Nur Najatul Syifa
“Syifa lahir tanpa memiliki injap, saluran darah ke jantung sempit selain paru-paru yang bermasalah. Sudah tiga kali dia dibedah sejak lahir lagi.
Pembedahan pertama dilakukan masa usianya tiga bulan bagi memasukkan sejenis tiub (Bt Shunt) untuk membolehkan penyaluran darah ke bahagian paru-parunya yang bermasalah,” cerita Shamsinar.
Nasib kurang menyebelahi anak malang ini apabila pembedahan tersebut kurang berjaya. Dalam tempoh 14 hari kemudian pembedahan kedua dibuat untuk mengikat bahagian ototnya agar lebih kuat.
Kini nasib anaknya yang telah menjalani pembedahan kali ketiga pada Mac lalu masih terumbang ambing. Pembedahan ini lebih rumit dan sejak awal lagi doktor sudah memberitahu akan berlaku beberapa risiko.
Tetapi ibu muda ini nekad untuk meneruskan pembedahan tersebut biarpun doktor hanya memberikan 20% sahaja peluang untuk Syifa terus hidup.
“Syifa bergantung kepada sejenis susu yang berharga RM300 sekotak kerana dia tidak boleh makan makanan dan kurang berfungsi kesan daripada pembedahan. Paling teruk dada Syifa semakin membengkak akibat pembedahan,” beritahunya sambil menunjukkan keadaan bengkak yang semakin membesar.
Syifa harus sentiasa dipantau. Dia tidak boleh kerap menangis dan letih, ditakuti akan menyebabkan dia sesak nafas. Biarpun keluar bekerja demi menyara kehidupan mereka berdua, tetapi Shamsinar memberitahu setiap satu jam dia akan menelefon pengasuh anaknya bertanyakan keadaan Syifa.
Begitulah kerisauan, keresahan dan juga pengorbanan seorang ibu muda demi memastikan anak tersayang terus bernafas, dia tidak pernah berhenti berjuang mencari rawatan terbaik buatnya. Namun dia akur, kos merawat anak sakit sememangnya bebanan yang amat berat ditanggung olehnya.
Dengan gaji yang diterima sebanyak RM900 setiap bulan dan bantuan bulanan sebanyak RM230 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Shamsinar perlu bijak mengatur perbelanjaannya. Kos untuk membiayai keperluan dan rawatan Syifa sahaja sudah menelan belanja melebihi RM500 sebulan.
Kos pembedahan Syifa di IJN tidak lama dulu mencecah RM60,000 tetapi Shamsinar hanyak mampu membayar sejumlah RM800 sahaja. Dia bersyukur kerana pihak IJN masih mampu bertolak ansur dalam soal tersebut.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tangisan Syifa yang tiada henti apabila sakitnya datang menyerang menjadi irama biasa di telinga Shamsinar.
Bagi yang ingin membantu meringankan bebanan kewangan ibu ini boleh menyalurkan di akaun Maybank Shamsinar 162311781796.
Sumber dari Majalah Pa&Ma
3 comments:
Ya allah...kesiannya. Sedih lah klo baca kisah² mcm nih. Semoga urusan di permudahkan olehNYA.
kesiannya...comel je syifa tu.. =(
kesiannyee..semoga Allah menyembuhkan penyakit syifa :)
Post a Comment