Visa
Mastercard
American Express
Kad kredit bukan simbol kemewahan lagi dewasa ini. Sekarang semua orang mampu dan boleh memiliki kad kredit. Cuma amaun atau kelayakan kredit sahaja yang melayakkan kita untuk menggunakannya mengikut kemampuan kita membayarnya semula.
Semua di atas kalau kita gunakan secara membuta tuli memang lama-kelamaan menjadi bebanan kepada kita sendiri. Bergaya dan bermewah dengan membeli apa sahaja memang seronok nak nak time Y.E.S. (Year End Sale) ni. Jangan jadikan kad kredit bahan untuk melampiaskan nafsu anda semua. Ingat akan penangan yang akan anda semua lalui apabila membayarnya kelak.
Gugel
Seronok membeli apa sahaja yang kita hajati selama ini, tetapi biarlah berpada-pada. Memang pada mulanya kita semua beranggapan kita akan mampu membayarnya semula, tetapi kalau difikir-fikirkan secara logika, jika berlaku sebarang insiden yang kita sendiri tidak ketahui dimasa hadapan bukankah ianya akan menjadi suatu bebanan.
Bukan tidak menggalakkan tetapi setiap pengguna kad kredit mampu dan lebih arif berfikir akan kelebihan serta kelemahan penggunaannya sebelum mereka bersetuju untuk memperolehinya. YANG PENTING ianya bergantung pada nawaitu pengguna tersebut samaada ianya patut digunakan ketika kecemasan, pelajaran atau hanya untuk mengisi minyak kenderaan ataupun untuk kos bayaran perubatan. Susun berderet-deret dalam wallet hanya untuk menambahkan hutang pun tak boleh jugak. BERGANTUNG pada individu itu sendiri.
(andai tersalah kata dan bahasa maafkan saya ye)
1 comments:
Macam tokono kek diri azri yooo..hahahahaha..seb baek Kad Kredit Azri tak berhantu..dia baik jew duk dlm wallet
Post a Comment