Monday, November 21, 2011

Tiram Indoor Waterpark

Pada anda yang pening kepala bagai nak pecah tu apa kata bertukar angin membawa keluarga pergi bercuti di dalam bangunan.  

Berenang sambil bergembira terutamanya anak-anak tanpa memikirkan cuaca panas ataupun hujan.  Keselamatan terjamin dan keselesaan yang begitu diambil kira.


Kecanggihan teknologi serta pembangunan negara yang semakin pesat membangun tidak melumpuhkan impian pemaju untuk membangunkan taman tema air di dalam bangunan indoor dengan kos perbelanjaan sebanyak RM4 juta di tingkat bawah kompleks beli belah, Today's Mall di Ulu Tiram, Johor.


Setakat ini Tiram Indoor Waterpark merupakan taman tema air tertutup yang pertama dinegara ini dengan keluasan lebih 2,400 meter persegi menjajikan pengalaman yang sungguh menyeronokkan pada para pengunjung terutamanya kanak-kanak.




Taman tema air ini terbuka kepada umum dari jam 10 pagi hingga 7 petang setiap hari namun operasinya dilanjutkan sehingga 10 malam pada hujung minggu.  Harga tiket dikenakan RM7 bagi kanak-kanak dan RM10 bagi dewasa iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat, RM9 dan RM12 masing-masing bagi kanak-kanak dan dewasa pada hujung minggu dan cuti umum.




Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman sesawang mereka di SINI

Selamat Cuti-cuti Malaysia!


4 comments:

Anonymous said...

Fulamak..bestnya..murah plak tu

Unknown said...

wah..cam best jerk...hihihi (^_^)

Mama Qaireen said...

cantik juga thermpark ni...wet area jek ke..hehehe...budak2 mst suke

Mama Qaireen said...

cantik juga thermpark ni...wet area jek ke..hehehe...budak2 mst suke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...