Thursday, January 19, 2012

Muflis Di Usia Muda

Surprisingly hampir 45,000 individu yang berumur bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu ini adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.


Dalam jumlah tersebut secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang "ah long".


Erm...mungkin keperluan serta kehendak seseorang itu mengatasi segalanya. Tetapi tidak salah jika kita memenuhi keperluan asas, namun jika kita kurang perancangan dan silap langkah mengenai kewangan maka bencana menanti kita.


Memang seronok membeli apa sahaja bila kita rasa kita akan mampu membayarnya, tetapi apabila tiba suatu hari nanti yang kita sendiri sukar untuk meramalkannya iaitu kita tidak mampu untuk membayar balik apa sahaja hutang piutang yang dibuat maka akan memudaratkan diri.


Kesimpulannya bagi mereka (macam saya) janganlah boros kena lebih panjang akal dan panjang langkah. Nafsu membeli tu memang tak dapat nak ditangkis tapi pokok pangkalnya kita sendiri yang bijak serta mengawal kewangan kita.


Jangan pulak kita tengok apa orang pakai dan apa orang beli kita pun nak membeli hingga sanggup bergolok bergadai dan lupa akan kemampuan diri kita sendiri.


"senang membeli, senang memakai, lepas tu hutang sendirilah tanggung"


Oleh itu berbijaklah berbelanja dan menguruskan kewangan anda.


(Peringatan untuk diri sendiri tu. Mesti En Habi suka entri saya ni)


Published with Blogger-droid v2.0.3

3 comments:

Aziela said...

saya suka juga....peringatan utk diri sendiri juga...huhuhuhuuh

Tie HT said...

bagus2 reminder utk semua ni.. :)

Parin's wife said...

betul,keinginan mengatasi segalanya.siapa tak nak beli itu ini.tapi kita perlu bijak la membeli mengikut kemampuan kita je,tak payah iku org lain kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...