Assalamualaikum semua...
Hari Isnin yang sedikit lemau ini saya curi-curi masa dengan membaca novel terbaru yang saya beli di kedai buku bertajuk "Setia Hujung Nyawa". Phew!! tajuknya aje dah begitu puitis apatah lagi bila anda membacanya...saya yang baru mula membaca ni pun dah terasa sebak dan sedih hati dan serasa tak sabar-sabar nak menghabiskan pembacaan untuk mengetahui kesudahan cerita novel ini...
Tetapi untuk dikongsikan bersama teman-teman semua berikut adalah sedikit sinopsis yang saya petik dari kulit belakang novel berkenaan. Untuk pengetahuan semua novel ini adalah karya terbaru dari penulis Fatin Nabila. Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang bagus hingga berjaya menitiskan air mata saya dan membuatkan mood saya yang tetiba menjadi jiwang....
Sinopsis
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Jadi pada kawan-kawan yang suka membaca novel dan menjadikannya sebagai salah satu hobi apa lagi tunggu....Tak rugi membacanya.
Selamat Membaca!
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
51 minutes ago
3 comments:
macam best jek..ni rasa nk beli..huhu
Tak rugi membelinya...sedih..huhuhu....
ersalina pregnant anak siapa?
Post a Comment