Thursday, July 14, 2011

Trend Bertudung Gaya Hana Tajima

Assalamualaikum,

Bertudung adalah amat sinonim pada masa kini. Tak kira muda ataupun tua semua peringkat umur memakai tudung cuma yang membezakannya adalah dari segi pengayaan dan pemakaian tudung tersebut.

Kalau saya sebut nama Hana Tajima pasti anda tahu kan? (For those yang tak tahu) Hana Tajima ialah seorang gadis campuran Jepun-Inggeris. Beliau suka mengayakan fesyen-fesyen bertudung yang kini digayakan oleh penyayi Yuna dan rata-rata kalau kita tengak sekarang ni banyak digayakan oleh remaja dan wanita dewasa ini.

Yang saya tahu beliau merupakan seorang pereka fesyen. Nama penuh beliau ialah Hana Tajima Simpson. Tapi saya bukanlah nak bercerita dengan lebih detail mengenai beliau. Saya cuma nak post up entri pasal cara pemakaian tudung gaya Hana Tajima yang amat-amat saya suka. Which is Ringkas, Menarik dan Elegan.

Pada mulanya saya tak berapa mengenali beliau..tetapi setelah namanya disogok beberapa kali oleh seorang ofismate saya untuk melihat cara-cara pemakaian tudung oleh beliau diinternet, tiba-tiba saya terus jatuh hati.

Tak Caya? Cuba lihat gambar-gambar dibawah ini:-













Pada kawan-kawan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Hana Tajima Simpson dan koleksi-koleksi gambar beliau memakai tudung bolehlah membacanya di SINI

Sekian.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...