Assalamualaikum para sahabat sekalian.....
Entri saya pada pagi yang indah dan ceria ini adalah berkaitan dengan bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam diseluruh dunia..iaitu bulan yang penuh keberkatan Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai "Persediaan Menyambut Ramadhan" pada kawan-kawan semua. Rasanya masih terlalu awal lagi untuk saya membuat posting ini tetapi saya rasakan hari itu semakin hampir dan tak sabar-sabar lagi saya tunggu dan mengharapkan agar ianya (kalau boleh) tidak akan berakhir...
"Sebelum itu, saya ingatkan setiap apa yang tertera dilaman blog saya adalah untuk dikongsi bersama, tetapi jika terdapatnya sebarang percanggahan atau berlainan pendapat, anda dibenarkan untuk memberikan komen serta keterangan dengan lebih lanjut dan membina. Kerana setiap manusia mempunyai persepsi dan pendapat yang berlainan. Tunjuk ajar serta komen yang anda berikan saya amat alu-alukan. Terima Kasih."
'SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK'
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan ertinya panas terik.
2) Bulan diturunkan Al-Quran dan disebut syahru ramadhana.
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi Muhammad mengambil balik Makkah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-Qadar yakni lebih baik dpd 1000 bulan.
6) Dipilih untuk ibadat puasa.
7) Dipilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran).
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan dinaungi Ramadhan (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2) Bulan penuh keberkatan.
3) Di malamnya ada ganjaran lebih baik dpd 1000 bulan.
4) Solat sunat sama ganjarannya dengan solat fardhu.
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7) Bulan menambah rezeki.
8) Menjamu orang berbuka puasa banyak pahalanya.
9) Bulan keampunan.
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan dpd api neraka.
Amalan-amalan di Bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan.
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan.
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya dapat bangun malam.
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian).
7) Solat berjemaah setiap waktu.
8) Solat berjemaah di masjid/surau.
9) Amalkan Qiamullail walaupun sekejap.
10) Sahur di akhir waktu.
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12) Mandi Janabat sebelum Imsak.
13) Kurangkan tidur.
14) Tunaikan solat sunat Fajar (Subuh).
15) Tunaikan solat Dhuha.
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor).
17) Tunaikan solat sunat Rawatib.
18) Jaga pancaindera.
19) Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
20) Hadiri majlis ilmu.
21) Buat baik pada ibubapa.
22) Isteri hendaklah taat pada suami.
23) Banyakkan bersedekah.
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
25) Berbuka bersama org tua.
26) Jemput tetamu berbuka.
27) Kurangkan berat badan.
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja).
29) Baiki hubungan suami-isteri.
30) Baiki hubungan jiran.
31) Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
32) Elakkan berbelanja berlebihan.
33) Tingkatkan kesabaran.
34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
41) Mendoakan ibu-bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
42) Melazimkan solat waktu.
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yang menjadikan pandangan liar.
44) Elakkan banyak berhutang.
45) Merasa sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
46) Tunaikan zakat fitrah.
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada orang tua/lemah - cara beramal, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar.
2) Bagi orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang:-
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah.
- Baca ayat Kursi.
- Baca surah Yaasin.
- Baca surah Al Zalazah.
- Baca surah Al Qafirun.
- Baca surah Al Ikhlas.
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak.
- Mandi.
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran.
NUZUL Al-QURAN (17 Ramadhan)
- Tarikh turunnya Al-Quran.
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yang baik.
Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan, Pada petang akhir Ramadhan orang2 yang meninggal dunia (sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a. pernah mengatakan bahawa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan dpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al-Fatihah sekali untuk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang2 tua yang sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kepada kita.
Takbir di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita disebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya digali parit (khandaq). Di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan2 untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiya' ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan. Wallahua'llam.
"DI KESEMPATAN INI, SAYA SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. SENTIASALAH BERPADA2 DIDALAM BERBELANJA DAN TINGKATKAN IMAN SERTA IBADAH KITA DI SEPANJANG BULAN YANG MULIA INI." RAHMAH RAM RAM
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment