Assalamualaikum...
IDENTITI??
NAK CARI KELAINAN??
KENAPA MESTI MENIRU DAN MENCIPLAK??
CARILAH IDENTITI SENDIRI...
Mesti anda semua konfius dengan mood saya hari ini..KENAPA PULAK DIA HARI NI??Hehehehe....bukan apa, saya sekadar ingin berkongsi cerita dengan rakan-rakan blogger lain.....daripada kita semua menyimpan rasa yang terlalu lama lebih baik kita meluahkan rasa dan pendapat kita sebelum menjelangnya Ramadhan tiba...at least lepas ni kita semua berasa sangat-sangat berlapang dada.
Entri saya pada hari ini berkaitan dengan IDENTITI..Tak kiralah samaada anda menceduk idea orang untuk menjadikan sesebuah penulisan itu sedap atau bagus ataupun dari cara anda meniru style sesorang itu untuk mendapatkan perhatian atau perubahan...
Bagi saya isu ini terlalu sensitif bagi sesetengah golongan...cuma bagi saya perkara ini tidak perlu terjadi sekiranya kita dapat mengekalkan identiti diri kita agar menjadi diri kita sendiri yang ORIGINAL tanpa perlu meniru gaya dan cara seseorang yang lain.
Tak perlu saya nak berhujah panjang lebar sebab saya takut kalau bercerita secara detail nanti saya pulak yang tersasar lari dari tajuk..pening dibuatnya, jadi cukuplah kalau kawan-kawan blogger diluar sana tu faham akan maksud saya dan sudi berkongsi pendapat dan cerita.
PERMASALAHANNYA...
Pernahkah anda berjumpa dengan rakan atau sesiapa yang mengenali diri anda, yang pada sebelum ini tak berapa nak stylo atau bergaya dalam erti kata lain selekeh aje berubah menjadi seorang yang stylo dan bergaya tetapi hanya dengan penampilan DIRInya sahaja..(anak-anak takde pulak nak bergaya selekeh aje nampak...)
BAGUS...BUKANNYA TAK BAGUS...CUMA...
Penampilan mereka agak sedikit obvious dan seakan-akan seperti anda pun ada jugak..seakan-akan tidak kena dengan umur dan usia mereka pun betul jugak....Kalau setakat tiru cara pemakaian tudung mengikut trend terkini tu takpelah ini totally semua PENIRUAN.... malahan bukan itu sahaja dari segi pemakaian aksessori mereka contohnya, beg tangan, kasut, aksessori gelang, cincin, jam tangan dan berantai pun mirip anda...cara dia bergaul dengan rakan atau kenalan yang lain pun mirip anda juga.........
PERNAHKAH TERJADI BEGITU? dan...
PERLUKAH BEGITU??
Pendapat saya dan mengikut rasionalnya kenapa kita mesti menjadi seperti orang lain? kenapa kita tidak mencari dan menyelami jiwa dan raga kita sendiri agar menjadi seorang yang betul-betul mempunyai Identiti yang ORIGINAL aka ASLI tanpa perlu meniru identiti sesiapa pun.
Apabila perubahan mendadak ini terjadi kita umpama merasakan seperti tidak senang dan selesa kerana setiap apa penulisan, pemakaian dan penggayaan kita sering di lihat dan diikuti oleh seseorang..dah jadi macam ala-ala kembar pun ada bila setiap kali keluar atau bertemu...ish!! tak SUKA kan?..dah tu pulak ada hati dia nak menunjuk-menunjuk umpama diri tu tak BERSALAH...
JADILAH DIRI SENDIRI...MUHASABAHKAN DIRI DAN SELAMI JIWA DAN HATI SENDIRI...TEPUK DADA TANYA SELERA...
Setiap manusia mempunyai perangai dan hati yang berbeza..cuma kenapa perlu bersama-sama dan ada tiru meniru sesama sendiri...(sikit-sikit tu cukuplah, tak perlulah sampai obvious dimata orang lain)hingga timbul 'kemeluatan' dari orang lain...
RENUNG-RENUNGKANLAH JUGA....
Kalau kita meniru sesuatu perkara untuk kebaikan itu baguslah tetapi kalau dah terjadi sebaliknya ..SUMTING IS WRONG HERE!!
Erm...sekadar berkongsi pendapat bersama teman-teman bloggers semua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment