Wednesday, November 23, 2011

Jangan Berlengah Membayar Hutang

Membayar hutang adalah satu kewajipan yang tidak boleh ditangguhkan  apabila sipemiutang berkemampuan membayarnya.  Bagi mereka yang mampu membayar hutang tetapi mengangguhkan pembayaran tersebut dikira berdosa dan perbuatannya HARAM di sisi syarak,  Ini adalah kerana Islam amat menitikberatkan soal pembayaran hutang.

Antara sebab-sebab yang kita perlu ketahui ialah:-

Menjaga keharmonian hidup - mengelakkan dari pergaduhan akibat daripada sifat tidak berpuas hati.
Tidak menjaga janji - mereka telah berjanji untuk membayar pada suatu tarikh atau masa tertentu.

Malang sekali ada segelintir masyarakat kita yang sudah hilang rasa malu, hilang rasa tanggungjawab, hilang rasa persaudaraan.  Hutang tetap dikira hutang, melainkan sipemberi hutang menghalalkan pinjamannya.

Bagi mereka-mereka yang berhutang secara individu, peribadi segerakanlah membayar hutang tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...