Assalammualaikum,
Terpanggil dan ingin berkongsi dengan rakan bloggers semua mengenai artikel yang saya baca sebelum ini.
Artis dan Kebendaan terlalu sinonim dan cocok jika dibandingkan bersama. Rata-rata kita lihat dan baca diakhbar dan majalah mengenai hantaran kahwin artis, beg tangan artis, kasut tumit tinggi artis, kereta mewah artis dan macam macam lagilah yang berkaitan dengan artis. Semuanya hebat hebat belaka tiada yang tak hebat. Sememangnya artis-artis Malaysia ni bukanlah SENGKEK. Hidup mereka sentiasa dilimpahi dengan kemewahan dan kebendaan setaraf artis antarabangsa.
Ada juga sesetengah artis yang mendapat hadiah perkahwinan berbelas juta ringgit dan mereka dengan bangganya menunjukkan akan kemewahan yang diperolehi oleh mereka pada peminat. Seolah olah itulah MATLAMAT hidup mereka dengan menjadi artis.
Macam ni saya rasa saya pun teringin nak jadi artis, bukan takat orang lain atau para remaja sahaja yang sanggup ponteng sekolah, yang tak lulus periksa pun dan tak nak sambung belajar sebab nak dan termimpi mimpi nak jadi artis.
Sebilangan artis Malaysia ada menerapkan budaya kebendaan dalam kehidupan mereka. Semuanya diukur dengan kebendaan. Mereka mempamerkan kehidupan luxury dengan rumah/banglo mewah, kereta mewah, beg tangan mewah, perkahwinan mewah serba serbi mewah hingga hilang dan tenggelamnya budi pekerti, adab serta tata susila mereka.
Motif dan agenda hidup untuk menjadi artis hanya untuk mengejar kebendaan dan status.
Masyarakat lebih pandai untuk menilai mana yang baik dan mana yang tidak. Kalau seseorang artis itu hanya berlandaskan dengan aset muka yang cantik, menarik dan macho tanpa ada bakat dan fikiran tetapi hidup dalam keadaan mewah itu adalah artis yang mengejar kebendaan semata mata.
Sampai bila hidup hanya berlandaskan dengan kebendaan dan kemewahan tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa mahupun maruah sendiri.
Renung-renungkanlah!
7 comments:
kawin 15juta?hahhaa....jgn kawin sekejap je sudah..
@Mrs.Eady : betul tu..nak menunjuk pun ada. bukanke dah jatuh haram. Dunia oh dunia.
Itu yg media selalu hebohkan. Tapi artis yg dh jadi papa kedana, x der plak nk dihebohkan. Kan elok kalau dihebahkan untuk dijadikan sempadan buat remaja...
@Aziela : kalau bab artis bankrap ke takde duit ke terus SENYAP tak cerita..cover malu :)
artin ni klo majlis kawen tu bkn men lagi..ade yg da mcm ank raja plak majlisnya tp hasilnya perkahwinan tu xkmana..majlis kawen grand2 juta2 tp bnyk yg berpisah akhirnya..sadissss
Artis dan kebendaan...memang tak dapat di pisahkan, nak tunjuk lagak.
Jom baca:
Tutorial nak masukkan Link dan Backlink dalam komen
<a href="http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2011/11/jangan-tengking-anak.html'/>Jangan TENGKING ANAK</a>
betul tu, kawin mahal-mahal tak guna jugak kalau diri sendiri tak mampu nak jadi isteri/suami yang baik.
Post a Comment