Friday, July 22, 2011

Salam Jumaat....

Assalamualaikum semua....

Salam hari Jumaat sekali lagi pada kawan-kawan semua. Begitu pantas hari dan waktu berlari meninggalkan kita. Adakah anda telah mencapai target atau KPI anda pada minggu ini?? Saya??.... tak payah tanyalah...memang statik seperti biasa..Tetapi tidak mengapalah semoga anda semua sihat dan berbahagia disamping orang-orang yang tersayang. Bukankah sesuatu kerja itu menuntut kita supaya sentiasa bersabar dan ianya juga merupakan suatu ibadah kan?

So, bagaimana sesi menonton anda semalam Perlawanan Persahabatan diantara Pasukan Harimau Malaya (Malaysia) menentang Pasukan Biru (Chelsea)?

Pasti anda berpuashati dengan mutu dan corak perlawanan pasukan Harimau Malaya kali ini, kerana prestasi mereka telah meningkat jika ingin dibandingkan pada yang terdahulu. Terima kasih kepada Skuad Bola Sepak Termashyur Dunia iaitu Arsenal, Liverpool dan Chelsea kerana sudi datang ke Malaysia dan bersama-sama menunjukkan kebolehan mereka yang selama ini rata-rata kita lihat hanya menerusi televisyen dalam siri penjelajahan mereka ke Asia tahun 2011 ini. Memang tidak dinafikan mereka mempunyai penyokong yang ramai sekali di Malaysia ini.

Kawan-kawan,

Dihari yang mulia penghulu segala hari saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan blogger semua tentang kata-kata indah dan gambar-gambar yang menarik yang saya dapat melalui Google (secara tak langsung) menenangkan jiwa anda semua.







p/s: Gambar adalah hiasa semata-mata ihsan dari Google(Terima kasih kepada Google)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...