Sunday, January 15, 2012

Kurang KePerihatinan

Assalammualaikum semua....


BerSETUJU dengan kata-kata yang diluahkan oleh salah seorang sahabat yang ditimpa kesusahan.  Beliau terpaksa menunggu bantuan dan berjalan sejauh 5km untuk sampai ke stesen minyak berdekatan dengan membawa motor yang pancit dengan isterinya mengendong anak kecil.


Ketika itu tiada siapa yang tampil dan membantu sekurang-kurangnya bantuan diberikan pada isteri dan anak kecil yang turut sama berjalan kaki. Hanya "horn" yang sudi diberikan oleh mereka tetapi tiada bantuan.


Beliau menyuarakan pandangan beliau yang kini semakin ramai manusia ingin menunjukkan kepandaian serta kelebihan mereka dalam sesuatu perkara tetapi alangkah baik dan bagus jika kelebihan dan kepandaian yang mereka perolehi itu digunakan mengikut saluran yang betul dan membantu orang yang kurang bernasib baik.


Persoalannya sudah hilangkah nilai-nilai murni serta sikap saling bantu membantu sesama kita rakyat Malaysia. Peringatan juga pada diri ini.


Pendapat saya, bukan rakyat kita tidak perihatin, tetapi khuatir jika diberikan bantuan takut-takut pertolongan yang berniat baik itu akan menjadikan suatu mimpi igauan ngeri yang mana mereka sendiri tidak boleh nak gambarkan contohnya takut disamun, dicederakan atau sebagainya. Kerana kejadian samun dan rompak semakin berleluasa di Malaysia ini.


Secara tak langsung apabila kejadian sebegini terjadi kita tak tahu siapa yang betul-betul memerlukan dan patut diberikan pertolongan.


Published with Blogger-droid v2.0.3

2 comments:

aReLaN said...

urm...betul tu.bukan tak prihatin tapi sebab skang ni banyak kes,jd sme takut.mgg lepas pon jadi skali kat sye.ada orang tahan macam nak tumpang tapi takut lak nak berenti n tumpangkan.hmmm

RamRamCute said...

Ye lah @aReLaN bukan kita sengaja x nak tolong tapi takut pelbagai kejadian nnt berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...