Assalamualaikum semua...
PERASANKAH ANDA??
Cuaca pada ketika ini amat begitu panas sekali..tambahan pula dengan kedatangannya bulan yang mulai iaitu bulan Ramadhan cuaca panas ini dirasakan begitu terik sekali...
TAHUKAH ANDA??
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.
RISIKO 10 KALI GANDA??
Terutama bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan, Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
GEJALA CUACA PANAS
1) Sakit Kepala
2) Keletihan
3) lemah Tumpuan
4) Pening
5) Lemah otot-otot atau kekejangan
6) Mual dan muntah
7) Keaadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma)
CARA_CARA MENCEGAH & MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN
1) Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
2) Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semamsa berpeluh.
3) Sejauh mana yang boleh, anda perlu berada didalam rumah/bangunan
4) Hadkan aktiviti luar
5) Kerap berehat
6) Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
7) Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
8) Pakai topi atau payung yang besar
ELAKKAN!!
1) Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
2) Membiarkan seseorang didalam kereta yang tertutup.
3) Bersenam dalam cuaca panas
PETUA-PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAIT DENGAN SUHU PANAS
1) Keluar dari kawasan yang panas
2) Tanggalkan pakaian yang ketat
3) Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
4) Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
Oleh itu, kawan-kawan semua hendaklah kita menjaga kesihatan kita semua agar sentiasa sihat dan bertenaga terutamanya ketika didalam mengerjakan ibadah berpuasa yang akan menjelang tidak lama lagi (tinggal beberapa hari saja lagi)
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan kepada semua Selamat Berhujung Minggu kepada anda semua....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment