Tuesday, November 08, 2011

Wanita Tak Suka Lelaki Pendek?

hihihi...kelakar pulakla bila nak post up entri ni...

Akak-akak dan adik-adik diluar sana, jangan marah saya ye....saya cuma nak kongsi cerita aje...

Rata-rata kita tengok lelaki-lelaki di Malaysia ni semakin bersikap tidak kisah dan terbuka tentang kriteria wanita yang mahukan mereka untuk dijadikan teman. Tidak kisah juga kalau wanita itu berpangkat atau berstatus lebih tinggi, bergaji besar, malahan kalau pasangan wanita mereka lebih tinggi pun tidak menjadi masalah bagi mereka.

Tetapi tidak bagi wanita Malaysia yang tetap mahukan lelaki pasangan mereka lebih tinggi, lebih bijak dan berupaya dari mereka dalam pelbagai aspek mana pun nak nak dalam aspek KEWANGAN (betul tak?)

Wanita di Malaysia masih lagi memerlukan lelaki yang lebih hebat daripada mereka tidak kira dari segi kerjaya dan mempunyai penampilan fizikal yang lebih tinggi dan menarik. Berbeza pula dengan lelaki di Malaysia, mereka memang sudah tidak kisah untuk keluar bercinta atau berkapel dengan wanita yang lebih hebat dari mereka. 

Tidak keterlaluan kalau saya katakan yang wanita Malaysia tidak akan keluar dengan lelaki yang mempunyai pendapatan rendah dan mempunyai fizikal yang rendah dari mereka.

Betul kah?

2 comments:

Aziela said...

hehehhehe..majoritynya....

yura said...

em tapi x semua..hehehe
pape pun tq follow blog.. ifollow u back ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...