Friday, November 25, 2011

Cita-citaku


Gugel  

Masa kecik-kecik dulu pasti anda semua mengimpikan untuk menjadi seseorang yang anda semua idamkan dan impikan.

Kebanyakkan mereka selalu berkeinginan untuk menjadikan profession yang glamer dan senang difikirkan mereka untuk direalisasikan sebagai pekerjaan mereka pada masa hadapan.

Antara profession yang mereka gemari dan menjadi keutamaan mereka ialah:-




GURU (impian anak saya)

DOKTOR

JURUTERBANG

ASKAR

POLIS

DRIFTER (impian anak saya juga)
JURUTERA

PEMAIN BOLASEPAK




Ada juga sesetengah kanak-kanak yang menjadikan cita-cita mereka itu suatu impian antaranya ada yang ingin menjadi MAT DESPATCH (ada juga, jangan terkejut) sebagai pilihan cita-cita mereka berdasarkan result yang mereka perolehi dan tidak berapa perform di dalam pelajaran.

Walhasilnya kita tidak perlu memandang rendah pada mereka mereka ini tetapi sebaliknya berikan mereka perangsang dan kata semangat yang membina agar mereka terus maju dan sukses.

Berapa ramai antara kita semua yang telah berjaya merialisasikan impian dan cita-cita anda semua setakat ini?


Published with Blogger-droid v2.0.1

2 comments:

cIKhA said...

Dulu pernah bercita-cita nak jd cikgu..tp lepas pegi latihan mengajar rasa cam hilang cita2 tu..rasa xbleh handle student tu smua...ermmm

RamRamCute said...

hikhikhik...yelah @cIKhA impian dan cita-cita berkubur aje setelah dah besar dah mengerti apa itu tugas dan tanggungjawab suatu pekerjaan tersebut. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...