PASTI sudah ramai tidak senang duduk menantikan sekuel Twilight berada di pawagam apatah lagi episod kali ini lebih menarik kerana akhirnya cinta Bella dan Edward penuh cabaran berakhir dengan perkahwinan.
Kisah cinta antara dua latar belakang berbeza itu diadaptasikan dari novel Stephenie Meyer memberikan satu lagi filem adaptasi yang digilai ramai.
Filem arahan Bill Condon menarik perhatian ramai terutamanya kalangan muda mudi kerana ia bukan saja mengisahkan pasangan yang bercinta namun menyelitkan unsur-unsur ‘supernatural’ antara realiti dan fantasi kerana membabitkan dua puak mitos iaitu puntianak dan serigala jadian.
Mempertaruhkan tiga teraju utama iaitu Robert Pattinson, Taylor Lautner dan Kristen Stewart, masing-masing membawa watak dengan berkesan.
Hanya dengan melihat wajah dan karakter cukup membuktikan mereka layak memegang peranan yang diberikan.
Fizikal dan aura terpancar pada wajah mereka serba sedikit menggambarkan tanggungjawab pada watak yang diberikan kepada ketiga-tiga teraju utama itu.
Sama seperti sekuel filem Harry Potter, sekuel terakhir filem Twilight akan menemui peminat mulai esok (24 November) ini terlebih dulu muncul dengan bahagian satu bagi menaikkan rasa ingin tahu dan kejutan kepada peminat.
Bagaimanapun, mereka yang sudah membaca novel Twilight ini pasti ingin menghayati kisah itu dengan melihat aksi melalui visual.
Watak utama, Kristen Stewart mula berlakon sejak 1999 ketika berusia sembilan tahun namun bintang kelahiran Los Angeles itu semakin menempah nama dalam industri seni apabila memegang watak Bella Swan.
Agak sedih kerana sekuel itu sudah menghampiri penamatnya, Bella berharap satu hari nanti diberikan peluang bekerjasama dengan ‘team’ produksi dan pelakon yang sama.
“Saya agak sedih kerana tidak lama lagi kerjasama dengan mereka akan berakhir. Mungkin saya tidak mempunyai peluang lagi untuk bekerjasama dengan mereka.
“Saya gembira apabila produksi membuat keputusan untuk menjadikan buku terakhir kepada dua bahagian. Ini bermakna saya masih mempunyai masa panjang menghabiskan masa dengan mereka.
“Hari terakhir berada di lokasi penggambaran sangat memenatkan untuk semua orang. Berhadapan dengan masalah cuaca, kami meneruskan juga penggambaran itu walaupun ramai merungut.
“Namun, apabila saya bangun keesokan paginya, saya menyedari penggambaran sudah selesai dan tidak mempunyai sebarang aktiviti.
“Pada mulanya saya agak bingung lalu mengambil keputusan untuk tidur semula,” katanya dalam satu kenyataan media.
Twilight: Breaking Dawn Part 1 ini hanya boleh ditonton 13 tahun ke atas, rasa rugi sekiranya penonton melepaskan peluang menyaksikan sekuel terakhir ini selepas mengikuti perjalanan Bella yang mempertahankan semua perkara dipercayainya sehingga sanggup mati untuk perkara itu.
Bagi Robert yang memegang watak Edward Cullen, kemunculan pertamanya ketika sekuel pertama, Twilight menjadi fenomena baru kerana ramai wanita yang menggilainya sebagai seorang puntianak yang kacak.
Memulakan kerjaya sebagai pelakon dengan memegang watak sebagai Cedric Diggory dalam filem Harry Potter And The Goblet of Fire, filem Twilight membantu melonjakkan namanya.
Robert mengakui malu untuk menanggalkan kemeja-’T’ terpaksa mengatasi perasaan itu untuk memberikan impak kepada lakonannya.
Semakin menghampiri penamat sekuel ini, semakin hebat cabaran dirasakan Robert Douglas Thomas Pattinson itu.
“Filem kali ini menggunakan bajet lebih besar, berhadapan harapan peminat terlalu tinggi kami berasakan penggambaran kali ini lebih mencabar.
“Bill mempunyai sebab tersendiri menjadikan perkahwinan dalam filem ini dijadikan melodrama dan berita Bella hamil adalah sesuatu yang menakutkan.
“Bill mempunyai sebab tersendiri menjadikan perkahwinan dalam filem ini dijadikan melodrama dan berita Bella hamil adalah sesuatu yang menakutkan.
Terlalu mudah untuk menjadi seorang yang sinikal mengenai sesuatu perkara kerana itu memang watak semula jadi saya.
“Banyak perkara yang terjadi ketika kami menjalankan penggambaran selama enam bulan di Brazil. Ketika berada di Rio de Janeiro, dua buah kamera rosak dan ia menjadikan semua orang tidak tentu arah.
“Bagaimanapun, Bill mencari penyelesaian kepada masalah itu sehingga kami mampu menamatkan penggambaran babak terakhir,” katanya.
Kisah Twilight: Breaking Dawn bahagian satu bermula dengan majlis perkahwinan Bella dan Edward yang dihadiri keluarga terdekat termasuk adik-beradik Edward dan ibu bapa Bella.
Namun, Jacob yang kecewa dengan pilihan itu membawa diri ke Kanada dan hanya kembali selepas acara itu selesai untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Bella dan Edward berbulan madu di Brazil dan menghabiskan masa bersama tetapi saat romantis itu berakhir apabila Bella hamil. Carlisle mengesahkan anak dalam kandungan Bella adalah puntianak dan harus digugurkan kerana ia akan menyebabkan Bella terbunuh.
Bagaimanapun, Bella berkeras untuk tidak menggugurkan kandungan itu dan meminta bantuan Rosalie untuk menjaganya.
Sam Uley, ketua serigala jadian bercadang untuk membunuh Bella sebelum dia melahirkan bayi kerana bimbang bayi perempuan bernama Renesmee akan menjadi semakin kuat sehingga menyebabkan puak serigala jadian terancam. Jacob berikrar untuk menjaga Bella berjaga di luar rumah sehingga Bella selamat melahirkan anaknya.
Dalam keadaan kritikal, Bella yang tidak sedarkan diri setelah melahirkan anaknya, Edward tidak mempunyai pilihan selain menjadikan Bella seorang puntianak. Apakah yang terjadi seterusnya? Jawapannya ada dalam filem Twilight: Breaking Dawn.
4 comments:
Can't wait...!!! Owhh.obsesnya daku...
hye..sis,jom join GA sya da tag sis
http://nanieteukie.blogspot.com/2011/11/giveaway-by-iragendut-and-nanie.html
bestnye @_@
suka tgk citer nie tp x suka watak Bella tu sbb nmpk dia mcm blur2 jer time bercakap...huhuhu suka watak jacob...nampk dia cool n romantik.. huhuhu
Post a Comment