Monday, January 30, 2012

Jawab Jangan Tak Jawab


Assalammualaikum...

Terima kasih banyak-banyaklah Mak Usu kerana sudi mengetag saya untuk menjawab kesemua soalan yang diutarakan oleh Mak Usu yang comel ni.  Pada kawan-kawan, kalau nak tahu saya ambil masa jugak nak menjawab soalan Mak Usu ni.....bukannya apa kesibukan dan tututan tugasan yang bertalu-talu perlu diutamakan dahulu kemudian dah siap barulah berblog nak kata nak jawab di rumah memang takde maknanya sebab by the time bukak lappy si kecik dah tercongok depan tu.....

Okeylah sebelum tu antara syarat-syarat yang dikenakan ialah:-

Rules and Regulations

1 . You must post this rules in your entry.
2 . Each person must post about themselves in their entry.
3 . Answer the question than tagger set for you in their post. And create eleven new questions for new people you tagged to answer.
4 . You have to choose eleven people to tag link them on the post.
5 . Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6 . NO TAG BACK !
7 . No stuff in tagging section ''YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS''.
8 . " YOU ARE LEGITIMATELY'' -a.k.a REALY , TRUST , WITH ALL HONEST- have tag eleven people.


11 Fakta Menarik tentang diri saya....

1.   Seorang yang Happy Go Lucky
2.   Ibu kepada tiga orang cahayamata terdiri daripada 2 lelaki dan 1 orang perempuan
3.  Garang dengan anak-anak tetapi manja dan penyayang dengan suami dan kawan-kawan.
4.  Suka rasa dihargai dan di senangi oleh semua orang
5.  Tak suka carik gaduh dengan orang tapi akan naik hantu dan angin satu badan kalau ada manusia yang suka carik pasal dengan saya..
6.  Malas untuk membuat sesuatu yang menegeluarkan peluh dan memenatkan diri sendiri contohnya bersukan (dah lama pencen berbasikal sicne bulan posa last year) atau berjogging...
7.  Saya mencintai aktiviti bershopping dan membaca novel seronok...
8.  Suka mencuba sesuatu yang baru especially tang cari makanan dan mencuba makanan baru setiap minggu bersama keluarga
9. Komited dan pantas dalam segala tugasan yang diberikan...tak suka bertangguh kerja.
10.  Cepat kasihankan orang terutamanya pada yang didalam kesusahan...hati geram dan marah memula tak nak tolong tapi lelama tu dah jatuh kesian pulak.
11.  Kalau saya tak suka orang saya tak boleh nak cakap tapi saya buat muka menyampah saya...hikhikhik..ntah tak tau sebab apa..


Soalan daripada Mak Usu:-
  1. Idola anda dalam dunia blog. Berikan URL - ramai jugak blogger yang ada..tak terkira semua idola saya..kiranya siapa yang ada blog kira saya salute la..sebabnya bukan senang nak berblogging menyusun ayat setiap hari.
  2. Kawan paling rapat di blog. Berikan URL - kawan rapat di blog erm...of course la Pn Aziela blog beliau The Rainbow Journey (silalah singgah)
  3. Barang yang paling anda sayang. Kenapa - 'barang' ye...semestinya handphone dan galaxy note saya, kenapa? hadiah dari En Habi :-)
  4. Hobi anda dimasa lapang. Kenapa - masa lapang tu takde sangat sebab dan beranak pinak ni kena attend anak-anak aje tapi kalau ada time terselit terluang sikit saya suka baca novel hihihi...best layan novel apa terutamanya yang sedih dan menusuk kalbu
  5. Subjek yang paling anda suka disekolah. Kenapa - oooo subjek? sis suka sastera melayu..tapi takdelah superb sangat pun bahasa malaysia..masih tunggang langgang cuma suka attend class sebab cikgu dia mengembirakan dan fun.
  6. Perkara yang anda selalu lakukan sebelum tidur. - sebelum tidur selalu kena tepuk-tepuk dan bergumpal dengan lil pwincess bila dia dah tidur barulah sis baca buku (novel) atau tidur terus..
  7. Dah berpunya ke belum? - Dah kahwin dan beranak dah dik!
  8. Filem yang berjaya buat anda sedih? - erm..cerita hari raya rashid sibir "Pondok Buruk 1 & 2" sedih giler...
  9. Moto hidup anda - Hidup ini biarlah seimbang, Agama dengan Dunia,Ibadat dengan Amalannya, Ilmu dgn Akhlak,Jasmani dengan Rohani dan Akal dengan Hati 
  10. Nak berjumpa dengan Mak Usu x? Nyatakan kenapa.... hahaha - nak jugak jumpa boleh berkenal-kenalan asyik bertanya khabar dan berborak di alam maya aje nak juga jumpa face to face kan...
  11. Bagi komen sikit tentang blog Mak Usu... suka sangat-sangat singgah sini, blog Mak Usu simple dan menarik untuk di baca oleh semua peringkat umur yang penting not too heavy.. semoga Mak usu terus  sukses dan maju dalam dunia blogging :)

Soalan Saya:-

1.   Manakah lokasi idaman anda untuk pergi berbulan madu?
2.   Antara makan dirumah dan dikedai, mana satu pilihan anda?
3.   Makanan kegemaran anda?
4.   Bila anda sakit anda suka duduk diam aje atau anda menangis, merintih minta simpati?
5.   Kalau keluar dengan pakwe/makwe apa topik yang anda akan bincangkan?
6.   Selalu time lunch anda makan heavy ke light?
7.  Tetiba kita terlanjur berkata-kata dengan seseorang, adakah kita akan memohon maaf secara terangan atau memberikan sms kepada orang itu memohon maaf?
8.   Siapa yang paling bz bila hari raya menjelang tiba?
9.   Anda ada berapa orang adik-beradik?
10. Negara manakag yang paling anda ingin lawati dan kenapa?
11. Binatang apakah yagn nampak comel di mata anda dan kenapa?

Erm...soalan pecah kepala nak jawab dan tak masuk dek akal pun...pada kawan-kawan yang sudi SILALAH saya tak tag takpe ke? sudi-sudikanlah ye menjawab sebab saya tahu pasti anda yang membaca ni pun bz tahap melampau dengan tugasan yang sedia ada inikan pula nak menjawab mereka jawapan lagi..huaa..

Untuk itu, saya dengan sukacitanya mengeTAG kesemua rakan-sahabat handai blogger saya yang membaca entri ini untuk sama-sama menjoinkan diri dalam soklan-soklan yang  diutarakan ini.

Lastly, Terima kasih MAK USU!!!

7 comments:

Munn Jaafar said...

aduhai akak, sy mmg xpernah sempat nk jwb tag2 ni...mmg amik masa huhu

Mak Usu said...

Mesti anak akak hensem n cantik mcm akak kan.. Terima kasih kerna sudi jawap soalan Mak Usu..hihi.. Blog akak pun comel.. Mak usu suka tengok doodle family kat atas tu..
wa...manja dan penyayang dengan suami.. untung suami akak.. Apepon gembira jadi kawan maya akak kat blog..
Diharap ada rezeki blh la jumpa kan...hihi..
Thank again k... :):):)
happy happy...

Kancil 8349 said...

datang untuk membaca entri...menarik dan terbaik...hehehe

Diera Tekikushika said...

jln sini ptg2 =)

Aziela said...

One word : BRILLIANT! Heheheheheh

dya nasir said...

sush tu soklan.. nasib baik tak kena tag..hihi

C`ayob.com said...

hahaha.....teringat kata kawan ku "i ini suka sangat manja dengan suami..."...tapi time dia gajilah.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...