Saturday, July 30, 2011

Menjelang Tibanya Ramadhan...

Assalamualaikum semua...

Saya tak pasti sama ada anda semua perasan ataupun tidak tetapi since semalam jalanraya di Kuala Lumpur ni seakan tiada yang reda... Umpama masing-masing berkejaran tak tahu punca nak kemana... Sesak disana dan disini..sampai kemalam.

Saya??

Seperti biasa bersama keluarga mertua berkampung di HKL since semalam kerana ingin mengetahui perkembangan adik ipar saya yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)...

Alhamdulillah... Perkembangan beliau hari ini memuaskan as compared to semalam. Tetapi tekanan darah beliau sedikit tinggi dan beliau duserang demam, berkemungkinan disebabkan efek pembedahan dan kesakitan yang beliau alami... Alhamdulillah overall beliau ok selain dah sedar dan boleh bercakap sedikit-sedikit itu amat menyenangkan hati kami...tiada apa yang kami harapkan cuma harapan kami agar beliau cepat sembuh seperti sediakala...

Oh ya! Semalam saya sempat lagi bermalam di Thistle Port Dickson kerana ingin menjemput anak-anak saya yang mengikut Kakak saya yang menghadiri seminar disana. Phew!! What a tiring day travel dari HKL balik ke rumah sekejap (packing) than bertolak ke PD kami sampai disana pada pukul 11:45 malam. Memang memenatkan.

Kami bertolak semula balik ke Kuala Lumpur pada pagi tadi dalam pukul 12:00 tengahari didalam keadaan cuaca yang begitu tidak mengizinkan....

PD dilanda hujan ribut!!!

Teruk! Sewaktu kami ingin pulang tadi hujan turun dengan lebatnya dengan keadaan angin qyang terlalu kuat hinggakan semua kedai-kedai di dalam khemah terbang melayang-layang, pokok-pokok tumbang ditengah jalan, dahan-dahan berterbangan ditengah jalan... Jalanraya jadi huruhara bila pokok tumbang dengan angin kuat dari arah laut datang.. Takut!!




































- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

Kaki Wayang said...

Nak IPAD satuuuu mama

RamRamCute said...

Hehehe.... KW boleh aje...saya carikan KW bayar ye... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...