Wednesday, November 30, 2011

Mulut Ku Dan Mulut Mu Tak Sama


Gugel


"Terlajak Perahu Boleh Diundur, Tetapi Terlajak Kata, Sendiri Mau Ingatlah"

Kadang-kadang manusia ni suka sangat berkata-kata, kalau kata-kata itu memberikan azimat dan mengundang faedah tidak mengapalah juga.  


Kata-kata yang terluah dari mulut seseorang itu jika tidak kena gaya dan rentaknya adakalanya akan mengundang rasa tidak sedap dan amarah pada mereka yang mendengarnya.  Seringkali hati terguris apabila mulut tersasar atau terluah samaada dengan sengaja atau tidak dari pemiliknya.

Sebaiknya kita seharusnya menitipkan beberapa langkah yang selamat untuk diambil kira bagi mengatasi permasalahan tersebut antaranya:-


Berfikir sebelum bercakap 

Bercakap perkara yang perlu

Elakkan bertanya urusan orang lain yang tidak berkaitan dengan diri sendiri dan agama

Mewujudkan suasana saling mempercayai

Menggunakan kata-kata yang lemah lembut

Elakkan perkataan bernada menghina dan mengejek


Sentiasalah jaga serta mengetahui akan mood seseorang


Sebagai manusia kita tidak lepas dari melakukan kesilapan sesama manusia yang lain.  Oleh itu semolek-moleknya ambillah pendekatan dengan MEMOHON MAAF pada yang sepatutnya jika kita ada mengeluarkan sebarang kata-kata yang tidak sedap didengari dan dikeluarkan hingga mengguris perasaan manusia lain.

Terapkan dasar hormat menghormati pada yang lebih tua dan lebin berpengalaman.  Jangan sekadar menunjuk pandai dan lagak tanpa mengambil kira perasaan manusia lain.

3 comments:

masz86 said...

Betul kata akak... langkah2 yg akak senaraikan perlu di amalkan sblm bercakap...
Tp org yg suka cakap lepas ni... x pernah nak pk org lain... yg dia tahu hati dia puas...

Rahmah Ram Ram said...

@masz86: erm..betul tu Mas, tapi adakalanya mereka bercakap sebegitu umpama mereka beranggapan sebagai seloroh tapi kita yang mendengarnya rasa terguris dan marah pun ada kan.

Aziela said...

tepat sekali langkah2 tu ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...