Assalamualaikum semua,
Selamat sejahtera dan selamat pagi Jumaat. Kita bersiaran lagi hari ini..Jumaat, Penghulu segala hari. Diharapkan hari ini anda semua sihat dan sejahtera hendaknya.
Hari ni saya nak join segmen yang Cik Lulu buat...hehehe tengah boring-boring dan sebelum membuat kerja-kerja pejabat yang wajib apa kata kita bersegmen sekejap.
Tajuknya kali ini "Blogku Belum Popular..."
KENAPA??
Alahai....kalau nak cerita MEMANG pun blog saya ni takdelah sepopular mana sebabnya entri yang saya post-up kan dekat wall saya ni semuanya takdelah bombastic dan menarik cuma ala kadar aje. Sekadar bercerita...kalau nak dibandingkan dengan blog Ben Ashari yang mempunyai followers yang kussss...semangat ramainya, serta Cik Mat Gebu (DTS)...sedap dia masak, Hani Zalikha, Lulu Caldina dan Belog MTT memang jauh sangat-sangat bezanya.
CUBA JADI MACAM DORANG??
Memang boleh....TETAPI....kena pandai susun strategila...bak kata orang "strategi kena canteekkk". Tapi itulah since buat belog ni bukanlah semudah yang kita sangka...memanglah orang kata senang aje, apa nak susah..taip dan cerita ajelah..tak kiralah bahasa rojak ke apa ke...tapi mesej kenalah sampai dan tepat. Lagi satu kalau silap langkah mau nanti kena saman tak pasal-pasal betul tak? Saya takut!
Tapi kadang-kadang tu nak memerah idea ni bukan senang. Ia dapat sepintas lalu...haa..kalau bersegmen macam ni oklah..tapi kalau nak bercerita sesuka hati tak tentu hala ni kena menunggu MOOD atau FEEL tu sampai...alahai..susah betul nak berkarya ye tak?
DAH LAMA KE BEBELOG??
Lama tak lama jugaklah...adalah since 2006. Tapi time tu kecil-kecilan aje...tak berani nak market out belog ni..sebab bukannya best pun blog saya ni..macam tajuk entri nilah..belum popular pun lagi...
Tapi Alhamdulillah since kawan ku memberi support dan En Habi juga memberi galakan, saya kuatkan semangat (chewah) mempromosikan belog saya ini...dan SYUKUR..belog saya ini dapat diterima oleh rakan-rakan yang lain dan mempunyai follower yang tetap setia memberikan semangat, nasihat serta tunjuk ajar walaupun tak sehebat nama-nama GAH di atas tu...apa pun TERIMA KASIH TAK TERHINGGA padamu RAKAN BLOGGERKU!!
Saya Sayang Kamu!!
Begitulah serba sedikit entri saya mengenai segmen yang Cik Lulu Caldina buat kali ni.
Haa...pada kawan-kawan yang nak join segmen ni boleh terus ke belog LULU CALDINA untuk keterangan lanjut.
CARA NAK MENYERTAI??
1. Ambik header blog ni, beserta link entri ni, buat 1 entri...
Dengan tajuk : "Blogku belum popular.."
2. Dalam entri tu, korang bagilah sebab kenapa korang rasa blog korang belum popular..
Atau bakal popular....
3. Masukkan link entri kat komen dalam entri ini...
PERHATIAN
Segmen ini akan berlarutan sehingga tengah malam nanti, Meantime Cik Lulu akan listkan semua senarai peserta diakhir nanti dan meletakkan sticky post selama 48 jam.. ok tu...
Jadi Selamat Bersegmen ye kawan-kawan!!
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
8 hours ago
6 comments:
jomlah join lyn...saya pun tak pandai nak mengomel..tapi hentam ajelah...hehehe..
jom terjah..
http://bexraz.blogspot.com/2011/07/blogku-belum-popular.html
hite me back k...dnt forget...
lawatan sambil belajar. hehe
life dari blog tak femes.
hehee
jalan jalan sini dari segmen yang sama :D
melawat ke sini..dari segmen yg sama..jom ziarah ke blog ku juga...salam kenal..i follow..sila la followku jgk yer..
Terima kasih kepada kawan-kawan semua kerana sudi singgah dan terjah ke blog saya.
Post a Comment