Wednesday, July 06, 2011

Rasionalkah Anda??

Assalammualaikum semua,

Minggu ini rata-rata kita dengar tentang perhimpunan yang akan berlangsung pada hujung minggu ini yang dipanggil BERSIH 2.0. Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia saya tidak menyokong malah tindak menggalakkan perkara seperti ini berlaku dinegara aman seperti Malaysia.

Bagi pendapat saya kenapa perhimpunan seperti ini mesti berlaku sedangkan kita boleh menyuarakan dan menyalurkan pendapat serta rasa ketidakpuashatian kita kepada kerajaan melalui saluran yang betul. Bagi saya, kita tidak perlu melakukan tunjuk perasaan serta membuat bantahan seperti apa yang berlaku pada negara-negara barat dan negara dikejiranan kita sendiri iaitu Indonesia.

Cuba kita renung-renungkan KENAPA, APA dan MENGAPA??

Di zaman globalisasi dan pembangunan yang begitu pesat serta sistem pendidikan yang tinggi malah rakyat yang berpendidikan dan berkedudukan, kenapa mesti tindakan serta perlakuan seperti ini terjadi. Kita semua sebagai seorang rakyat perlu ada rasa tanggungjawab dan berfikirlah secara rasional.

Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin juga telah bertitah maka oleh itu kita sebagai rakyat jelata haruslah menjunjung titah perintah baginda itu.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sesungguhnya tidak ingin melihat rakyat terlibat dan bermusuhan sesama sendiri kerana himpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bakal diadakan pada Sabtu, 9 Julai ini.

Oleh itu baginda mengeluarkan seruan supaya keamanan dan perpaduan dalam negara ini perlu dikekalkan.

Titah Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Intipati titah baginda boleh dibaca di dalam surat khabar, laporan berita radio dan televisyen, laman portal berita dan blog.

Jadi mesej Yang di-Pertuan Agong ini bukan sahaja patut difahami tetapi juga dihormati dan dipatuhi.

Rakyat jangan lupa pesanan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Malaysia ingin menjadi negara maju mengikut acuannya sendiri. Dalam konteks ini juga, janganlah kita terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar dan sikap ghairah hendak menyuburkan demokrasi hingga membawa kemusnahan kepada negara.

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara yang maju dan berpendidikan haruslah berfikir dengan waras dan jangan bertindak mengikut hati dan perasaan. Berfikirlah secara rasional agar negara kita sentiasa aman dan tenteram serta dapat melahirkan suatu generasi yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Wallahuallam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...