Assalammualaikum..
Menjelang hari perayaan yang akan tiba iaitu Hari Raya Cina pada hari Isnin dan Selasa ni ramai rakyat Kuala Lumpur yang keluar bandar untuk pulang ke desa dan ada tu yang sibuk nak pi bercuti macam kami sekeluarga ni ke arah Utara.
Cadangnya nak pi bertolak ke Utara semalam, tapi En Habi ada Mesyuarat yang tidak dapat dielakkan semalam petang.
Nak cerita pasal situasi perjalanan kami pagi buta yang pada awalnya kami bertolak seawal jam 7:00pagi tapi pengakhirannya pukul 10:15 pagi ni baru sampai ke Tanjung Malim.
Huaaa....banyaknya kenderaan dekat jalan menghala ke arah utara. Penangan cuti panjang Raya Cina...oh tidakkk! Pukul berapa nak sampai Penang ni kalau takat jalan kura-kura pun lagi laju.
Erm..pada kawan-kawan semua, hati hati memandu dan banyakkan bersabar ye. Sesungguhnya pandulah dengan berhemah. Agar kita semua selamat sampai kedestinasi.
5 comments:
berhati2 dijalan raya ~ :
@smilenajah93: terima kasih dik. Selamat bercuti :)
Selamat bercuti kak... hihi.. :):)
@Mak Usu: Terima kasih dik. Selamat bercuti dan hati hatu memandu....
semoga selamat tiba n kembali...
Post a Comment