Wanita bukan sahaja perlu memaintainkan kecantikan mereka malahan kesihatan juga perlu dititikberatkan dan menjadi agenda utama dalam kehidupan seharian kita.
Sudahkah rakan-rakan bloggers saya yang meliputi wanita dan gadis-gadis diluar sana mendapatkan pelalian HPV bagi mencegah kanser servik?
Sedikit penerangan mengenai kanser servik bagi anda yang kurang arif mengenainya.
Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (Servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita di negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun.
Tahukah anda bahawa kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.
Human Papilloma Virus (HPV)
Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas mereka berkahwin dan HPV adalah penyebab utama kanser servik.
Pelalian HPV
Pelalian diberikan untuk mencegah kanser servik akibat jangkita HPV. Pelalian ini diberikan secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali (3 suntikan) dalam tempoh enam bulan mengikut jadual berikut:-
Suntikan Pertama
Tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/klinik
Suntikan Kedua
1 bulan selepas suntikan pertama
Suntikan Ketiga
6 bulan dari suntikan pertama
Faedah pelalian HPV
Anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh mencegahnya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.
Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis berumur 13 tahun.
Tempat Bagi Mendapatkan Pelalian
Jika anda masih bersekolah, anda boleh mendaptkannya di Sekolah.
Jika anda tidak bersekolah, anda boleh dapatnya di klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berhampiran anda.
Jadi, bagi rakan-rakan semua jangan malu dan segan untuk melakukan pemeriksaan Pap Smear bagi mengesan kanser servik.
2 comments:
Tak buat lagi pap smear test.
kita2 nie dah x yah amik injection tu ekk
Post a Comment