Saturday, July 02, 2011

Hari Minggu Bersama Yang Tersayang

Assalammualaikum semua,

Kita bersiaran semula. Mohon maaf kerana tuntutan tugas yang agak padat semalam menyebabkan saya ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam segmen Ben Ashari untuk mengegar blog di bulan Julai huhuhu.... Tapi takpe next time ada lagi.

Kawan-kawan,

Diharap pagi Sabtu yang ceria ini kita semua akan lebih bersedia dan bersyukur kehadrat yang maha esa keatas apa juga yang dilimpahkan olehNYA.

Hari ni saya ada entri baru nak cerita pasal trip saya hari ini. Pagi-pagi lagi saya sekeluarga keluar rumah seawal pukul 5:00pagi. Terpaksalah mengejut anak-anak saya dan mengangkut semua dipagi-pagi hari. Kawan-kawan nak tau kenapa? Erm.. Sebabnya hari ni saya menghantar kakak saya yang mengambil bahagian dalam acara "Treasure Hunt" bersama rakan-rakan pejabat beliau. Jadi beliau meminta pertolongan saya sekeluarga untuk menghantar beliau ke perkarangan pejabat yang terletak di Bukit Jelutong. Seronok aktiviti memburu harta karun menghala ke arah utara yang mana berpenghujung hingga ke Pulau Pangkor untuk beristirehat hingga keesokannya. Tetapi saya bukanlah nak cerita pasal treasure hunt kakak saya in detail tetapi sebaliknya.

Selepas aje dari menghantar kakak saya itu, kami sekeluarga bertolak ke Putrajaya.

Pagi-pagi???

Iyelah, pagi-pagi tu terus kesana. Gedebak gedebuk pun sampai dalam pukul 7.30pagi jugak. Hari pun dah terang.

Tentu anda semua nak tau apa saya buat kat sana?

Haaa.......inilah dia...

Kami sekeluarga pergi survey tempat ini...sebabnya minggu hadapan kami akan kesini beriadah menaiki basikal. Tempat baru bagi kami dimana ianya agak extreme juga kalau nak dibandingkan dengan hutan rimba di Kampung Kemensah, Ulu Kelang, di sini lagi sesuai dan comfortable kot. Kami nak cuba!!









Taman Cabaran Putrajaya (Putrajaya Challenge Park)









Bersama anak-anak yang salah seorangnya tak mandi lagi...hehehe









Pemandangan serta sesaui bagi aktiviti berbasikal di sini...













Pada kawan-kawan yang mempunyai hobi berbasikal jemputlah datang kesini. Taman cabaran ni bukan sahaja sesuai untuk aktiviti berbasikal malah kita boleh juga membuat aktiviti seperti bermain skate board, berjogging, roller skate dsb.

Oleh itu sekian sahaja kawan-kawan untuk hari ini dan selamat berhujung minggu.

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

abglan said...

huiyoo...extreme weh...

RamRamCute said...

Ye la abglan....memang extreme. tapi seronok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...