Rata-rata yang saya dengar ada pasangan yang terpaksa menjalinkan hubungan jarak jauh atau PJJ akibat daripada tuntutan tugas masing-masing. Ada kapel yang telah berkahwin tetapi mereka terpaksa berpisah akibat dari tuntutan tugas. Hari wikdays merupakan hari perpisahan mereka dan bertemu semula pada wiken atau cuti umum sahaja.
Ramai pasangan sekarang menghadapi ujian begini yang ada pasangan terpaksa bekerja di perantauan, sorang di utara sorang di selatan malahan ada juga yang duduk tinggal hingga beribu batu jauhnya hanya untuk melunaskan impian atau menunaikan tanggungjawab. Terpulang pada individu tersebut samaada mereka prefer to stay di tempat berkenaan dengan alasan mereka juga merupakan penyumbang dalam keluarga ataupun mereka ikut sekali pergi bersama pasangan kerana tidak mahu berjauhan.
Itu bagi pasangan yang telah berkahwin. Those yang belum berkahwin atau masih hangat dalam alam percintaan contohnya bertunang, mesti ada yang menanggung rindu bagai hari- hari memikirkan BILA lah kekasih/tunang nak balik ye?
Serius, saya RESPEK pada anda anda yang kuat menghadapi ujian ini dan sanggup meneruskan kehidupan anda dengan cara lain orang kata independent (pandai pandai sendiri). Saya juga pernah menghadapinya sebelum ini tapi takdelah lama (tapi bagi saya lamalah juga) apabila En Habi terpaksa bertugas di Sabah dalam jangkamasa panjang akibat tuntutan tugas. Jenuhlah jugak saya dan anak2 melayari internet nak dapatkan harga tiket penerbangan murah untuk kesana setiap minggu cadangnya tetapi nasib baik tugasan beliau tamat sebelum waktunya dan beliau kembali semula ke KL hingga ke hari ini. Alhamdulillah.....
Pendapat saya semua urusan perlu dilakukan bersama dan agak payah jika salah satu dari pasangan tiada di sisi terutama pada anda yang telah mempunyai anak anak untuk diuruskan sehari hari berseorangan (itu pada yang dah berkeluarga ye).
Pn Aziela, saya TABIK HORMAT pada anda!!
Published with Blogger-droid v2.0
9 comments:
sy pun tabik spring jgk pd pasangan yg dh berkahwin tp duk berjauhan nie. Bukan mudah nak lalui hari2 sorg diri tnpa pasangan kita..kalo sy, jujur akui memg xsgup..xmampu rasa nk ber PJJ nie huhuhuhu
pucuk pangkal KEJUJURAN...klu jujur insyaallah segalanyer berjalan dgn lancar... =)
Jom singgah
http://takbest.blogspot.com/2011/11/contest-pertandingan-wajah-seiras.html
perhubungan jarak jauh ni yg paling penting kejujuran, kalau dia tau tanggungjawab, insyaallah
Kunjungan balas.
Saya pun tak sanggup berjauhan dengan suami huhu...
Kak Aziela memang tabah.....tabik spring kat dia gak
Uishhh...segannya. Tapi memang betul. Tak mudah langsung. Yang jadi kekuatan ialah kasih sayang.
Nanti dah kahwin, xmaw pisah, xmaw jauh2, xmaw lepas ;)
hihihi...rata-rata semua kata TAK MAU...tapi kalau dah nak dikatakan takdir dan rezeki kita kena jadi camtu pun payah kan? ....
echa mmg x suka hbgn jarak jauh ni..klu yg dh kawin tu lagi laa xmau sbb rasa mcm single jer!!! nama je kawin tp tetap gak dok jalani khidupan seharian sorg2..
sbb cth dah ada byk depan mata echa..trutama time pregnant, ksian tgk mber g buat check up tanpa suami di sisi..
Post a Comment