Senario biasa yang selalu kita lihat di sekitar jalanan di bandaraya Kuala Lumpur pada setiap malam bukan sahaja dipenuhi dengan kenderaan di jalanraya malahan tanpa kita semua sedari dalam kehidupan hiruk pikuk bandaraya yang semakin mencabar serta dalam kecanggihan teknologi ini masih terdapat insan insan yang kurang bernasib baik hidup di jalanan yang digelar golongan gelandangan.
gambar haisan dari ehsan gugel
Mereka tidak mempunyai rumah yang cantik, kenderaan, pakaian mewah, serta wang ringgit yang banyak untuk hidup mewah. Mereka hanyalah insan biasa yang hidup dan berumahtangga di jalanan dan hidup tidak berlandaskan belas dan ihsan orang lain.
Lambakan gelandangan semakin hari semakin meningkat setiap hari dan ianya bukan suatu fenomena baru di negara kita ini. Lokasi mereka lebih bertumpu di kawasan perhentian bas, lorong-lorong sempit, bangunan terbiar dan kaki lima jalan.
Golongan gelandangan terdiri daripada orang yang bersendirian, berkumpulan dan ada juga yang telah berkeluarga. Hanya kotak dan surat khabar yang dijadikan hamparan tidur bagi si kecil dan keluarga. Tidak kira hujan ataupun panas atau serbuan daripada pihak berkuasa tempatan itu semua tidak sesekali menginsafkan diri mereka.
Malahan lebih menyedihkan lagi boleh dikatakan lebih 70 peratus golongan tersebut adalah berbangsa melayu dan berstatus bumiputera.
Antara faktor utama golongan gelandangan ini membanjiri bandaraya Kuala Lumpur adalah dari golongan penduduk kampung yang datang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan tetapi gagal diterima dan akhirnya mencari kaki lima untuk dijadikan temapat tinggal kerana tiada saudara mara dan kos sara hidup yang tinggi.
Baru-baru ini pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ada menganjurkan program dengan mengagihkan 300 makanan kepada golongan gelandangan bermula disekitar Kampung baru, Puduraya dan berakhir di sebuah kompleks beli-belah berdekatan.
Seharusnya kita perlu rasa bersyukur dan berterima kasih kerana masih hidup dengan selesa di dalam rumah yang tidak besar dan kecil mana yang mana masih cukup makan dan pakai dan masih mampu menjamah makanan setiap hari tanpa gagal dan mempunyai kesihatan dan kasih sayang sempurna jika hendak dibandingkan dengan kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh golongan gelandangan.
Kita sebagai manusia seharusnya tidak memandang rendah dan hina kepada mereka kerana mereka juga berhak diberikan kehidupan yang sempurna seperti manusia yang lain.
3 comments:
Hati sy sgt sensitif .. Bila tgk mereka2 yg tak bernasib baik cmni .. mmg nk menitis airmata..
Sedih bila tgk mereka2 yang mcm ni..Bibu bersyukur dgn apa yang Bibu dan anak2 ada sekarang ni...
Bersyukur kerana kita ada semuanya... Alhamdulillah...
Post a Comment