Tuesday, November 29, 2011

Anak Oh Anak

Seringkali kita sebagai ibu bapa marah apabila anak-anak tidak memberikan atau menumpukan komitmen mereka di dalam pelajaran. Geram, sakit hati, marah, sedih dan sebagainya pada anak-anak hanya tuhan yang tahu.  Tetapi mereka ini seakan buat-buat tak tahu bahawa ibu bapa mereka sedih dan geram atas pencapaian mereka.

Kalau kita tanya pada mereka (ibu bapa) rata-rata semua mahukan anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran. BETUL TAK? Tetapi anak-anak ni semakin kita giatkan dan tekankan pada mereka betapa pentingnya pelajaran, mereka umpama tidak mahu ambil pusing apa yang kita (ibu bapa) katakan.

Amirul (anak saya) baru-baru ini telah menduga saya dan En Habi dengan memberikan pencapaian/result yang cukup-cukup tidak memuaskan kami berdua specially dalam mata pelajaran Matematik (rujuk entri beliau di sini).  Nak dikatakan tidak membeli apa yang mereka inginkan, SILAP, semuanya sudah di turutkan dan di ikutkan malahan saya dan En Habi sanggup melakukan apa sahaja demi kesenangan serta keperluan anak-anak tersayang.

Mereka (anak-anak) tidak tahu betapa teruk dan penat jerih ibu bapa mereka keluar setiap hari mencari rezeki hanya  untuk kesenangan dan keselesaan mereka.  Senang aje alasan mereka berikan dengan berkata "Abang konfius antara subtraction dan devide". Ishhh GERAMNYER!! 

Careless Mistake

Bila bertanya pada guru kelas jawapan yang diberikan amat-amat menyakitkan hati bahawa anak saya ini terlalu risau untuk mengejar masa takut tidak sempat menjawap kesemua soalan, jadinya mereka dengan pantas dan tidak berfikir secara detail dan terburu-buru terus menjawab soalan peperiksaan tersebut tanpa mengambil kira betul atau tidaknya JAWAPAN mereka berikan itu.  Malahan masa yang telah diberikan selama satu jam untuk menjawab soalan objektif dan subjektif memang amat-amat mencukupi.

Hailah Anak!!

2 comments:

Aziela said...

Yang lagi 'best' bila menjawab soalan kita dengan sangat bersahaja seolah2 tidak bersalah langsung.,..hailah si Adam saya tu... Apa lagi boleh buat...sabar jer lah...

RamRamCute said...

hikhikhik....anak-anak betul2 menduga kesabaran kita sebagai ibu bapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...