 4 dan 5 biji kereta pada setiap isi rumah.


Disebabkan kepadatan penduduk dan penggunaan kenderaan yang semakin hari semakin meningkat maka sistem parkir kenderaan juga haruslah sentiasa selaras, selari dan canggih serta terkini dari yang lain kan?

Kalau takat keluasan lot parkir berkenaan sahaja tidak mencukupi untuk menampung kenderaan-kenderaan yang banyak melimpah ruah di luar sana especially bila tang waktu bekerja dan ada function, mulalah terkial-kial mencari parking.  

Sekarang dengan teknologi canggih sistem parking kenderaan telah diupgradekan menjadi lebih canggih dan teratur.

Pernah lihat sistem parking kereta pintar?  Ada sesetengah tempat dah mula menggunakannya sekarang akibat daripada kepadatan penduduk sampai dah tak muat-muat parking.

Antara keunikan sistem parkir pintar ialah:-

  • Caj dikenakan sebanyak RM5 dan RM1 untuk jam seterusnya 
  • Berfungsi secara automatik, mudah dan tiada risiko kecurian atau kerosakan kereta
  • Reka bentuk fleksibel, kawasan sekecil 42 Meter persegi
  • Pasang siap dan boleh dipindahkan 
  • Jimat masa mencari dan meletakkan kenderaan


Friday, May 18, 2012

Sahabat Karibku


Assalammualaikum.....

Setiap dari kita pasti dikelilingi dengan kawan-kawan tidak kira samaada di sekolah mahupun di tempat kerja.  Tanpa kawan tidak lengkaplah kehidupan.  Malahan kawan juga boleh dijadikan sebagai teman untuk bercerita tentang permasalahan dan kegembiraan untuk dikongsikan bersama.

Tetapi AWAS!! jangan tersalah dan tersilap pilih kawan.  Terdapat pelbagai jenis kawan yagn boleh dan amat sesuai untuk dijadikan sahabat antaranya:-

teman yang boleh menerima diri kita seadanya
teman yang boleh di jadikan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan
teman yang boleh bersusah dan bersenang dengan kita
teman yang sentiasa menasihati diri kita apabila kita melakukan kesalahan
teman yang tidak suka mengambil kesempatan 
teman yang tidak berpura-pura
teman yagn sentiasa memberi tunjuk ajar

Dan bermacam-macam lagilah.... pokok pangkalnya ada juga di antara mereka yagn bersahabat dengan temannya sehingga ke jangkauan masa yagn cukup lama berbelas hingga berpuluh tahun lamanya.....

Pokok pangkalnya seberapa sepakat dan ikhlasnya sahabat itu untuk berkawan dengan kita.

Saya sayang sahabat-sabahat saya.....Alhamdulillah!!

Susah Nak Guna...


Pelbagai rungutan sering kedengaran dengan penampilan syiling baru yang telah diperkenalkan sejak 16 Januari lalu.  Antara rata-rata mengatakan yang syiling tersebut tidak "mesra alam" kerana rekabentuknya yang agak sedikit kecil as compared to the previous yang besar gedabak especially duit 50 sen.

Ehsan dari Google

Kanak-kanak sekolah juga seringkali terkonfius dengan nilai duit syiling tersebut hingga adakalanya mereka ingat itu adalah duit dari luar negara.  Tidak banyak urusan juga boleh dilakukan dengan menggunakan syiling baru kerana sizenya antara tempat-tempat yang menghadapi kesukaran antaranya di stesen LRT (mesin tiket), telefon awam, meter letak kereta  dan mesin air dan mesin layan diri yang lain.

Adakah anda juga menghadapi permasalahan yang sama??  


Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday # 36

Assalammualaikum.....

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA BLOGGER YANG MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI GURU, KAWAN-KAWAN, SAUDARA MARA, DAN SELURUH CIKGU-CIKGU DI MALAYSIA



"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"


Gambar Cikgu Cikgi Zaman Dolu Kala......


Tuesday, May 15, 2012

Kontroversi Tak Sudah....


Assalammualaikum....

Erm...saya tahu berdosa besar bercerita tentang hal orang ..tapi tangan saya gatal nak tulis mengenai hamba Allah ni yang memang rata-rata semua orang cukup-cukup mengenali beliau di mana baru-baru ini beliau baru melangsungkan majlis pernikahan dengan jejaka pilihan hati beliau.

Hati ini cuba bersangka baik dan berfikiran positif dan cuba untuk tidak memberikan sebarang komen dan statement yang bukan-bukan mengenai isu "BERITA GEMBIRA" beliau baru-baru ini.... tapi sebagai manusia kita tidak pernah lari dari bercerita dan membincangkan mengenai sesuatu perkara itu...

Tetapi bagi saya sebagai seorang manusia jika kita terlajak dari melakukan sesuatu perkara yang boleh mengundang 1001 tanda tanya orang ramai dan di tambah anda seorang selebriti dan dikenali ramai adalah lebih baik dan afdal mendiamkan diri dari mengaibkan diri sendiri dan keluarga hingga mengundang fitnah dan kata-kata yagn tidak sedap di dengar oleh masyarakat kepada anda.

Tak perlu announce walaupun anda selebriti dikenali ramai...dediam sudahlah..hingga nak buat statement yang membuatkan seluruh masyarakat bertanya dan membuat pelbagai andaian.

Faham-faham ajelah......

Penyakit Wanita Kini.....



Dewasa kini berbagai jenis penyakit ginekologi atau sakitpuan menjadi satu masalah besar kepada wanita kerana peningkatan jangka hidup kaum wanita di negara kita yang sekarang menjangkau 72 tahun.  

Apabila umur wanita semakin meningkat tentulah jenis penyakit makin berubah dan kita dapati lebih banyak penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tumbuhan dan kanser semakin merebak dan menyerang kaum wanita.  

Antara yagn paling common ialah 2 jenis kanser yang sering menimpa wanita iaitu kanser pangkal rahim dan kanser buah dada.  Bahagian lain yang juga boleh diserang oleh penyakit kanser ialah rahim dan ovari.

Oleh itu kaum wanita perlu sentiasa berwaspada dengan jagaan sewajar, sebaiknya mengambil langkah sebelum tanda-tanda penyakit kanser timbul.  Di antara pemeriksaan yang penting bagi wanita ialah “pap smear” bagi mengesan penyakit kanser pangkal rahim, pemeriksaan buah dada dan mammography untuk mengesan kanser buah dada, pemeriksaan ultra-sound scanning untuk mengesan kanser pada kilang ovari.  Sebaiknya wanita seperti kita semua yang pernah bersalin dan berada didalam pertengahan umur, patut menjalani ujian-ujian tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali.

Selain itu penyakit wanita yang harus diambil kira selain dari kanser ialah jangkitan kuman, ketumbuhan “endometriosis” dan “fibroid”.  Wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa harus berwaspada.  Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim selain kesukaran untuk hamil dan berlakunya gugur yang berulang kali juga mungkin ada kaitan dengan penyakit seperti “endometriosis”.  Kesemua penyakit ini hanya boleh dikesan oleh doktor dan pakar sakit-puan.  

Wanita sepatutnya mengambil langkah utama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang terdekat sekali di rumah untuk pemeriksaan awal dan jika perlu doktor ini akan merujuk kepada doktor pakar yang sewajar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...