Cuti sekolah akan bermula pada hujung minggu ini dan rasanya pasti ramai ibubapa yang sudah merangka senarai program cuti sekolah untuk anak-anak anda. Bagi saya pulak, anak-anak masih lagi bersekolah dan mereka hanya akan mula bercuti pada minggu berikutnya.
Kalau kita lihat rata-rata banyak program cuti sekolah telah dipromosikan dimerata-rata akbar,majalah mahupun melalui brosur dan leaflet ada juga program kiamulail, program anak pintar, summercamp, bengkel motivasi serta bengkel mengaji sepanjang bulan cuti sekolah diadakan bagi mengisi masa lapang anak-anak dari melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Semua ini bergantung pada ibubapa sendiri untuk mencorakkan anak-anak mereka.
Pada parents yang berminat NST atau New Strait Times ada menganjurkan program cuti sekolah yang berbentuk workshop pada semua peringkat umur kanak-kanak seawal umur 7-17 tahun. Pelbagai program telah diatur antaranya seperti berikut:-
- Junior Journalists (13-16 yrs)
- Unmasking Masks (10-12 yrs)
- Leadership (13-16 yrs)
- Drawing & Sketching (13-16 yrs)
- Animation (10-12 yrs)
- Ace Your Essays (13-15 yrs) & (16-17)
- Junior Engineers (10-12 yrs)
- Public Speaking (10-12 yrs)
- CSI Workshop (7-9 yrs)
- The Story Teller (7-9 yrs) & (10 - 12 yrs)
- Rocking Rocket (10 -12 yrs)
- Problem Solving (10-12 yrs)
Bayaran juga dikenakan bagi setiap program yang dipilih dan pembayaran boleh dibuat di pejabat NIE di Bangsar, Kuala Lumpur. Bagi ibubapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut serta pendaftaran sila hubungi talian 03-2056-9692/ 615 (9pagi - 6petang, Isnin hingga Jumaat) ataupun email joseph_how@nstp.com.my, vganesan@nstp.com.my, kanchana@nstp.com.my atau terus ke laman web mereka di http://niexus.nst.com.my/
Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Isilah masa anak-anak anda dengan perkara yang berfaedah dan berguna.
4 comments:
kalau ada anak, dah sure sure hantar kat sini. hihi
nak kena cari juga la rasanya...
@Asyikin: takpe insyaallah lepas ni mesti ada banyak dan memacam worksyop diadakan untuk anak-anak di musim cuti persekolahan.
@Aziela: HARUS awak, nanti duorang duduk rumah asyik tengok kartun dan main game aje...lupa belajar dan memang sah tak pegang buku sekolah dah.
Eh blog azri masih jadi blog pilihan dan RSS azri masih terpampang kat blog ni? Terharunya..jasa akak akan dibalas..
Post a Comment