![]() |
Sumber dari Cik Google |

![]() |
Sumber dari Cik Google |
Assalammualaikum...
Alhamdulillah kita ketemu lagi di pagi Jumaat, penghulu segala hari.
Mood tak berapa tenang since petang semalam. Marah,benci, geram dan macam-macam lagilah yang saya rasakan.
Puncanya hanyalah kerana seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan seperti SYAITAN yang tiada hati dan perut memecah masuk kereta kami semalam. Habis semua barangan peribadi kami hilang yang mana pencuri bodoh tu ingat kami ada menyimpan laptop di dalam kereta.
Kejadian tersebut memang tak masuk akal sebabnya bukan terjadi pada waktu malam tetapi ketika semua orang sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa di bazaar ramadhan (siang tu). Keadaan sekeliling memang sibuk dan bising malahan orang sibuk lalu lalang membeli juadah dan kami hanya meletakkan kenderaan kami di bahu jalan yang mana tak sampai 10 min aje. Usai membeli juadah kami masuk ke kereta seperti biasa dan tak nampak macam kereta kena pecah rupanya mereka menggunakan taktik yang sungguh dan amat terancang iaitu mereka umpil dari tempat kunci duduk penumpang depan. Tiada kesan umpilan dan pecah tingkap dan sebagainya saya akui mereka memang pakar dalam membuat kerja2 begini.
Kami hanya menyedari barangan kami hilang sesampai aje di rumah untuk mengambil juadah di tempat duduk belakang. Cari punya cari tak jumpa-jumpa sampailah kami dapat tahu yang kereta kami sebenarnya dah tidak boleh dikunci. Puaslah lepas maghrib semalam kami anak beranak berpusing di sekitar kawasan berkenaan melihat-lihat kalau kalau ada terjumpa beg beg kami yang dicampakkan ke tepi..tetapi gagal.
Pagi ini kami ronda sekali lagi untuk melihat lihat sekitar tempat tersebut dengan harapan jumpalah barang2 yang tidak beharga bagi mereka yang mana mereka akan campakkan...tapi nyata hanya sia sia.
Arghhh...sukarnya apabila anda mengalami kecurian. Kami tak membuat report polis sebabnya kami rasakan barangan yang hilang tidaklah besar tetapi dalam tak besar tu sedih jugaklah sebabnya external disc saya yang telah saya gunakan bertahun2 untuk menyimpan segala macam data kerja kerja saya selama ini telah hilang..SEDIHNYA!! Selain itu dokumen dokumen penting kegunaan syarikat kami juga hilang yang mana berada didalam beg En Habi.
Semuanya perlukan masa dan urusan yang sungguh detail untuk membuat permohonan semula di bank bank tempatan. Dugaan betul dibulan puasa ni...memang menduga hati minda dan perasaan betullah.
Harapan saya cuma satu, semoga pencuri berkenaan dibukakan pintu hatinya untuk memulangkan semula barangan kami atau paling tidak adalah hamba allah yang baik hati menjumpai barangan kami dan menelefon saya untuk memulangkan barangan kami itu.
Arghhh TENSIONNYA!!
p/s: tak sempat nk ambil gambar keadaan kereta sebabnya kereta saya memang x nampak macam ciri ciri kena pecah masuk kerana mereka menggunakan teknik yang memang canggih dan terancang.
![]() |
Pinjam gambar Instagram dari Puan Shana Ryu...Mekasih ye pinjam gambar jap..hehehe |
![]() |
Thank You Mr & Mrs Gugel |
![]() |
Mekasih Gugel |
![]() |
Hasil dari sesi imbasan 3D/4D |
![]() |
Baby tutup muka - malu kot |
![]() |
Gugel |
![]() |
Gugel |
![]() |
Gugel |
![]() |
Gugel |
![]() |
Gambar Hiasan Ehsan Google |