Thursday, July 21, 2011

Koleksi Novel Terbaru Saya

Assalamualaikum semua...

Semoga anda semua sihat dan ceria dipagi Khamis yang indah ini...saya mengalami kekurangan idea pulak hari..tak tahu nak letak entri apa yang best untuk bacaan semua..susah juga nak menulis kalau idea tengah kering ni kan? ermmm.....



Takpelah kalau saya ada idea yang melimpah ruah nanti saya akan post-upkan entri yang bagus-bagus...tetapi sebelum tu izinkanlah saya untuk membuat review berdasarkan kulit belakang novel yang terbaru saya beli (baru ada kesempatan membeli dan membaca) memandangkan siri percetakan bagi novel ini adalah kali yang ke-14 since ianya mula dipasarkan, memang betul-betul laris dan mendapat tempat dihati penggemar-penggemar novel (itu yang tak sabar saya nak membacanya sampai habis).

Berikut adalah SINOPSIS yang saya paparkan mengikuti kulit buku tersebut:-

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

Review Saya:-

Memandangkan saya belum habis membaca novel ini, tetapi melalui beberapa survey yang saya dapat mengatakan bahawa novel ini adalah karya terbaik Siti Rosmizah. Sepanjang pembacaan anda, anda tidak sedar yang air mata anda akan menitis kerana pelbagai dugaan serta kesusahan yang dialami oleh Aleya sepanjang perkahwinan 'terpaksa" beliau dengan lelaki yang bernama Syed Adam Aizril. Aleya mempunyai seorang suami yang tidak mempunyai hati perut dan suka menyeksa beliau serta emosi beliau pada awal perkahwinan ........... Nak tahu cerita selanjutnya...saya pun tak habis baca lagi baru intro sampai situ aje...selebihnya kawan-kawan semua bolehlah cuba dapatkan buku ini dipasaran.

Selamat Membaca!

1 comments:

sekadar satu coretan said...

novel tu..
dah bace mmg best citer dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...