Thursday, November 10, 2011

Betapa Tingginya Nilai Hidup Seorang Wanita

Assalammualaikum..





Wanita begitu sinonim dikaitkan dengan nilai-nilai Kelembutan, Kasih-sayang, Kehalusan, Kesabaran, Kesetiaan, Kecantikan, Kegigihan dan macam-macam lagi.  Semua aspek diatas tidak pernah lari dari mereka dan begitu sebati dengan wanita.



Rata-rata kita lihat wanita sekarang begitu banyak memonopoli dunia pekerjaan dan perniagaan. Kalau zaman dulu-dulu time nenek moyang kita, wanita hanya akan menjadi ikon di dapur aje kena pegang senduk, periuk dan kuali selain dari pergi menoreh dan membajak sawah bendang, tetapi tidak sekarang lagi.



Dalam kesibukan wanita menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai ketua, pemimpin dan team player mereka tidak lupa pada yang telah berkahwin akan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri di rumah.  Pelbagai kerja dan tugas di rumah wajib di pikul dan dilunaskan termasuk mengambil tahu akan perihal pembelajaran anak-anak selain memastikan keadaan rumahtangga mereka sentiasa "well maintained'.



  • Kesabaran - sabar dalam mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran hidup
  • Kelembutan & Kehalusan - dari segi perwatakan, kata-kata budi pekerti seseorang wanita.
  • Kasih-sayang - tidak hanya pada Allah, keluarga, suami dan anak-anak, kekasih atau tunangan malahan pada rakan-rakan juga
  • Kegigihan - gigih berusaha dalam apa jua cara
  • Kesetiaan - setia pada yang satu dan setia pada janji
  • Kecantikan - mempunyai kecantikan luaran dan dalaman
  • Kekuatan dan Ketabahan - sanggup mengharungi apa jua rintangan dan cabaran
  • Keluhuran - cinta dan kasih sayang yang tiada belah bahagi






Pengorbanan wanita atau seorang ibu yang tiada tandingan.  Wanita melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak-anak dan sanggup melakukan apa saja pengorbanan mereka demi anak-anak dan keluarga.











Besarnya peranan, pengorbanan wanita dan HARGAIlah mereka...

Gambar: Sumber dari Google




3 comments:

Unknown said...

yg penting kita jaga diri serta maruah kita seblm sst perhargaan diberikan.....hargailah wanita2 yg berada disekelilingmu

Unknown said...

speselnye wanita.. :)

Aziela said...

wanita memang istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...