Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah dapat jugak saya bersiaran hari ini, ingatkan tak ada kesempatan..al-maklumlah kena kelek anak hari ni satu hari dan menjadi housewife sepenuh masa selama 3 hari berturut-turut ini...
Schedule saya bermula seawal pukul 6.00pagi lepas tu tidur sekejap than bangun semula dalam pukul 7.45 pagi nak siapkan sarapan untuk En Habi yang nak pergi bekerja, memasukkan pakaian kotor kedalam mesin basuh, menyapu dan mengelap habuk, mengejutkan anak dara (kecik) dari tidur...memberikannya susu dan memandikan beliau dan seterusnya melembutkan ikan dan daging untuk masakan tengahari sebab En Habi kata dia nak balik makan pulak tengahari ni...lepas tu suap anak dara ni makan brekfes (kalau tidak bersepah satu rumah) layan dia sekejap tengok TV, sidai kain diampaian, setart masak nasik sebab takut terlambat nanti..potong-potong sayur dan basuh-basuh cili dan segala bahan untuk dimasak kemudian anak dara pulak nak tidur balik (tidurkan dia semula) than barulah BERJUANG untuk memasak masakan tengahari ini..oooo terlupa pulak nak cakap askar ranjer dua orang tu takde since semalam sebab mengikut kakak saya seminar yang mereka kebetulan bercuti semester persekolahan...jadi senyaplah sedikit rumah...cuma tinggal sikecik tu ajelah.... Bila dah berjuang semestinya lintang pukang kan? SO apa lagi haru birulah memasak dek nak mengejarkan sebelum anak dara tu bangun....tengok cuaca agak mendung aje tengahari ni so kerjarkan angkat kain pula...PHEWW!! than kejar memasak lagi...rasa macam nak tercabut kaki hari ni ... Respeklah paada semua para surirumahtangga...korang memang SUPERB! dan SUPERMOM!
SIAPA KATA SURIRUMAH DUDUK RELAKS?? SEBENARNYA BANYAK KERJA TAU!!
Tapi itu schedule saya...tapi saya bukan nak cerita pasal tugasan saya hari ni..
Saya cuma nak sampaikan pesanan ringkas saya buat Skuad Harimau Malaya yang akan berjuang pada malam ini tepat jam 8.45malam di Stadium Bukit Jalil menentang Skuad Singa dari Singapura...yang rata-rata mendapat sambuntan yang begitu menggalakkan.
Pada Skuad Malaysia jangan hampakan penyokong-penyokong tetapMU...teruskan berjuang dan tingkatkan usaha anda. Berjuang berhabis-habisan...tunjukkan skill anda semua..kerana kami memberikan kepercayaan dan sokongan yang tiada belah bahagi.
Jadi kawan-kawan semua....jangan lupa berikan sokongan anda pada malam ini ye....
GOOD LUCK!!
MALAYSIA BOLEH!!
Till then ...saya tinggalkan kawan-kawan semua dengan lagu ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment