Thursday, November 03, 2011

Risikonya Kalau Orang Lain Menggunakan Nama Kita....

Bengang, Geram, Sakit hati dan rasa nak menjerit-jerit bila kita dapat tahu orang yang kita trust (percaya) mendatangkan masalah pada kita.

Sebelum dapat, pelbagai janji-janji manis timbul hingga sanggup membelanjakan sejumlah wang kepada kita untuk membelikan hadiah sebagai balasan dari menggunakan khidmat pinjaman atas nama kita bagi kemudahan mereka.  Atas dasar perikemanusiaan kita seringkali tewas dari mengelakkan diri dari terperangkap sebagai penama, penjamin atau peminjam atas setiap sesuatu yang dinamakan 'HUTANG'.  Tak kiralah hutang apa pun samaada ianya loan kenderaan, barangan elektrik, loan peribadi dan sebagainya.

Sebenarnya, jika boleh dielakkan maka perlulah kita mengelakkan diri dari terlibat dalam apa jua yang sememangnya akan mengundang permasalahan pada diri kita sendiri di lain hari kelak.  Tidak kiralah mereka itu dikalangan darah daging kita sendiri, sahabat rapat, ipar duai mahupun rakan sepejabat.  Walaupun sekarang kita mengenali mereka dan bersama-sama mereka, tetapi dalam masa 5-10 tahun akan datang belum tentu mereka akan bersama-sama kita lagi.  Mungkin ada yang telah bertukar kerja, berhijrah atau kematian, maka secara otomatik SIAPAkah PENAMA yang akan melunaskan hutang-hutang berkenaan kalau tidak KITA!

Tidak kiralah jika surat perjanjian telah termeteri mengatakan bahawa mereka akan membayarnya secara ansuran, dan MELAMPAU kalau saya katakan yang ianya sebenarnya tidak membantu langsung jika berlaku sebarang penipuan.

Contoh Senario 1:-

Di mana Pn. Aishah (bukan nama sebenar) telah menggunakan nama beliau sebagai PENJAMIN kepada salah seorang rakan sepejabat yang telah beliau kenali selama13 tahun telah mendatangkan masalah di mana beliau telah GAGAL melunaskan hutang pinjaman peribadi beliau di salah sebuah institusi kewangan di Malaysia.

Beliau mempunyai akaun tertunggak termasuk interest yang telah mencecah ke RM25,000 di atas pinjaman peribadi beliau RM14,000 sebelum ini.  Akibat daripada itu Pn.Aishah menanggung bebanan apabila nama beliau telah disenarai hitamkan sebagai penjamin oleh rakan sepejabatnya itu. Malahan beliau tidak boleh membuat apa-apa pinjaman peribadi di mana-mana institusi perbankan di Malaysia lagi sehingga akaun pinjaman peribadi kawannya itu dilunaskan.

Semolek-moleknya pilihlah langkah yang selamat dan tidak merugikan anda atau mana-mana pihak pun. Janganlah mengambil risiko untuk menjadi penjamin, atau menggunakan nama-nama anda yang melibatkan kewangan kerana kita tidak dapat meramal apa yang bakal berlaku di kemudian hari.

3 comments:

Asyikin said...

saya dah terkena, dengan darah daging saya sendiri, sepatutnya takley lah buat mcm tu kan, kita dah tolong, dia sepatutnya tolong la kita balik kan.

saffiya_aleesya @ echa said...

zaman skrg ni kita xboleh meletakkan 100% pada seseorang..
kalau air boleh la kita selam tp kalau hati?? pikir2kan laa yer!!!

Ca'Oi_Bartowski said...

Ekceli dah terkena dah pun...

personal loan 20k pastu hilang tak bayar....cilakak punyer saudara...


Jom Singgah

http://takbest.blogspot.com/2011/11/hubungan-sejenis-dihalalkan.html

http://takbest.blogspot.com/2011/11/segmen-jom-naikkan-jumlah-follower.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...