Assalammualaikum semua,
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Wahh!! baca header pun dah terkujat saya dengar inikan pulak bila tengok banner dia yang kiut miut ni. Tengah borink-borink duduk kat ofis ni sambil baca blog orang apalah salahnya saya cuba nasib (tak pernah menang pun) tapi nak la jugak memeriahkan suasana manalah tau kan..kawan kita dari "Little Mama's Diary" ni perasan blog saya ni..hehehe (perasan).
Apa-apa pun kepada kawan-kawan yang berminat, serta ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai terma dan syarat peraduan silalah klik ke laman sesawang beliau pada BANNER ini untuk menyertai peraduan tersebut kerana hadiah untuk dimenangi bukan 1 tetapi 7 helai shawl yang sangat menarik..Banner dia pun dah cukup kiut miut untuk di upload..suka kaler tu...
Bagi saya, saya memang suka memakai shawl kerana ianya bukan sahaja senang untuk dipakai tetapi ianya juga trendy dan juga fashionable. memandangkan saya seorang ibu kepada 3 orang anak jadi senanglah saya silangkan bila hendak pergi kemana-mana. Malahan shawl yang ditawarkan ini juga cantik-cantik belaka. So mengapa tidak untuk saya mengambil bahagian? Kalah, Menang tu belakang cerita..REZEKI kan??
Jadi apa tunggu lagi sebab tarikh tutup contest ni sampai 13 July 2011.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment