Assalammualaikum semua,
Selamat hari Selasa kepada semua kawan-kawan. Semoga hari yang indah ini akan memberikan lebih motivasi serta semangat bagi kita semua bagi menjalani aktiviti seharian kita.
Alhamdulillah dan terima kasih pada Aziela kerana sudi menghadiahkan award ini kepada saya. Tak sangka la pulak dapat award (aksi macam pelakon wanita "fofular" pulak).Terima kasih awak!!
Terima kasih sekali lagi dan sememangnya awak dan semua blogger-blogger yang saya follow semuanya "Beautiful" semua ada rahsia kecantikan masing-masing. Betul Tak?
Nak kena cerita tentang tujuh (7) perkara yang orang belum tahu pasal saya? Ermmm..... (takpelah sharelah jugak ye)
1) Masa zaman saya kecik-kecik dulu (masa umur 4-8 tahun) saya ni tak punya rambut yang lebat sebab rambut saya halus saja, tak tau sebab apa..puaslah emak dan abah saya letak pelbagai jenis minyak untuk melebatkan rambut saya. Bila pergi sekolah nak ikat rambut pun ala-ala ciput aje, kira nampaklah kulit rambut saya ni...sampaikan adalah anak-anak jiran dan kawan-kawan sekolah ejek saya "BOTAK" huhuhuhu...sedih. Tapi Alhamdulillah bila usia meningkat remaja rambut saya semakin hari semakin lebat sampailah sekarang dah tua ni.
2) Bila usia meningkat remaja, saya bersekolah di sekolah perempuan sahaja. Jadi saya merupakan seorang 'TOMBOY' sewaktu zaman remaja. Sikit punyalah banyak adik angkat dan kakak angkat 'Pet Sis' yang nak menjadikan saya kakak dan adik angkat mereka, ada tu sampai bergaduh-gaduh sesama sendiri bila saya tak layan... (perasan la pulak) tapi memang series tak tipu....
3) Bila usia dan menjangkau ke 16-17 tahun, dah namanya perempuan kan mesti ada naluri nak berkapel bila tengok semua kawan-kawan dengan adik dan kakak angkat ada pakwe...so saya pun berubahlah sikit-sikit menjadi wanita..dengan memanjangkan rambut serta perwatakan menjadi sedikit lembut. Time tu mulalah nak berkawan-kawan dengan lelaki. Tapi steady takdelah lagi time tu...sebab masih lagi dalam tempoh "The Making Of......".
4) Saya seorang athlete "olahragawati' sekolah. Time tu semua aktiviti sukan saya masuk & ceburkan diri. Antara sukan yang saya paling pro ialah atlit lumba lari, renang dan pemain hoki peringkat sekolah *aje. Tapi saya memang suka aktiviti lasak masa remaja.
5) Saya suka makan makanan pedas, Kalau takde makanan pedas saya akan ambil cili api (digigit) sebagai ulam. Memang dari kecil kami sekeluarga diajar memakan makanan yang pedas-pedas. SUKA!!
6) Saya sangat garang dengan anak-anak saya, sampaikan anak-anak saya menggelarkan saya "SINGA" atau pun "TARZAN". Sebenarnya bukan apa, saya rasa kalau saya cakap terlalu baik atau lembut dengan anak-anak pun kadang-kadang anak-anak ni tak mendengar kata..jadi apalah salahnya kalau saya TINGGIKAN sedikit suara dan NAIK ANGIN sedikit dalam mendidik mereka. Hakikatnya saya PENYAYANG dan LOVING mother.
7) Saya suka membaca novel. Setiap bulan semestinya saya akan membeli at least 2-3 buah novel untuk dijadikan koleksi saya. Tapi bila dah baca novel tu mesti jadi ANGAU sekejap. Sebabnya saya selalu meletakkan diri saya didalam watak tersebut untuk menghayati watak tu hingga ada kalanya saya menangis bila membaca bab-bab yang sedih. PAYAH BETUL!!
Dah? cukup-cukup...dah cukup tujuh dah tu.....
Huish!!....diharap dengan ketujuh-tujuh keterangan yang saya senaraikan diatas akan dapat menerangkan serba sedikit tentang diri saya yang anda semua tidak tahu.
Jadi pada kawan-kawan semua, percayalah bahawa kita semua telah dianugerahkan dengan KECANTIKAN yang tiada tandingnya oleh Allah s.w.t. Terpulanglah kepada kita untuk menggunakannya dengan cara yang terbaik.
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
8 hours ago
2 comments:
Waa...banyak rupanya yang saya belum tahu pasal awak.... Semoga kita tak kan lost contact lepas nie. Makin dekat hari 'itu' makin sedih...
hahahha...malu nak ceritala awak...
Yelah hari dah semakin dekat..terasa sedihla pulak nak meninggalkan kawan-kawan yang saya sayangi.
Insyaallah kita akan berjumpa...
Post a Comment