Saturday, July 16, 2011

Tahniah Liverpool & Malaysia

Assalamualaikum semua...

Salam Sabtu dan terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Menyambut Nisfu Syaaban kepada anda teman blogger semua.

Seperti yang kawan-kawan sedia maklum (pada entri semalam) hari ini saya sekeluarga pergi menyaksikan Perlawanan Persahabatan diantara Malaysia XI vs Liverpool FC.

Perlawanan yang bagus, sengit dan syabas pada kedua-dua pasukan kerana telah berjaya mempamerkan persembahan yang amat memuaskan.

Walaupun Liverpool menang dengan 6 jaringan dan Malaysia hanya 3, tetapi saya amat berbangga dengan pasukan Harimau Malaya (Malaysia) kerana telah menunjukkan mutu permainan yang begitu profesional dan komited sekali.

TAHNIAH saya ucapkan dan tak rugi saya beli tiket bola....





































Sehubungan dengan itu juga, dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari pada semua teman blogger saya di atas sebarang kekhilafan (kesalahan) selama saya berbelog ini. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah olehNYA.

Selamat Nisfu Syaaban kepada semua dan tak lama lagi semua umat islam diseluruh dunia akan berpuasa. Sungguh pantas waktu pergi meninggalkan kita...

Selamat Berhujung Minggu.

Sekian.

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

Ammar said...

Tahniah Malaysia sebab berjaya buat 3 gol

RamRamCute said...

Ye. Bangga degnan Malaysia kerana mereka mempamerkan permainan yang bagus. Tahniah Harimau Malaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...