Assalammualaikum.....
Nauzubillah!! SELISIH MALAIKAT 44.... Jauhkanlah dari saya. Tak mau semua itu terjadi. Tak sanggup saya nak mengharunginya tanpa anak-anak disisi. Tak dapat rasanya nyawa ini terus bernafas di dunia tanpa kehadiran mereka. Gelak tawa dan senda gurau mereka telah terlalu sebati di dalam hidup saya ini.
Isu anak hilang semakin meningkat tinggi kala ini, adakah kerana kelalaian ibu dan bapa dan penjaga? Kita tidak seharusnya menunding jari seratus peratus (100%) kepada mereka (ibubapa/penjaga)malahan sebaliknya sikap anak yang terlalu aktif (hyperactive) hingga sukar dikawal juga menjadi suatu permasalahan bagi ibubapa penjaga mengapa kes ini terjadi.
Kelalaian, kecuaian serta kealpaan sering berlaku bila ibu bapa penjaga membawa anak-anak mereka menghadiri pameran/ekspo, menghadiri kawasan-kawansan yang penuh sesak dengan manusia hingga pegangan tangan dengan anak-anak terlepas atau hilang kosentrasi atau pengawalan akan aktiviti anak-anak akibat dari mereka aktif bermain berlari kesana sini ketika ibu bapa penjaga sibuk memilih atau membeli barangan menjadi punca mengapa insiden ini terjadi.
Pasti kawan-kawan bloggers juga mempunyai experience tentang anak hilang. Tidak kiralah kalau hilang seminit atau beberapa jam, impaknya tetap tinggi umpama TERCABUT NYAWA bagi ibu bapa penjaga yang menghadapinya.
Sering kita lihat didada-dada akhbar dan televisyen akan kehilangan kanak-kanak contohnya nama Nurin Jazlin, Sharlini, Song Seng dan ramai lagi antara kisah sedih ibu bapa penjaga yang menghadapinya. Namun apakah iktibar yang boleh kita ambil dari segelintir mereka ini.
Google
Rata-rata 4 kanak-kanak hilang dalam sehari dan hampir kanak-kanak yang hilang membabitkan kanak-kanak perempuan. Angka ini bukanlah sedikit kerana ianya melibatkan kehilangan nyawa yang bukan boleh ditukar ganti. Kalau tanya mana-mana ibubapa penjaga pun mereka pasti tidak mahu anak mereka tergolong dalam statistik tersebut.
Namun kita sebagai manusia biasa kadang kala tidak tegar atau bisa mengelak dari insiden sedemikian dari berlaku.
Awasilah anak-anak kita.
3 comments:
Anak saya pernah hilang kejap kat IKEA, memang nak tercabut jantung rasanya. TAk dpt bayangkan ibu² yg hilang anak tak jumpa² sampai skang.
Smoga anak² kita sentiasa di lindungi olehNYA.
@fiza,
Semoga kita lebih berhati-hati dilain kali kerana pelbagai kemungkinan akan berlaku. tak sanggup rasanya melihat ibu-ibu yang kehilangan anak tersayang.
salam, link tak dijumpai.
http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
Post a Comment