Friday, July 29, 2011

Tahniah Pada Malaysia

Assalammualaikum semua...

Salam Ukhwah di pagi Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari.

Sebelum saya memulakan aktiviti mengemas, memasak dan membasuh saya ini, saya curi-curi masa sekejap untuk berblogging.. Nanti kalau anak dara tu bangun tidur, langsung tak payah nak apdet blog... Asyik kena kelek dia aje kan... Hehehe...






(Gambar ehsan dari Cik Google)

Seperti yang semua sedia maklum, keputusan bagi Perlawanan bola antara Malaysia vs Singapura telahpun diketahui dimana rata-rata menyatakan rasa ketidakpuashatian masing-masing termasuk juga saya yang telah kehilangan suara kerana menjerit sakan malam tadi untuk melihat Malaysia mara ke peringkat dunia adalah HAMPA. Sememanya tidak dinafikan Singapura memang mempamerkan persembahan yang mantap dan menyegat di dalam LAKONAN mereka yang cukup mensia-siakan usaha Malaysia selama 25 minit Perlawanan. Sungguh tidak professional. Pada kawan-kawan Singaporean saya jangan terasa hati ye.. Saya cuma kurang gemar dengan corak persembahan Skuad Singa kali ini kerana mereka bukan sahaja banyak membuang masa malahan mempamerkan lakonan mereka yang saya rasa cukup meluatkan... Apa-apa pun TAHNIAH saya ucapkan diatas kemenangan mereka.

Pada Skuad Harimau Malaya dan tak lupa juga Skuad Harimau Muda, TAHNIAH juga saya ucapkan walaupun mutu permainan ada juga seperti kanak-kanak sekolah bermain tapi saya berbangga dengan pencapaian anda serta mutu jika hendak dibandingkan dengan yang lepas-lepas adalah amat memuaskan. SYABAS kepada Safee Sali dan Khairul Fahmi kerana dua orang pemain ini begitu UNGGUL dan GIGIH menentang pihak lawan dan tak lupa juga G-Force Gunalan dan Gurusamy yang tidak kurang hebatnya.

Tahniah kepada team Harimau Malaysia, cuba lagi dimasa-masa yang akan datang. Tingkatkan usaha dan prestasi anda dari semasa ke semasa agar kita dapat keluar dari kepompong dan menjadi Pasukan Bola Malaysia yang dapat diiktiraf dimata dunia.

TAHNIAH dan SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!

- Posted using BlogPress from my iPad

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...