Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi membaca dan singgah ke blog saya yang tak seberapa ini. Terima kasih tak terhingga juga kepada followers yang sudi mengikuti perkembangan blog saya kerana tanpa kalian siapalah saya (ceh! macam terima anugerah pulak!)
Petang ni mood saya dah kembali seperti sedia kala, kalau nak dibandingkan seperti pagi tadi yang tak terhingga bosan dan malasnya. Almaklumlah hari Isnin kan? Pembuka hari...
Hari ini saya nak bercerita pasal review novel terbaru yang saya beli dan tengah baca iaitu (*of course daripada penulis tersohor Fauziah Ashari)bukan Ben Ashari tau! hehehehe.....Tajuk ceritanya ialah Rindu Cintaku, kesinambungan dari dua buah novel Ombak Rindu dan Cinta...Tiada Akhirnya.
Wataknya Harriz dan Izzah........
Sinopsis buku ini (seperti tertera dikulit belakang):-
Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.
Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.
Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau.... Nyawa?
Nak komen?? Belum habis baca lagi masih lagi di permulaan. Insyaallah akan saya update.
Terima kasih pada Kak Norlia sebab saya membeli novel ini dan novel sebelum ini "Kasih Yang Suci" daripada beliau. Alhamdulillah dapat dan puas hati membeli dari Kak Norlia. Tambahan pula novel yang saya beli ini 'surprising' ada tandatangan dari Fauziah Ashari..terharu sungguh saya bila dapat tandatangan dari beliau. Terima kasih sekali lagi Kak Norlia.
Pada kawan-kawan yang ingin membeli novel pada beliau (Kak Norlia) bolehlah klik dekat SINI (macam-macam novel ada terjual tapi based on availability ye)
Novel terbaru yang saya beli terbitan Intens
Tandatangan daripada penulis buku berkenaan Fauziah Ashari
So apa lagi kawan-kawan yang meminati novel ini ..dapatkanlah sambungannya sekarang. Saya ni terlambat baru terhegeh-hegeh nak membaca.
Selamat Membaca!!
0 comments:
Post a Comment