Friday, November 11, 2011

Ada Apa Pada Angka....

Assalammualaikum semua...

Salam hari Jumaat.  Alhamdulillah kita masih lagi diberikan nafas untuk terus menumpang dibumi Allah ini.  Sama-samalah kita berdoa dan memanafaatkan hikmat dan waktu yang diberi dengan melakukan sesuatu yang terbaik di dalam hidup kita.

1.11.11
9.10.11
11.11.11
20.11.2011

Cantik angka tu? Pasti ramai yang membuat entri mengenai angka hebat ini. Nak tahu kenapa? 

Melalui pemahaman saya, angka dan tarikh pada hari  di atas merupakan suatu yang unik, kelainan pasti ramai yang ingin merangka atau mejadualkan sesuatu perkara, event, kelahiran (bagi ibu yang melahirkan kaedah caesarean) pernikahan dan persandingan agar ianya menjadi suatu memori indah yang akan diingati selama-lamanya.

Betulkah begitu?  

Terpulang pada seseorang individu tersebut.  Bagi saya ianya hanya sekadar nombor atau angka dan tidak menjanjikan apa-apa.  Bagi saya adalah lebih baik jika kita melakukan sesuatu yang kita ingini dengan mengikut akidah dan batasan agar ianya tidak terpesong dan berlainan dari apa yang kita fahami.

Pada pendapat saya bila-bila saja yang kita mampu atau perkara yang telah dijadualkan tanpa kita menunggu atau mengikut tarikh atau angka berdasarkan keunikannya semata-mata kita boleh melakukannya.  

Yang penting, tepuk dada dan tanyalah selera.

1 comments:

PCL said...

ada yang suka pd nombor2 yg unik tu sebab senang nak ingat..tu je rasanya..lainlah mereka yg memang kaki nombor...sanggup berhabisan hanya kerna nombor idaman..hee :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...