Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Vol 2

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah saya begitu teruja sungguh diwaktu ini pabila malam menjengah kerana esoknya kita semua umat islam diseluruh duania akan menjalankan ibadah berpuasa...sampailah sudah masanya bagi kita menahan lapar dan dahaga menjalankan ibadah yang dituntut oleh agama.

Bersyukur saya kerana dipertemukan pada ramadhan kali ini kerana dapat bersama-sama keluarga tercinta menjalankan ibadah berpuasa sekali lagi pada tahun ini.



Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua sahabat handai, rakan taulan, sabahat blogger dan orang-orang yang mengenali diri ini tak kira dimana anda semua berada...ampunkan segala dosa dan kesalahan yang telah saya lakukan selama anda mengenali diri ini. Banyakkan bersabar, beribadah dan bersedekah. Semoga kita semua mendapat keberkatan disepanjang bulan ramadhan yang mulia ini.

Jangan lupa berterawikh dan bangun sahur ye...Selamat Berpuasa Semua.....

Saturday, July 30, 2011

Menjelang Tibanya Ramadhan...

Assalamualaikum semua...

Saya tak pasti sama ada anda semua perasan ataupun tidak tetapi since semalam jalanraya di Kuala Lumpur ni seakan tiada yang reda... Umpama masing-masing berkejaran tak tahu punca nak kemana... Sesak disana dan disini..sampai kemalam.

Saya??

Seperti biasa bersama keluarga mertua berkampung di HKL since semalam kerana ingin mengetahui perkembangan adik ipar saya yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)...

Alhamdulillah... Perkembangan beliau hari ini memuaskan as compared to semalam. Tetapi tekanan darah beliau sedikit tinggi dan beliau duserang demam, berkemungkinan disebabkan efek pembedahan dan kesakitan yang beliau alami... Alhamdulillah overall beliau ok selain dah sedar dan boleh bercakap sedikit-sedikit itu amat menyenangkan hati kami...tiada apa yang kami harapkan cuma harapan kami agar beliau cepat sembuh seperti sediakala...

Oh ya! Semalam saya sempat lagi bermalam di Thistle Port Dickson kerana ingin menjemput anak-anak saya yang mengikut Kakak saya yang menghadiri seminar disana. Phew!! What a tiring day travel dari HKL balik ke rumah sekejap (packing) than bertolak ke PD kami sampai disana pada pukul 11:45 malam. Memang memenatkan.

Kami bertolak semula balik ke Kuala Lumpur pada pagi tadi dalam pukul 12:00 tengahari didalam keadaan cuaca yang begitu tidak mengizinkan....

PD dilanda hujan ribut!!!

Teruk! Sewaktu kami ingin pulang tadi hujan turun dengan lebatnya dengan keadaan angin qyang terlalu kuat hinggakan semua kedai-kedai di dalam khemah terbang melayang-layang, pokok-pokok tumbang ditengah jalan, dahan-dahan berterbangan ditengah jalan... Jalanraya jadi huruhara bila pokok tumbang dengan angin kuat dari arah laut datang.. Takut!!




































- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, July 29, 2011

Wajar Ganti Sebelum Ramadan Elak Fidyah

Assalamualaikum semua...

Sebuah artikel yang bagus untuk dikongsi bersama kawan-kawan bloggers semua khususnya wanita...


CUAI dan leka selain tidak merasakan amalan wajib itu sebagai suruhan agama dikatakan menjadi punca wanita memandang ringan mengganti serta membayar fidyah apabila meninggalkan puasa Ramadan.

Pakar motivasi, Dr Rubiah Kulup Hamzah, berkata kecuaian berkenaan cenderung disebabkan wanita itu sendiri yang tidak ada usaha, daya dan tekad selain melihat tiada kepentingan di sebalik amalan itu.

“Jika melakukan sesuatu mengikut kebiasaan, jadi pelaksanaan itu tidak terasa dekat dalam diri, pada Allah dan suruhan-Nya kerana puasa itu sebenarnya bermula daripada keyakinan (syahadah) lantas menjadikan individu itu kuat dan lebih baik.

“Sudah berikrar kepada Allah untuk menjadi hamba-Nya tapi tiada pertalian sebab itu terasa seperti banyak halangan untuk mengganti sedangkan ia adalah tugas individu,” katanya ketika mengulas mengenai pengabaian umat Islam membayar ibadat puasa Ramadan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184 bermaksud, “Puasa yang diwajibkan ialah beberapa hari tertentu, maka sesiapa di antara kamu sakit atau musafir boleh berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa (qada) sebanyak hari yang dibuka itu pada hari-hari lain,”.

Bagi yang tidak berdaya qada kerana tua atau alasan lain tertentu yang munasabah, caranya adalah membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Bagaimanapun, berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah.

Tambahnya lagi, isu cetek pengetahuan atau kurang didikan agama bukan penyebab tertunggak puasa ganti serta bayaran fidyah kerana agama adalah amalan dan jika tidak diamalkan, maka daya dorongan juga menjadi kurang.
“Kebiasaannya, orang yang begini juga solat pun tidak cukup. Apa yang boleh membantu adalah dengan ilmu selain mereka sendiri perlu tahu, tinggal puasa dikira berhutang dan berdosa jika hutang itu tidak dibayar,” katanya.

Jadi, penyelesaiannya, Dr Rubiah berkata, masalah itu boleh ditangani melalui kaedah memilih kawan faham agama kerana mereka mempunyai kuasa dorongan yang kuat.

“Selain itu, cuba cari buku berkaitan agama untuk mendapatkan ilmu mengenai puasa. Selami apa matlamat di sebalik amalan itu berbanding syariat yang sering dikejar kebanyakan orang,” katanya.

BAGI Juru Ukur Bahan, Liza Shareeza Mohd Zaid, 29, berkata gagal melunaskan puasa yang ditinggalkan berlaku kerana sikap suka tertangguh.

“Kalau disebut pasal agama cetek atau tidak tahu kewajipan, ia mungkin kedengaran seperti hipokrit kerana di negara ini, setiap orang yang beragama Islam mempelajari pendidikan Islam sejak di bangku sekolah rendah.

“Mereka tahu tapi tidak mengambil berat. Seperti yang sering saya perhatikan, jika soal solat tidak dititikberatkan, bagaimana mungkin mereka akan berasa wajib untuk berpuasa, seterusnya menggantinya,” katanya.

Seperti diamalkannya, Liza Shareeza membayar fidyah atau bersedekah mengikut nilai secupak beras jika tidak berkesempatan atau berkemampuan mengganti puasa pada tahun berikutnya.

“Tapi selalunya, jika perlu mengganti puasa, saya amalkan dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Lunaskan hutang puasa wajib kemudian boleh diteruskan dengan yang sunat,” kata ibu tiga cahaya mata itu.

KAKITANGAN kerajaan, yang hanya dikenali sebagai Diana pula mengakui tidak pernah menggantikan puasa sejak lapan tahun lalu.

“Entah, mungkin sekarang ini saya sering mengabaikan solat menyebabkan hati seperti liat hendak menuruti segala suruhan agama termasuk mengganti puasa.

“Berbanding di bangku sekolah dan universiti, mengganti puasa bersama rakan begitu menyeronokkan malah kami berlumba-lumba menghabiskan puasa ganti sejurus Aidiladha,” katanya.

Diana berasakan tidak mengganti puasa seperti bukan kesalahan besar kerana ramai rakannya termasuk yang bertudung juga mengabaikannya.

“Saban hari, saya sibuk dengan urusan kerja selain sering keluar bersama rakan mencuba makanan di restoran berbeza. Jadi, ia sedikit sebanyak membuatkan saya leka.

“Bagaimanapun, saya berazam untuk mula mengganti puasa dan membayar fidyah satu hari nanti,” katanya.

INFO
Di laman web Pusat Zakat Wilayah Persekutuan ada disediakan kalkular fidyah khas untuk wanita yang keliru mengenai kadar fidyah perlu dilunaskan jika meninggalkan puasa disebabkan haid, sengaja, ibu mengandung atau menyusu juga warga tua atau uzur.
Kadar fidyah bagi tahun 1431H ialah RM 1.80 sehari. Pengiraan Fidyah (beras), 1 gantang baqdad = 2.7kg, 1 cupak beras = 675 g atau bersamaan dengan RM 1.80 bagi sehari yang ditinggalkan.


FAKTA: Golongan yang dikenakan fidyah
Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah (darah sakit), musafir dan sakit yang ada harapan sembuh. Wajib qada sebelum datangnya Ramadan akan datang, jika masih belum qada maka dikenakan fidyah.
Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa. Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu qada puasanya.
Ibu hamil atau menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang:
i. Kandungannya terjejas
ii. Air susunya kering. Justeru, fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah qada sebelum melangkah Ramadan akan datang. Sekiranya tidak qada puasa sehingga masuknya Ramadan, maka dikenakan fidyah berganda.
Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya. Wajib qada sebelum Ramadan akan datang dan sekiranya masih belum mengqada, maka barulah dikenakan fidyah.

Artikel diambil dari Utusan Online.

Bersamalah Kita Bedoa...

Assalammualaikum...

Baru sebentar tadi saya di kejutkan dengan panggilan dari En Habi yang mengkhabarkan bahawa adik ipar saya (adik kepada En Habi) telah terlibat dalam kemalangan pagi ini sewaktu beliau hendak ke pejabat di hadapan Istana Negara dan telah dikejarkan ke HKL kerana beliau tidak sedarkan diri...Menurut kata En Habi lagi beliau telah mengalami beberapa kecederaan (tak pasti) tetapi beliau kini telah ditempatkan dibahagian Kritikal.

Sebak dada mendengar berita tersebut dan sama-samalah kita semua berdoa agar beliau sedar dan selamat serta pulih seperti sedia kala... Amin..




- Posted using BlogPress from my iPhone

Tahniah Pada Malaysia

Assalammualaikum semua...

Salam Ukhwah di pagi Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari.

Sebelum saya memulakan aktiviti mengemas, memasak dan membasuh saya ini, saya curi-curi masa sekejap untuk berblogging.. Nanti kalau anak dara tu bangun tidur, langsung tak payah nak apdet blog... Asyik kena kelek dia aje kan... Hehehe...






(Gambar ehsan dari Cik Google)

Seperti yang semua sedia maklum, keputusan bagi Perlawanan bola antara Malaysia vs Singapura telahpun diketahui dimana rata-rata menyatakan rasa ketidakpuashatian masing-masing termasuk juga saya yang telah kehilangan suara kerana menjerit sakan malam tadi untuk melihat Malaysia mara ke peringkat dunia adalah HAMPA. Sememanya tidak dinafikan Singapura memang mempamerkan persembahan yang mantap dan menyegat di dalam LAKONAN mereka yang cukup mensia-siakan usaha Malaysia selama 25 minit Perlawanan. Sungguh tidak professional. Pada kawan-kawan Singaporean saya jangan terasa hati ye.. Saya cuma kurang gemar dengan corak persembahan Skuad Singa kali ini kerana mereka bukan sahaja banyak membuang masa malahan mempamerkan lakonan mereka yang saya rasa cukup meluatkan... Apa-apa pun TAHNIAH saya ucapkan diatas kemenangan mereka.

Pada Skuad Harimau Malaya dan tak lupa juga Skuad Harimau Muda, TAHNIAH juga saya ucapkan walaupun mutu permainan ada juga seperti kanak-kanak sekolah bermain tapi saya berbangga dengan pencapaian anda serta mutu jika hendak dibandingkan dengan yang lepas-lepas adalah amat memuaskan. SYABAS kepada Safee Sali dan Khairul Fahmi kerana dua orang pemain ini begitu UNGGUL dan GIGIH menentang pihak lawan dan tak lupa juga G-Force Gunalan dan Gurusamy yang tidak kurang hebatnya.

Tahniah kepada team Harimau Malaysia, cuba lagi dimasa-masa yang akan datang. Tingkatkan usaha dan prestasi anda dari semasa ke semasa agar kita dapat keluar dari kepompong dan menjadi Pasukan Bola Malaysia yang dapat diiktiraf dimata dunia.

TAHNIAH dan SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, July 28, 2011

MALAYSIA BOLEH!!

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah dapat jugak saya bersiaran hari ini, ingatkan tak ada kesempatan..al-maklumlah kena kelek anak hari ni satu hari dan menjadi housewife sepenuh masa selama 3 hari berturut-turut ini...

Schedule saya bermula seawal pukul 6.00pagi lepas tu tidur sekejap than bangun semula dalam pukul 7.45 pagi nak siapkan sarapan untuk En Habi yang nak pergi bekerja, memasukkan pakaian kotor kedalam mesin basuh, menyapu dan mengelap habuk, mengejutkan anak dara (kecik) dari tidur...memberikannya susu dan memandikan beliau dan seterusnya melembutkan ikan dan daging untuk masakan tengahari sebab En Habi kata dia nak balik makan pulak tengahari ni...lepas tu suap anak dara ni makan brekfes (kalau tidak bersepah satu rumah) layan dia sekejap tengok TV, sidai kain diampaian, setart masak nasik sebab takut terlambat nanti..potong-potong sayur dan basuh-basuh cili dan segala bahan untuk dimasak kemudian anak dara pulak nak tidur balik (tidurkan dia semula) than barulah BERJUANG untuk memasak masakan tengahari ini..oooo terlupa pulak nak cakap askar ranjer dua orang tu takde since semalam sebab mengikut kakak saya seminar yang mereka kebetulan bercuti semester persekolahan...jadi senyaplah sedikit rumah...cuma tinggal sikecik tu ajelah.... Bila dah berjuang semestinya lintang pukang kan? SO apa lagi haru birulah memasak dek nak mengejarkan sebelum anak dara tu bangun....tengok cuaca agak mendung aje tengahari ni so kerjarkan angkat kain pula...PHEWW!! than kejar memasak lagi...rasa macam nak tercabut kaki hari ni ... Respeklah paada semua para surirumahtangga...korang memang SUPERB! dan SUPERMOM!

SIAPA KATA SURIRUMAH DUDUK RELAKS?? SEBENARNYA BANYAK KERJA TAU!!

Tapi itu schedule saya...tapi saya bukan nak cerita pasal tugasan saya hari ni..



Saya cuma nak sampaikan pesanan ringkas saya buat Skuad Harimau Malaya yang akan berjuang pada malam ini tepat jam 8.45malam di Stadium Bukit Jalil menentang Skuad Singa dari Singapura...yang rata-rata mendapat sambuntan yang begitu menggalakkan.

Pada Skuad Malaysia jangan hampakan penyokong-penyokong tetapMU...teruskan berjuang dan tingkatkan usaha anda. Berjuang berhabis-habisan...tunjukkan skill anda semua..kerana kami memberikan kepercayaan dan sokongan yang tiada belah bahagi.

Jadi kawan-kawan semua....jangan lupa berikan sokongan anda pada malam ini ye....


GOOD LUCK!!

MALAYSIA BOLEH!!


Till then ...saya tinggalkan kawan-kawan semua dengan lagu ini...

Wednesday, July 27, 2011

Apa Yang Elok Dibuat Ketika Bulan Ramadhan.....

Assalamualaikum para sahabat sekalian.....



Entri saya pada pagi yang indah dan ceria ini adalah berkaitan dengan bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam diseluruh dunia..iaitu bulan yang penuh keberkatan Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai "Persediaan Menyambut Ramadhan" pada kawan-kawan semua. Rasanya masih terlalu awal lagi untuk saya membuat posting ini tetapi saya rasakan hari itu semakin hampir dan tak sabar-sabar lagi saya tunggu dan mengharapkan agar ianya (kalau boleh) tidak akan berakhir...

"Sebelum itu, saya ingatkan setiap apa yang tertera dilaman blog saya adalah untuk dikongsi bersama, tetapi jika terdapatnya sebarang percanggahan atau berlainan pendapat, anda dibenarkan untuk memberikan komen serta keterangan dengan lebih lanjut dan membina. Kerana setiap manusia mempunyai persepsi dan pendapat yang berlainan. Tunjuk ajar serta komen yang anda berikan saya amat alu-alukan. Terima Kasih."

'SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK'

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan ertinya panas terik.
2) Bulan diturunkan Al-Quran dan disebut syahru ramadhana.
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi Muhammad mengambil balik Makkah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-Qadar yakni lebih baik dpd 1000 bulan.
6) Dipilih untuk ibadat puasa.
7) Dipilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran).

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan dinaungi Ramadhan (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2) Bulan penuh keberkatan.
3) Di malamnya ada ganjaran lebih baik dpd 1000 bulan.
4) Solat sunat sama ganjarannya dengan solat fardhu.
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7) Bulan menambah rezeki.
8) Menjamu orang berbuka puasa banyak pahalanya.
9) Bulan keampunan.
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan dpd api neraka.

Amalan-amalan di Bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan.
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan.
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya dapat bangun malam.
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian).
7) Solat berjemaah setiap waktu.
8) Solat berjemaah di masjid/surau.
9) Amalkan Qiamullail walaupun sekejap.
10) Sahur di akhir waktu.
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12) Mandi Janabat sebelum Imsak.
13) Kurangkan tidur.
14) Tunaikan solat sunat Fajar (Subuh).
15) Tunaikan solat Dhuha.
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor).
17) Tunaikan solat sunat Rawatib.
18) Jaga pancaindera.
19) Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
20) Hadiri majlis ilmu.
21) Buat baik pada ibubapa.
22) Isteri hendaklah taat pada suami.
23) Banyakkan bersedekah.
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
25) Berbuka bersama org tua.
26) Jemput tetamu berbuka.
27) Kurangkan berat badan.
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja).
29) Baiki hubungan suami-isteri.
30) Baiki hubungan jiran.
31) Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
32) Elakkan berbelanja berlebihan.
33) Tingkatkan kesabaran.
34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
41) Mendoakan ibu-bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
42) Melazimkan solat waktu.
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yang menjadikan pandangan liar.
44) Elakkan banyak berhutang.
45) Merasa sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
46) Tunaikan zakat fitrah.

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada orang tua/lemah - cara beramal, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar.
2) Bagi orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang:-
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah.
- Baca ayat Kursi.
- Baca surah Yaasin.
- Baca surah Al Zalazah.
- Baca surah Al Qafirun.
- Baca surah Al Ikhlas.
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak.
- Mandi.
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran.

NUZUL Al-QURAN (17 Ramadhan)

- Tarikh turunnya Al-Quran.
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yang baik.

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan, Pada petang akhir Ramadhan orang2 yang meninggal dunia (sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a. pernah mengatakan bahawa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan dpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al-Fatihah sekali untuk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang2 tua yang sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kepada kita.

Takbir di Malam Raya


Takbir sebenarnya mempunyai cerita disebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya digali parit (khandaq). Di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan2 untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiya' ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan. Wallahua'llam.

"DI KESEMPATAN INI, SAYA SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. SENTIASALAH BERPADA2 DIDALAM BERBELANJA DAN TINGKATKAN IMAN SERTA IBADAH KITA DI SEPANJANG BULAN YANG MULIA INI." RAHMAH RAM RAM

Tuesday, July 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Assalamualaikum semua...



Dipetang-petang yang berbahagia ini tak salah kan kalau saya nak menjoinkan diri untuk bersegmen yang dianjurkan oleh En Ben Ashari kita ... Jadi for those yang berminat silalah KLIK untuk maklumat lanjutan....

Syarat-syaratnya:-

1) Buat satu entri .Letak header ben ashaari blog .
2) Tajuk .. BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU dan linkkan ke entri ni
3) Siap ? Tinggalkan url entri di ruangan komen En Ben ..
4) Tutup hingga jam 10 malam .. hari ini .. Rujuk tarikh entri ni..

Nota penting dari Ben Ashari:

"Selepas 24 jam ... nak delete entri korang tu , boleh jer.. tak semakkan blog korang kan ? Tu cara join segmen blog ni .. Hari ni punya segmen adalah untuk hari ini .. Esok ? Lain cerita .. hehe.. jommm.."

JEMPUTLAH BERSEGMEN....

Kau Dan Aku Berbeza Identiti...

Assalamualaikum...

IDENTITI??

NAK CARI KELAINAN??

KENAPA MESTI MENIRU DAN MENCIPLAK??


CARILAH IDENTITI SENDIRI...

Mesti anda semua konfius dengan mood saya hari ini..KENAPA PULAK DIA HARI NI??Hehehehe....bukan apa, saya sekadar ingin berkongsi cerita dengan rakan-rakan blogger lain.....daripada kita semua menyimpan rasa yang terlalu lama lebih baik kita meluahkan rasa dan pendapat kita sebelum menjelangnya Ramadhan tiba...at least lepas ni kita semua berasa sangat-sangat berlapang dada.

Entri saya pada hari ini berkaitan dengan IDENTITI..Tak kiralah samaada anda menceduk idea orang untuk menjadikan sesebuah penulisan itu sedap atau bagus ataupun dari cara anda meniru style sesorang itu untuk mendapatkan perhatian atau perubahan...

Bagi saya isu ini terlalu sensitif bagi sesetengah golongan...cuma bagi saya perkara ini tidak perlu terjadi sekiranya kita dapat mengekalkan identiti diri kita agar menjadi diri kita sendiri yang ORIGINAL tanpa perlu meniru gaya dan cara seseorang yang lain.

Tak perlu saya nak berhujah panjang lebar sebab saya takut kalau bercerita secara detail nanti saya pulak yang tersasar lari dari tajuk..pening dibuatnya, jadi cukuplah kalau kawan-kawan blogger diluar sana tu faham akan maksud saya dan sudi berkongsi pendapat dan cerita.

PERMASALAHANNYA...

Pernahkah anda berjumpa dengan rakan atau sesiapa yang mengenali diri anda, yang pada sebelum ini tak berapa nak stylo atau bergaya dalam erti kata lain selekeh aje berubah menjadi seorang yang stylo dan bergaya tetapi hanya dengan penampilan DIRInya sahaja..(anak-anak takde pulak nak bergaya selekeh aje nampak...)

BAGUS...BUKANNYA TAK BAGUS...CUMA...

Penampilan mereka agak sedikit obvious dan seakan-akan seperti anda pun ada jugak..seakan-akan tidak kena dengan umur dan usia mereka pun betul jugak....Kalau setakat tiru cara pemakaian tudung mengikut trend terkini tu takpelah ini totally semua PENIRUAN.... malahan bukan itu sahaja dari segi pemakaian aksessori mereka contohnya, beg tangan, kasut, aksessori gelang, cincin, jam tangan dan berantai pun mirip anda...cara dia bergaul dengan rakan atau kenalan yang lain pun mirip anda juga.........

PERNAHKAH TERJADI BEGITU? dan...

PERLUKAH BEGITU??

Pendapat saya dan mengikut rasionalnya kenapa kita mesti menjadi seperti orang lain? kenapa kita tidak mencari dan menyelami jiwa dan raga kita sendiri agar menjadi seorang yang betul-betul mempunyai Identiti yang ORIGINAL aka ASLI tanpa perlu meniru identiti sesiapa pun.

Apabila perubahan mendadak ini terjadi kita umpama merasakan seperti tidak senang dan selesa kerana setiap apa penulisan, pemakaian dan penggayaan kita sering di lihat dan diikuti oleh seseorang..dah jadi macam ala-ala kembar pun ada bila setiap kali keluar atau bertemu...ish!! tak SUKA kan?..dah tu pulak ada hati dia nak menunjuk-menunjuk umpama diri tu tak BERSALAH...

JADILAH DIRI SENDIRI...MUHASABAHKAN DIRI DAN SELAMI JIWA DAN HATI SENDIRI...TEPUK DADA TANYA SELERA...

Setiap manusia mempunyai perangai dan hati yang berbeza..cuma kenapa perlu bersama-sama dan ada tiru meniru sesama sendiri...(sikit-sikit tu cukuplah, tak perlulah sampai obvious dimata orang lain)hingga timbul 'kemeluatan' dari orang lain...

RENUNG-RENUNGKANLAH JUGA....

Kalau kita meniru sesuatu perkara untuk kebaikan itu baguslah tetapi kalau dah terjadi sebaliknya ..SUMTING IS WRONG HERE!!

Erm...sekadar berkongsi pendapat bersama teman-teman bloggers semua...

Komen-komen Yang DiTerima Melalui Segmen BA

Assalamualaikum semua,

DONE!

Tamatlah sudah Segmen yang telah dianjurkan oleh En Ben Ashari iaitu Segmen "BEN ASHARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU?". Melalui feedback dan comment yang saya terima daripada kawan-kawan blogger semalam nyata sedikit sebanyak memberi perangsang dan semangat serta cuba untuk memperbaiki kelemahan serta kekurangan yang ada pada blog saya ini.

SERONOK mempunyai rakan-rakan blogger yang sporting macam anda semua. Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung serta meluangkan masa untuk memberikan komen yang membina. Sememangnya itu yang saya perlukan.

Insyaallah akan saya perbaiki dan tingkatkan mutu persembahan blog saya dimasa-masa akan datang.

Semoga kita semua mendapat serta beroleh kebaikan serta maklumat. Di bawah adalah komen-komen yang saya upload untuk dikongsikan bersama.

Terima Kasih Sekali Lagi Kepada Kamu Semua!!





Terima Kasih Dan Jemputlah Datang Lagi...

Segmen: Mari Cari Kembar Blogger

Assalamualaikum semua..

Apa khabar anda semua hari ini? Diharap semuanya sihat-sihat dan ceria belaka.

Hari ini saya terpanggil untuk join Segmen yang dianjurkan oleh Cik Najihah dimana beliau mencari blogger yang mempunyai tarikh lahir sama dengan anda semua. Macam saya, saya tak pasti samaada kawan-kawan bloger disana berkongsi tarikh lahir sama dengan saya. Saya dilahirkan pada 7/10/** (tahun tu biarlah RAHSIA). Jadi apa tunggu lagi silalah pada yang sudi tu joinlah segmen ini..



Syarat-syaratnya mudah sahaja sila rujuk dibawah ini dan jikalau anda tidak berapa pasti sila KLIK laman belog Cik Najihah untuk dapatkan gambaran dengan lebih terang.

1) Letak Header Cik Najihah
2) Dalam entry letak tarikh lahir anda
3) Dah siap hantar URL kat entry Cik Najihah.


So apa tunggu lagi...SILALAH!! Mana tau lepas ni anda semua boleh bertemu dengan kembar anda...

Monday, July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Assalamualaikum semua...

KITA BERSEGMEN LAGI, BERSAMA................



Bila nampak aje En. Ben post-up entri segmen...so apa lagi...tanpa berlengah-lengah dan tanpa membaca intipati lanjutan, saya terus letak header..tapi bila baca-baca balik...ALAMAK!!

Nak kena kritik dan dikritik la pulak...hehehhehe HARU betul!! Tapi takpe saya suka...in the other way bolehlah kita bertukar-tukar pendapat dengan blogger lain ye tak?

Jadi pada kawan-kawan yang tertunggu-tunggu segmen Ben bolehlah KLIK dan ketahui syarat-syaratnya seperti berikut:-

1) Buat satu entri baru .. letak header Ben Ashaari Blog
2) Tajuk : BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ? dan linkkan ke entri ini ..
3) Tuliskan sepatah dua untuk mereka yang bakal kritik blog korang .. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen blog Ben Ashari.


Macam mana? OK tak? Tarikh luputnya sehingga jam 10 malam ini...So jangan tunggu lagi..jom kita bersegmen!!

SILALAH KRITIK SEIKHLAS HATI ANDA!!

Apa Nak Jadilah Dunia Sekarang Ni?

Assalamualaikum semua...

Pagi ni saya tertarik untuk membaca header dari salah sebuah akhbar tempatan pada hari ini. Antaranya berbunyi....



KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.

Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.

Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.

Bagaimanapun, alasan itu umpama ‘senjata makan tuan’ apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.


Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya.


APALAH NAK JADI DENGAN DUNIA SEKARANG...

Berita dipetik dari MyMetro Online




Oh NO!! It's Monday Again...

Assalamualaikum semua...



MONDAY??



Biasalah! Hari Isnin yang lemau bagi saya...



Hope that you have a great week ahead and hope that your week is off to a good start...

Sunday, July 24, 2011

Beriadah Bersama KeluargaKU

Assalamualikum semua...

Apa khabar anda semua? Diharap anda semua sihat disamping orang-orang tersayang. Selamat hari Ahad dan berhujung minggu pada anda semua.

Apakah aktiviti anda semua pada hujung minggu ini??

SAYA??

Aktiviti kami pada setiap minggu sebelum menjelangnya Ramadhan kami sekeluarga pergi berbasikal... Aktiviti minggu ini ialah downhill... Destinasi kami pada minggu ini ialah Kemensah Ulu Kelang.

Memang menguji betul-betullah aktiviti kali ini, penat tahap melampau.. Tuhan aje yang tau. Rasa macam nak menangis bila nak mendaki bukit2 untuk membolehkan kami sampai ke kemuncak. Tetapi bila dah sampai tu memang sesuatu yang tak tergambar pulak dah sebab tak percaya boleh berbasikal hinhga ke tahap ini.. Alhamdulillah...Hujung minggu kami terisi dengan cukup berfaedah bersama-sama yang tersayang.

Anda pula bagaimana??
































































- Posted using BlogPress from my iPhone


Saturday, July 23, 2011

Apabila Burung Marah....aka Angry Bird



Assalamualaikum...

Kawan-kawan yang saya hormati, saya nak tanya pada anda semua pernah tak anda bermain game Angry Bird? Saya pasti kalau anda bermain game ini pasti tak ingat makan dan mium dan juga kerja kan? hehehheh...saya pada mulanya begitu addict dengan permainan ini...tetapi lama kelamaan aktiviti tersebut terpaksa dikurangkan kerana tanggungjawab melebihi dari segala-galanya..terutama bila dah bersama keluarga dan anak-anak, aktiviti tersebut terpaksalah dikurangkan...huhuhu...

Pada mereka yang tak tahu apa itu Game Angry Bird, berikut adalah serba sedikit penerangan mengenai game berkenaan yang saya dapatkan menerusi laman wikipedia. Kawan-kawan bolehlah KLIK untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut mengenai game ini.



Kawan-kawan tahu tak yang game ini sungguh meluas pengunaannya dan sangat popular kerana dengan karakter burung yang kecik dan comel ianya memang menjadi ikutan ramai bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa pun memang meminatinya...COMEL.

TAK CAYA!! cuba tengok di sini....







Friday, July 22, 2011

Cuaca Panas Memberi Tekanan Fizikal Kepada Manusia

Assalamualaikum semua...

PERASANKAH ANDA??

Cuaca pada ketika ini amat begitu panas sekali..tambahan pula dengan kedatangannya bulan yang mulai iaitu bulan Ramadhan cuaca panas ini dirasakan begitu terik sekali...

TAHUKAH ANDA??

Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA??


Terutama bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan, Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

GEJALA CUACA PANAS

1) Sakit Kepala
2) Keletihan
3) lemah Tumpuan
4) Pening
5) Lemah otot-otot atau kekejangan
6) Mual dan muntah
7) Keaadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma)

CARA_CARA MENCEGAH & MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN

1) Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

2) Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semamsa berpeluh.

3) Sejauh mana yang boleh, anda perlu berada didalam rumah/bangunan

4) Hadkan aktiviti luar

5) Kerap berehat

6) Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda

7) Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar

8) Pakai topi atau payung yang besar


ELAKKAN!!

1) Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.

2) Membiarkan seseorang didalam kereta yang tertutup.

3) Bersenam dalam cuaca panas


PETUA-PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAIT DENGAN SUHU PANAS

1) Keluar dari kawasan yang panas

2) Tanggalkan pakaian yang ketat

3) Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan

4) Gunakan kipas untuk sejukkan badan.

Oleh itu, kawan-kawan semua hendaklah kita menjaga kesihatan kita semua agar sentiasa sihat dan bertenaga terutamanya ketika didalam mengerjakan ibadah berpuasa yang akan menjelang tidak lama lagi (tinggal beberapa hari saja lagi)

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan kepada semua Selamat Berhujung Minggu kepada anda semua....

BLOGLISTKU HILANG!!! GIVEAWAY

Assalamualaikum...

Hari ni saya rasa macam seronok aje nak menjoinkan diri dalam apa-apa segmen ataupun GA yang dianjurkan...bukannya apa, sebabnya kerana mood untuk bekerja hari ni 'kureng' sikit memandangkan esok dah hari wiken...so mood pun haru biru...menunggu aje jam berputar ke angka enam..bila bunyi aje alarm menandakan pukul enam.. SO!! apa lagi....angkat beg terus jalan ajelah....hehehhe sampai gitew sekali kan?? Teruk teruk, tadi baru cerita pasal targetlah ...KPIlah...HARAM!! tak berganjak-ganjak kalau atitude macam saya ni...SORRYlah BOSS!! Takde mood nak buat kerja....

Hari ni saya nak join GA yang dianjurkan oleh Ms. Red Ribbon. Cantik banner GA dia..seronok plak ala-ala Bali gitu...Dengar kata Ms. Red Ribbon telah kehilangan bloglistnya..jadi untuk membatu beliau apa kata kita klik banner untuk join GA ni...Apa-apapun Terima kasih pada Ms. Red Ribbon sebab sudi anjurkan GA ni. Kalah, Menang tak kira janji kita semua didalam satu dunia yang sama...betul tak?



Pada kawan-kawan yang nak join bolehlah klik di SINI untuk keterangan lanjut.

Syarat-syaratnya pulak:-

Ada blog, letak link korang kat SINI bahagian komen.
Jangan lupa tulis category mana yang korang nak masuk.
1) Buat satu entry pasal giveaway nie, tajuk "Bloglistku Hilang!!! Giveaway" nak cite pasal bloglist hilang ke, pasal Ms Red Ribbon nak kahwin ke, apa2 je, nanti Ms & Mr Red Ribbon akan pilih 2 pemenang dengan entry paling menarik dan 2 pemenang Mr Random yang akan cabut yer. Fair or not???
2) Jangan lupa masukkan banner GA yer...
3) Letak banner kat sidebar, please help me spread the words so kawan2 yang dulu ada kat bloglist bole aware dan bagi link diorang lagi...
4) Tinggalkan link entry korang kat komen bawah nie yer...

Tarikh Tutup GA ni:-

12 Ogos 2011

So kawan-kawan apa tunggu lagi....silalah menjoinkan diri anda... GUD LUCK.

Salam Jumaat....

Assalamualaikum semua....

Salam hari Jumaat sekali lagi pada kawan-kawan semua. Begitu pantas hari dan waktu berlari meninggalkan kita. Adakah anda telah mencapai target atau KPI anda pada minggu ini?? Saya??.... tak payah tanyalah...memang statik seperti biasa..Tetapi tidak mengapalah semoga anda semua sihat dan berbahagia disamping orang-orang yang tersayang. Bukankah sesuatu kerja itu menuntut kita supaya sentiasa bersabar dan ianya juga merupakan suatu ibadah kan?

So, bagaimana sesi menonton anda semalam Perlawanan Persahabatan diantara Pasukan Harimau Malaya (Malaysia) menentang Pasukan Biru (Chelsea)?

Pasti anda berpuashati dengan mutu dan corak perlawanan pasukan Harimau Malaya kali ini, kerana prestasi mereka telah meningkat jika ingin dibandingkan pada yang terdahulu. Terima kasih kepada Skuad Bola Sepak Termashyur Dunia iaitu Arsenal, Liverpool dan Chelsea kerana sudi datang ke Malaysia dan bersama-sama menunjukkan kebolehan mereka yang selama ini rata-rata kita lihat hanya menerusi televisyen dalam siri penjelajahan mereka ke Asia tahun 2011 ini. Memang tidak dinafikan mereka mempunyai penyokong yang ramai sekali di Malaysia ini.

Kawan-kawan,

Dihari yang mulia penghulu segala hari saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan blogger semua tentang kata-kata indah dan gambar-gambar yang menarik yang saya dapat melalui Google (secara tak langsung) menenangkan jiwa anda semua.







p/s: Gambar adalah hiasa semata-mata ihsan dari Google(Terima kasih kepada Google)

Thursday, July 21, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER ..

Assalamualaikum semua....



Yeay!! kita bersegmen lagi hari ini anjuran dari Ben Ashari...

Nak cerita in detail pasal belog saya ni...erm..rasanya kawan-kawan yang lain pun tahu kot sebab belog saya ni bukanlah belog yang dah lama bertapak..baru aje lagi dan tahap keseriusan saya pun takdelah melampau sangat sebelum ini...cuma suntikan semangat tu dah dikecapi semenjak dua menjak ni, itu yang rajin sangat-sangat nak berbelog dan berentri tu hari-hari...dan kadang-kadang tu dah ketandusan idea nak menulis entri apa....

Pada kawan-kawan yang sudi silalah baca dan bukak sambil cuci mata tengok belog saya yang merapu dan tak seberapa ini...

Pada kawan-kawan yang ingin menjoinkan diri untuk bersegmen, apa kata klik SINI untuk keterangan lanjut. Segmen ini bersiaran sehingga jam 9 malam ini. Senang aje tak susah mana pun.

Selamat Berblogging ye!!

Koleksi Novel Terbaru Saya

Assalamualaikum semua...

Semoga anda semua sihat dan ceria dipagi Khamis yang indah ini...saya mengalami kekurangan idea pulak hari..tak tahu nak letak entri apa yang best untuk bacaan semua..susah juga nak menulis kalau idea tengah kering ni kan? ermmm.....



Takpelah kalau saya ada idea yang melimpah ruah nanti saya akan post-upkan entri yang bagus-bagus...tetapi sebelum tu izinkanlah saya untuk membuat review berdasarkan kulit belakang novel yang terbaru saya beli (baru ada kesempatan membeli dan membaca) memandangkan siri percetakan bagi novel ini adalah kali yang ke-14 since ianya mula dipasarkan, memang betul-betul laris dan mendapat tempat dihati penggemar-penggemar novel (itu yang tak sabar saya nak membacanya sampai habis).

Berikut adalah SINOPSIS yang saya paparkan mengikuti kulit buku tersebut:-

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

Review Saya:-

Memandangkan saya belum habis membaca novel ini, tetapi melalui beberapa survey yang saya dapat mengatakan bahawa novel ini adalah karya terbaik Siti Rosmizah. Sepanjang pembacaan anda, anda tidak sedar yang air mata anda akan menitis kerana pelbagai dugaan serta kesusahan yang dialami oleh Aleya sepanjang perkahwinan 'terpaksa" beliau dengan lelaki yang bernama Syed Adam Aizril. Aleya mempunyai seorang suami yang tidak mempunyai hati perut dan suka menyeksa beliau serta emosi beliau pada awal perkahwinan ........... Nak tahu cerita selanjutnya...saya pun tak habis baca lagi baru intro sampai situ aje...selebihnya kawan-kawan semua bolehlah cuba dapatkan buku ini dipasaran.

Selamat Membaca!

Wednesday, July 20, 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

Assalamualaikum semua...

Memandangkan hari ni merupakan hari Wordless Wednesday saya tetapi saya tak nak ketinggalan untuk menyertai segmen yang Cik Luna Lanun anjurkan...apalah salahnya kita join mana tau kita bukan aje dapat menambah kenalan malahan boleh bertukar-tukar pendapat dan juga link dengan teman-teman blogger yang lain.



CIK LUNA LANUN

For those kawan-kawan yang nak join tu bolehlah klik nama Cik Luna Lanun yang dibawah header beliau tu.

Syarat-syarat penyertaannya:-

1) Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER
2) Letakkan header blog LUNA LANUN.
3) Linkkan kepada entri ini.
4) Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah.

Tarikh Tutup Segmen Ni...

25 July 2011

Selamat Bersegmen!!

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum....



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saya Dapat Award Lagi!!

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana saya masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah yang indah ini serta dapat bersama-sama menyerikan lagi dunia bloggers ini bersama rakan-rakan blogger yang lain.



Saya rasa sungguh-sungguh bertuah kerana telah diberi penghargaan daripada rakan-rakan yang saya sayangi antaranya daripada En. Kaki Wayang sampailah ke Cik Niena Pengembara Ilahi. Sungguh mereka bukan sahaja memberikan saya semangat untuk terus berkarya serta memberikan input-input menarik didalam dunia blogger ini.

Terima kasih sekali lagi pada Cik Niena Pengembara Ilahi kerana menghadiahkan saya Stylish Blogger Award. Rasanya macam tak layak nak dapat tapi terima kasih tak terhingga sekali lagi ye...

Pada rakan-rakan blogger lain saya nak tag juga anda-anda boleh? dan kepada yang takde dalam senarai tu jangan marah anda juga tergolong sama, tidak akan saya lupakan nasihat serta komen yang bernas dari anda semua....

Dengan ini terima kasih saya ucapkan kepada blogger:-

Aku Dan Realiti

Kaki Wayang

The Rainbow Journey

Lyn At Home Bakery

Sekadar Satu Coretan


DAN JUGA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER SAYA.

Tuesday, July 19, 2011

Hari Yang Penuh Dengan Ucapan Terima Kasih!!

Assalamualaikum...



Alhamdulillah kawan-kawan, saya sungguh teruja sangat-sangat hari ini kerana rakan blogger yang sudi 'mengikuti' saya telah bertambah dan tak pernah pun saya impikan selama ini utnuk mendapat rakan yang seramai ini (bagi saya ramailah tu. Syukur kerana anda semua sudi singgah dan menjadi salah seorang pengikut tetap belog saya.

TERIMA KASIH DAN SAYANG KAMU SEMUA!!

Terharu Lagi Haru Bila Belogku Terpilih...JAKUN!!

Assalamualaikum semua...





HAAAH!! BIAR BETUL??

Berkali-kali saya jengah ke belog En Kaki Wayang ni..TAK PERCAYA SAYA!! sesekali membacanya agak-agak terharu pula..(Maaflah En. Kaki Wayang, akak ni jakun sikit). Bukan apa sebab orang tak pernah terpilihlah katakan...sikit punya banyak join segemen tapi tak pernah orang nak endahkan...lagipun belog akak ni bukanlah bagus sangat macam belog MTT ke? Lulu Caldina ke? Mak Dara ke? Macam yang akak cakaplah belog akak ni biasa-biasa aje...tak best mana pun.

Terharu sangat-sangat dengan komen yang En Kaki Wayang berikan. Terima kasih banyak-banyak. Tanpa rakan-rakan seperti En. Kaki Wayang dan rakan blogger yang lain ni memang tak bermakna dan cerialah belog saya ni. Terima kasih pada kalian semua.

Pada En. Kaki Wayang, jangan berkecil hati ye, kalau akak tak senaraikan nama anda tetapi percayalah sememangnya akak suka menjengah belog anda dan semua rakan-rakan yang lain jika masa dan waktu mengizinkan akak berbuat demikian.

Dikesempatan ini akak tak dapatlah nak kasi hadiah apa-apapun yang best cuma ini yang akak boleh berikan sebagai tanda terima kasih (aduiyai jiwang plak...) Harap sudilah terima ye.



Terima kasih sekali lagi dan sila beri tunjuk ajar pada akak ye.

Pada rakan-rakan yang lain, sudi-sudikanlah meluangkan masa menjengah ke laman En. Kaki Wayang dan follow. Tak rugi!!

BEN ASHAARI ,AKU PILIH 3 BLOG INI KERANA....

Assalamualaikum...



TUTUP DAH??

SEGMEN BARU BERMULA??

Segmen telah bermula..seperti yang telah diterangkan pada header diatas..Saya tidak boleh nak memilih mana-mana belog pun kerana semuanya belog yang saya follow dan tersenarai seperti di SINI mempunyai kelebihan serta karisma yang tersendiri tetapi tiga (3) blog yang saya selalu terjah ialah:-

Bicara Mak Dara

Kerana belog beliau penuh dengan cerita-cerita terkini, bukan sahaja mengenai diri beliau malahan cerita dari artis-artis tempatan juga ada..saya suka juga. Selain itu beliau mempunyai follower yang tidak kurang hebatnya. Walaupun masih baru diwujudkan tetapi apabila membaca belog beliau umpama beliau telah lama berkecempiung dalam bidang penulisan ini. Lagipun tak calang beliau juga merupakan seorang penulis skrip Drama dan Filem. Tahniah Mak Dara. Ai suka belog U!!

Cerita Hati

Saya suka singgah ke belog adik cumel ini umpama belog beliau juga sebab ianya cumel dan menarik kerana didalam belog ini beliau bukan sahaja menempekkan widget yang sungguh cumel dan cerita-cerita yang beliau post-up pun tidak kurang hebatnya. Ai Like!

Niena Pengembara Ilahi

Belog ini juga tidak kurang hebatnya..beliau acapkali (chewah) menarik minat saya dalam membaca setiap entri yang beliau buat. Bukan sahaja mempunyai belog yang ringkas dengan memiliki 2 kuntum bunga mawar merah yang dijadikan sebagai header, malah beliau selalu mengambil bahagian didalam mana-mana segmen yang Ben anjurkan. Saya Suka U...

NAK TAMBAH LAGI BOLEH??

Of Course...Ben Ashari

Saya suka sangat masuk belog beliau sebab..... entahlah memang beliau ni begitu kreatif dalam menyuarakan pendapat serta idea-idea beliau. Cerita aje mesti ramai yang memberikan komen...Followernya pun.....kussssss semangat boleh tahan ramainyer...dan yang paling saya suka beliau suka menganjurkan SEGMEN dan tentunya ramai yang ingin mengambil bahagian contohnya SAYA. Bukan itu sahaja, melalui segemen yang beliau anjurkan saya dapat berkenalan serta berkongsi pendapat dengan kawan-kawan blogger yang lain, serta mendapat follower yang tetap sudi memberikan semangat dan nasihat untuk tetap berkarya dan berbelog.
Ai suka masuk belog BEN!!

LASTLY

The Rainbow Journey

Walaupun kawan saya ni tak participate dalam segmen kali ni tapi saya nak jugak includekan link belog dia disini. Rugi pada sesiapa yang tak menziarah, kerana beliau bukan sahaja suka bercerita mengenai pengalaman beliau yang mengembara setiap hujung minggu hanya untuk bertemu dan bersama dengan orang tersayang malahan beliau juga sudi berkongsi cerita beliau daripada isu pejabat (HR Related Matters) hinggalah ke Menu masakan. Kelassss!! Saya suka awak!

TERIMA KASIH JUGA PADA.....

Belog MTT

Belog yang tidak kurang hebatnya..saya suka menziarah MTT kerana belog beliau ada pelbagai dan yang seronoknya belog beliau mempunyai widget ladybird yang sungguh comel sekali. Followers pun tak kurang hebat juga..walaupun masih baru tetapi beliau seumpama seperti sudah senior didalam dunia bloggers. Tahniah MTT dan terima kasih. Sis suka belog MTT!!

OKLAH TU CUKUP DAH!
...Tapi yang kawan-kawan yang lain tu janganlah terasa hati ye, PERCAYALAH saya terjah setiap belog anda cuma jika ada masa yang mencukupi atau terluang saya akan betul-betul memberikan komen..otherwise jika tidak pada hari itu kemungkinan pada hari-hari lain....

Sayang Anda Semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...