Thursday, November 03, 2011

HASRULHASSAN.COM - Kejayaan Manis Blog Saya

Asssalammualaikum...


Pertama kali membacanya terus hati menjadi suka dan girang kerana soalan seperti inilah yang saya tunggu-tunggu dan ingin saya kongsikan dengan semua rakan blogger.  Terima kasih pada Hasrul Hassan kerana sudi menganjurkan segmen ini.

Kejayaan Manis Blog Saya

Nak kata kejayaan takdelah sangat cuma saya gembira teramat-amat apabila ada orang/blogger yang sudi memperkenalkan blog saya di mata umum.  Rata-rata saya buta tentang dunia blogging, tetapi atas dasar keazaman dan semangat yang diterima dari rakan-rakan dan blogger-blogger tersohor saya bertekad untuk terus menulis dan nasihat serta tunjuk ajar rakan-rakan semua saya akan teruskan selagi ada daya saya.

Suka, girang dan gembira..sudah semestinya apabila blog saya terpilih untuk dijadikan promo oleh tuan punya segmen ini iaitu En Hasrul Hassan (boleh rujuk entri ini).  Masa tu terharu tak terhingga dibuatnya.  Mana taknya blogger yang dah dikenali dan mempunyai follower yang ramai telah sudi mempromosikan blog saya. 

Ianya tidak bermula begitu sahaja kerana sebelum ini blogger cantik manis Lulu Caldina juga sudi mempromosikan laman blog saya di mata umum dengan memilih blog saya di dalam segmen yang beliau anjurkan (boleh rujuk entri ini juga) beberapa bulan yang lepas.

Tidak dengan itu sahaja terdapat juga entri yang menarik dan sudi meletakkan header blog saya sebagai contoh dalam entri beliau iaitu adik comel kita yoUnique mengenai blogger wanita yang entrinya tidak bewarna pink, beliau dengan rela hati sudi meletakkan dan sekaligus mempromosi blog saya dilaman blog beliau (rujuk entri sini).  Terima kasih Nurdani.

Terima kasih tak terhingga saya juga pada rakan baik dan rakan sepagar saya kerana kesudian beliau untuk menempekkan satu entri spesel untuk saya dalam laman blog beliau (rujuk sini), TERHARU sungguh saya.  Terima kasih awak! terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar awak ye.  Kita sama-sama mewarnai dunia blogging ini dan sama-sama berkongsi pendapat dan cerita sedih suka dan duka di dalamnya..semoga awak terus maju dan sukses.  Beliau adalah blogger yang berbakat dan seorang rakan yang begitu caring dan mempunyai  follower yang tidak kurang hebatnya.  Beliau sungguh-sungguh berbakat. 

Selain dari itu saya berasakan akan kerujaan, seronok dan happy kerana bukan saja dapat menyuarakan pendapat dan berkongsi cerita-cerita menarik bersama-sama rakan malahan kita juga dapat menyoroti segala permasalah isu sosial, berita dalam dan luar negara serta tips-tips kesihatan yagn dikongsikan bersama di dalam dunia blogging ini.

Terima kasih tak terhingga pada mereka-mereka yang sudi mempromosikan blog saya hingga ketahap ini.. Alhamdulillah saya sangat-sangat bersyukur.  Bukan mengimpikan menjadi seorang blogger terkenal atau termasyur tetapi cukuplah sekadar dapat merapatkan lagi tali persaudaraan sesama islam dan kaum dimerata-rata pelusuk negeri sekaligus mengetahui akan ada resam masing-masing.

Diharapkan kejayaan ini tidak berakhir begitu sahaja....semoga blog saya akan terus dilawati dan diberikan komen yang bernas dan membina untuk kebaikan saya dan kita semua.  Terima kasih pada yang sudi menjadi FOLLOWER saya dan Insyaallah jika diberikan kesempatan yang mencukupi saya akan balas singgahan anda dan menjadi follower terbaru di blog anda juga.

Oraitt!! Siap.

Pada anda yang ingin menyertai sila RUJUK untuk maklumat lanjut. 

Tutup pukul 5.00 petang ini ye...so CEPAT!!

6 comments:

Aziela said...

Terlalu tinggi pujian awak...Saya tak buat apa2 pun. Awak yang banyak berusaha dan berkorban untuk blog ini. Saya kagum dengan awak.

fizafantagiro said...

alhamdullilah..teruskan berblogging=)

ummu said...

salam Rahmah
tahniah ye.gembira kan sebenarnya bila ada orang tempek entry kita pda entry posting mereka.seolah memberi promosi kpd blog kita sebenarnya

MAY said...

suke doodle header blog ni.. ;)

AtieRamos said...

Cutenye blog. I follow you :)

nurdani said...

sama2.hehe.teruja kena mention.hik hik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...