Tuesday, January 31, 2012

Promote Dari Blogger Sayur Lemak

Assalammualaikum....

Diharapkan semuanya sihat.  Saya suka sangat hari ni coz pagi-pagi dapat email dari segmen yang saya ambil bahagian baru-baru ini.  Terharu pabila Azzah owner blog Sayurlemak sudi mereview blog saya yang banyak kelemahan ni.






Terima kasih buat Azzah kerana sudi mereview blog akak ye.  Insyaallah akan diperbaiki kelemahan itu untuk keselesaan dan kemantapan blog ini lagi (chewah).  Masih banyak yang perlu saya pelajari untuk terus memaintainkan diri dalam dunia blogging ni....sapa kata blogging ni senang..PAYAH tau..hari-hari nak kena post entri menarik untuk ditatap dan dibaca oleh kawan-kawan setia tak kira datang dari mana pun.  Paling penting setiap entri kita tu berinfomasi dan tidak berunsurkan kemudaratan tapi sedikit untuk peringatan kira okeylah tu.

Yang penting kita haruslah berfikiran positif dan membina serta sentiasa membuka hati dan perasaan menerima segala kritikan dan nasihat daripada orang lain secara terus ataupun secara tak langsung (sipi-sipi) kita sebagai manusia sentiasa membetulkan antara satu sama lain dan sentiasa memberikan tunjuk ajar yang membina agar sama-sama mempelajari apa itu ilmu kehidupan yang sebenar.

Pada kawan-kawan yang sudi silalah lawati blog Azzah untuk melihat kreativiti beliau dalam menghasilkan dudel cumel dan membaca entri-entri menarik beliau.

Terima kasih Azzah!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...