Tuesday, July 19, 2011

SEGMEN: BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG

Assalamualaikum semua,



Selamat tengahari diucapkan kepada semua blogger yang saya kasihi..

Yeay!! Hari ini En Ben dengan baik hati membuat segmen dimana kita semua berpeluang untuk memilih segmen yang benar-benar menarik dan menceritakan serba sedikit mengenai kewujudan belog kita semua. Jadi apa tunggu lagi...

Syarat-syaratnya:-

1) Letak banner BEN ASHAARI blog
2) Tajuk : BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG dan linkkan ke entri ni ..
3) Sila ceritakan latar belakang blog anda seperti bila mula buka , kenapa anda buat blog sapa idola blogger anda, minat dan sebagainya la..
4) Cuba bagitau kenapa blog anda patut dipilih sebagai blog yang patut di singgah setiap hari ?

Tarikh Tutup??

Hah!! Pada yang nak join dan bersegmen kali ni En Ben tutup sampai jam 2 petang ini. Lepas itu dia nak bersegmen lagi. Jadi apa tunggu lagi, untuk keterangan lanjut silalah ke belog Ben Ashari.

TETAPI Sebelum Itu.......

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, belog saya ni telah lama diwujudkan since tahun 2006 lagi. Tetapi waktu itu saya membuatnya secara kecil-kecilan kerana masa tu masih buta belog lagi..almaklumlah tak berapa pandai nak berbelog. Cuma sekadar bercerita mengisahkan kehidupan harian saya bersama keluarga dan teman-teman tersayang sahaja. Dan begitu juga time tu tak ada followers (tak reti) macam mana nak setkan column untuk follower..(buta la katakan).

Selama bertahun-tahun lamanya saya berbelog...erm..pejam celik, pejam celik dah lima (5) tahun saya berbelog, barulah tahun ini saya betul-betul commit dan begitu TERUJA untuk mengembangkan lagi 'pasaran' belog saya pada mata umum, dimana saya 'share' kan belog saya kepada semua rakan-rakan dalam siri mempromosi serta penjelajahan ke belog-belog yang lain.

Bila dah pandai dan celik (atas tunjuk ajar rakan juga)barulah saya begitu bersemangat untuk berblogwalking dan sebagai....ditambah lagi dengan nasihat kawan saya yang ada mengatakan "kalau awak nak belog awak dikenali dan mempunyai followers, cuba awak berSEGMEN. Especially dekat belog BEN ASHARI, kerana dia mempunyai followers yang boleh tahan RAMAINNYEERRR...Mana tau awak boleh berkenalan dan dapat followers juga bila singgah dan bersegmen dekat situ?" Itulah kata-kata perangsang dan semangat Pn. Aziela (rakan saya) kepada saya ketika itu.

Dan Alhamdulillah berkat dari nasihat serta tunjuk ajar beliau...WAHHH!! saya telah berjaya dan tak sangka ada juga kawan-kawan yang sudi mengikuti belog saya ini secara tetap...SYUKUR!!

IDOLA SAYA??

Of courselah blogger idola saya pada SEMUA blogger yang ada, sebab korang semua RAWK dan KREATIF selain itu pada blogger (saya SALUTE) yang boleh meningkatkan kiraan traffic yang tinggi setiap hari serta mampu mendapatkan pendapatan yang menguntungkan sekali...SAYA SUKA antaranya Ben Ashari, Cik Mat Gebu, Lulu Caldina, Belog MTT, Hanis Zalikha dsbg.

KENAPA BELOG SAYA PATUT DIPILIH UNTUK DISINGGAH SETIAP HARI??

Ala..itu tak bolehlah saya cakap dan rasanya tak boleh nak mimpi pun sebab memang saya rasa kriteria dan penceritaan saya takdelah sebagus mana, cuba sekadar BIASA-BIASA aje...saja suka suka nak berbelog dan bertukar-tukar pendapat dan cerita. Lagipun seronok melayan belog kerana ia bukan sahaja dapat memperbaiki mutu bahasa serta penulisan kita tetapi ianya juga bagus untuk kita menyampaikan mesej atau pesanan yang berguna pada teman-teman lain. Kalau nak dibandingkan dengan FACEBOOK atau TWITTER, saya rasakan kedua laman sosial itu, kini telah banyak disalahgunakan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab....(oopppsss!! MAAF)

Terima kasih tak terhinggga kepada kamu, kamu kamu, dan kamu (YOU KNOW WHO YOU ARE). Saya sayang kamu!!

SO?? APA LAGI? JOMLAH BERSEGMEN!! CEPAT-CEPAT JANGAN BERLENGAH LAGI!!

3 comments:

Kaki Wayang said...

Mama dipilih sebagai Blog Pilihan BBH..nanti Mama datang baca tau..eh nape saya panggil mama?

Jom baca dan ketahui sebabnya..youre so sweet

http://informations-the.blogspot.com/2011/07/betol-betol-hangat-ben-ashaari-aku.html

RamRamCute said...

Alahai..terima kasih banyak-banyak En. Kaki Wayang sebab sudi pilih belog akak ni...tak sangka dan terharu la pulak saya...

Terima kasih sekali lagi..

Anonymous said...

Por favor, mГЎs detalladamente
http://www.frgporn.com/

camera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...