Tahniah pada cikgu-cikgu kita yang tanpa jemu sudi menabur bakti dalam mendidik anak bangsa Malaysia tidak kira di mana saja mereka di postingkan.
Entri ni bukan sempena Hari Guru tau, tapi baru-baru ni TPM dan kerajaan telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari.
Wah!! Seronoknya!!
Langkah tersebut katanya bagi mengelakkan salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru. Segala kajian yang dibuat akan dilakukan dengan lebih teliti dan mendalam lagi.
Program tersebut tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru.
Projek perintis tersebut bukanlah untuk membebankan guru-guru tetapi ianya merupakan proses penambahbaikan bidang pendidikan.
0 comments:
Post a Comment